Part 8

80 10 0
                                    

"Aku terima nikahnya Maya Amira Binti Mazlan..."

Selesai solat Zuhur, Maya telah sah bergelar isteri kepada Uzair. Majlis akad nikah berlangsung di rumah keluarga Maya dengan kehadiran orang kampung serta ahli keluarga terdekat Uzair.

Ketiadaan Puan Zahirah yang menjadi tanda tanya, dijawab dengan tenang oleh Uzair serta kakak dan adiknya. Alasan keracunan makanan terus menutup persoalan mereka yang hadir ke majlis pernikahan Maya dan Uzair.

"Tahniah Uzair. Jaga Maya elok-elok." Luqman antara tetamu yang terakhir pulang pada majlis penikahan Uzair dan Maya pada hari itu.

Segak dengan baju Melayu berwarna hijau mint. Siap dengan songkok serta sampin, Luqman tidak pernah gagal dalam menggayakan pakaian tradisional itu. Walaupun gembira melihat dua rakannya disatukan dalam ikatan yang suci, jauh di sudut hati masih bersisa rasa kecewa dan terkilan kerana tidak berjaya mendapatkan gadis pujaan hatinya itu.

"Terima kasih Luq datang majlis kami." Uzair terus memeluk erat tubuh Luqman. Maya pula hanya diam melihat dengan senyuman yang menghiasi bibir.

Lama Uzair memeluk sahabatnya itu. Terasa seperti ringan beban yang sedang digalas. Walaupun tidak menyatakan secara lisan tentang masalah yang sedang berselirat di kepala, tetapi pelukan ini seolah dia telah berkongsi segalanya dengan Luqman.

Seperti memahami apa yang sedang dilalui oleh Uzair, Luqman membalas pelukan itu dengan erat. Belakang Uzair turut ditepuk perlahan seperti cuba metenteramkan jiwa Uzair yang sedang gundah.

"Kau dan Maya sahabat aku dunia akhirat, mestilah aku datang raikan hari bahagia korang." Mata Luqman melirik ke arah Maya yang masih tersenyum melihat dia dan Uzair berpelukan.

"Aku tahu, aku memang boleh harapkan kau."

Lirikan mata Luqman kepada Maya terus beralih arah bila mendengar kata-kata Uzair. Keningnya ikut berkerut kerana kurang faham dengan maksud kata-kata rakannya itu. Uzair meleraikan pelukan dan serentak itu nama Luqman dipanggil oleh emaknya. Tidak sempat untuk dia bertanya dengan lebih lanjut tentang maksud kata-kata Uzair itu tadi.

***

Uzair berdiri tegak di hadapan pintu rumah Maya, melihat van catering berlalu meninggalkan laman rumah isterinya itu. Nafas ditarik dalam. Selesai sudah majlis pernikahan mereka dan kesemua tetamu telahpun pulang termasuklah kakak dan adiknya. Mereka terus pulang ke Kuala Lumpur untuk menemani umi mereka yang berkeseorangan di sana.

Senja hampir tiba. Pintu utama ditutup rapat sebaik sahaja Uzair melangkah masuk ke dalam. Sunyi keadaan rumah arwah orang tua isterinya itu bila hanya tinggal dia berdua sahaja dengan Maya. Langkah terus diatur menuju ke bilik pengantin untuk mencari si isteri yang baru sahaja dinikahi.

Kelihatan pintu bilik Maya yang dijadikan bilik pengantin untuk mereka terbuka luas. Lalu, tanpa menunggu lama Uzair terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Kelihatan Maya sedang berdiri di hadapan meja solek dengan masih lengkap bertudung.

"Maya."

Mata saling bertentangan menerusi cermin di hadapan Maya. Buat seketika mereka saling berpandangan dan terpaku seperti baru kali pertama mereka bertemu. Perlahan-lahan Uzair melangkah dan melabuhkan duduk di hujung katil yang beralaskan cadar putih.

Songkok dibuka dan diletakkan ke tepi setelah dia menggamit Maya supaya mendekat. Tanpa suara Maya menurut. Duduk dirapatkan sehingga lutut bertemu lutut. Tetapi bibir kedua-duanya masih kemas terkunci.

Mata Uzair tidak lepas daripada memandang segenap lekuk wajah Maya yang sedang menunduk. Maya malu, dia tahu itu. Walaupun perkenalan mereka bermula sejak dari bangku sekolah, namun perpisahan selama berbelas tahun membuatkan rasa segan masih menebal. Tambahan pula pertemuaan semula hanya dalam masa yang singkat, terus mereka diijab kabulkan.

PUNGGUK RINDUKAN BULANWhere stories live. Discover now