Part 5

88 9 2
                                    

Selesai urusan di bank, Luqman ke kedai alat tulis pula untuk mencari Hayati yang katanya akan menunggu dia di sana. Dari jauh sudah kelihatan Hayati yang sedang berdiri di hadapan rak novel Melayu.

"Nak beli alat tulis ke nak beli novel?" Tegur Luqman setelah berdiri di sebelah rakan sekerjanya itu.

Hayati yang sedang membelek novel di atas rak terus tersentak. Kemudian dia tergelak bila teringatkan soalan Luqman itu tadi. Luqman di sebelahnya juga ikut tersenyum.

"Dah alang-alang masuk sini kan, tengok la apa yang ada. Dah selesai urusan awak dekat bank?"

"Dah."

"Okey sekejap ya, saya bayar barang ni dulu."

Luqman angguk dan bergerak menunggu Hayati di luar sementara rakannya itu membuat pembayaran. Tidak lama kemudian Hayati keluar bersama beg plastik di tangan.

"Awak nak terus balik ke?" Soal Hayati ketika mereka beriringan menuju ke arah kereta Luqman.

"Awak ada nak ke mana-mana lagi ke?" Soal Luqman pula.

Hayati memandang sekeliling. "Erm, apa kata kalau kita pergi minum dulu?"

"Dekat mana?"

"Tak kesah, awak decide. Saya ikut je."

"Macam tu pula." Serentak Luqman dan Hayati ketawa.

"Kalau macam tu, kita minum dekat dengan gerai kek kawan saya? Ada kopi best dekat sebelah gerai dia." Tanpa berfikir panjang Luqman memberikan cadangan. Dapatlah dia bertemu dengan Maya sebentar.

"Erm, okey boleh."

***

Uzair bangun dan mendekati Maya yang masih kaku di tempat yang sama. Lama mereka saling berpandangan sebelum Uzair kembali bersuara.

"Aku tahu kau juga punya rasa yang sama Maya."

Jeda.

"Selepas kejadian itu aku tahu, kau dan aku berkongsi perasaan yang sama. Aku suka kau dan kau juga suka aku."

"Tapi kau sendiri dengar yang aku cakap Rudi tu crush aku." Maya cuba menafikan.

Terbit senyuman sinis di hujung bibir Uzair dan reaksinya itu membuatkan Maya terpegun. Uzair bukan seperti Luqman yang mudah tersenyum. Lelaki ini amat payah untuk berkongsi senyuman di wajahnya. Tetapi segala tindak tanduknya cukup menceritakan segalanya.

"Itu hanya kata-kata yang terbit di bibir kau Maya. Tapi di hati kau, hanya ada aku."

"Kau terlalu yakin Uzair."

Hilang senyuman sinis, wajah Uzair kembali serius.

"Kerana bahasa tubuh kau menceritakan segalanya." Uzair semakin mendekatkan jarak antara mereka. "Kau tertunduk malu bila aku mendekat."

Jeda.

"Pipi kau merah bila berdepan dengan aku."

Spontan Maya memegang pipi sendiri dan tindakannya itu membuatkan Uzair tersenyum sesaat. Kemudian perlahan-lahan Uzair bergerak selangkah ke belakang.

"Aku kenal kau dah lama Maya, sejak kita tingkatan satu. Aku tahu kau suka mengusik lebih lagi budak nerd macam Rudi tu." Kedua belah tangan Uzair bergerak memeluk badan sendiri.

"Bila dengan Rudi kau tak macam bila dengan aku. Dengan Rudi kau tak tahu malu tapi bila dengan aku, kau selalu tersipu malu."

Bibir bawah dikemam geram. Damn it! Macam mana Uzair boleh tahu?!

"Okey cukup!" Kedua belah tangan diangkat ke hadapan wajah Uzair. "Dahlah. Tak payah la nak buka semua cerita lama dekat sini. Kesian Rudi tersedak nama dia asyik kena petik je."

Sekali lagi Uzair tersenyum sinis. Kedua belah tangan yang memeluk badan dimasukkan ke dalam poket jeans.

"So, nak mengaku ke tak yang kau juga suka aku?"

Maya pandang Uzair dengan pandangan tidak puas hati. Entah dari mana si Uzair ni muncul tiba-tiba confess cintakan dia dan sekarang paksa dia pula untuk mengaku yang dia juga cintakan lelaki itu.

Oh my!

Belum sempat Maya menjawab, muncul Luqman di hadapan gerai bersama Hayati. Teguran Luqman terus mematikan perbualan Maya dengan Uzair.

"Uzair?" Bulat mata Luqman memandang lelaki yang sedang berdiri di bawah khemah Maya.

"Hei Luq!"

"Bro!"

Serentak Luqman dan Uzair bergerak mendekat dan terus berpelukan buat beberapa saat.

"Macam mana kau boleh muncul dekat sini?" Soal Luqman setelah pelukan mereka dileraikan. Terus terlupa akan Hayati yang terpinga-pinga memandang mereka di situ.

"Aku datang cari Maya." Jawab Uzair tanpa berselindung.

Riak pada wajah Luqman sedikit berubah walaupun senyuman masih menghiasi wajah. Kemudian Uzair dan Maya dipandang silih berganti.

"Kau cari Maya?"

Uzair angguk. "Dah lama aku cari Maya." Uzair pandang Maya sejenak sebelum mengalihkan pandangan ke wajah Luqman semula.

"Thanks to you. Sebab posting kau dekat FB la aku tahu Maya ada dekat sini."

Giliran Maya memandang Uzair dan Luqman bersilih ganti.

"Aku akan ceritakan semuanya dekat kau nanti. Aku stay sini satu malam, jom lepak."

Luqman senyum dengan riak wajah yang cuba dikawal agar rasa kecewa yang sendat di hati tidak terluah di wajah.

"Boleh. Kau stay mana? Tidur rumah aku sajalah Uzair."

"Tak menyusahkan kau ke?"

"Apa benda susahnya. Kawan lama kut, setakat nak bagi tumpang tidur tu tak ada hal la." Bahu Uzair ditepuk beberapa kali.

Uzair peluk bahu Luqman sebagai tanda terima kasih.

"Err Luq."

Serentak tiga pasang mata memandang ke arah Hayati yang kelihatan terpinga-pinga di hadapan gerai Maya.

"Oh maaf Hayati. Ini Uzair dan Maya, kawan lama saya."

"Oh hai!" Hayati tetap tersenyum walaupun terasa kekok. Kemudian tangan dihulur untuk bersalam dengan Maya.

"Ini Hayati, cikgu dekat sekolah aku." Giliran Hayati pula diperkenalkan kepada Maya dan Uzair.

"Oh, inilah Cikgu Hayati." Balas Maya dengan senyuman nakal dan maksud yang tersirat. Masih dia ingat perbualan pelajar sekolah Luqman seminggu yang lalu. 

PUNGGUK RINDUKAN BULANWhere stories live. Discover now