Part 2

132 15 0
                                    

Heyyo! Sorry lupa nak update cerita ni hnshns... Alahhh 1 je lagi vote nak cukup 20 haha takpelah tak nak dah mintak vote. Cerita ni pun tak panjang, so enjoy jelah ek. Hiks! 

***************************************************************************************

Selesai solat Isyak, Maya turun ke dapur untuk mengemas barang-barang yang dibeli petang tadi. Barang membuat kek disusun di satu sudut khas agar kelihatan lebih kemas dan tidak bercampur dengan barang dapur yang lain.

Selesai di situ, Maya duduk seketika di meja makan. Mencicip minuman yang telah siap dibancuh sebelum solat Isyak tadi. Sambil itu matanya melilau memandang segenap ruang dapur yang sunyi.

Duduk bersendirian begini, fikiran tidak dapat lari daripada memikirkan tentang kenangan-kenangan lama ketika ibu dan ayahnya masih ada. Walaupun hanya mereka bertiga, tetapi rumah tetap riuh dengan gelak tawa ayah dan ibu.

Kehidupan Maya kelihatan sempurna. Punya ayah dan ibu yang penyayang, yang memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada dia si anak tunggal. Pelajarannya juga bagus sehingga dia mampu menyambung pengajian ke universiti dan akhirnya mendapat pekerja yang sesuai dengan kelayakan di kota.

Namun satu demi satu nikmat kebahagian ditarik olehNya. Sedang Maya sibuk membina kerjaya, ibunya meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak dari itu kesihatan ayahnya pula mula merosot sehingga disahkan menghidap kanser peringkat empat. Tanpa berfikir panjang Maya membuat keputusan untuk pulang ke kampung demi menjaga ayahnya dan dia langsung tidak menyesal akan keputusannya itu. Ayahnya dijaga dengan sepenuh hati akhirnya si ayah juga pergi menghadap Ilahi.

Kini yang tinggal hanya dia sendiri. Tiada lagi figura ayah dan ibu di hadapan mata. Tiada lagi si ibu yang sentiasa sibuk di dapur. Tiada lagi si ayah yang setia membantu. Kini hidupnya adalah tentang dia sahaja.

Sedang Maya tenggelam dalam kenangan, telefon yang berada di atas meja berbunyi. Terbit senyuman saat membaca nama yang tertera pada skrin telefonnya itu.

Hujung minggu kau buka gerai pukul berapa?- Luqman

Sempat mereka bertukar nombor telefon sebelum pertemuan mereka berakhir petang tadi.

Pukul 12 macam biasa. Kenapa?

Minuman yang masih berbaki dicicip sambil menantikan balasan daripada Luqman.

Aku free hujung minggu nanti. Aku tolong kau ya? – Luqman

Kening Maya sedikit berkerut walaupun senyuman masih bergayutan di bibir.

Tolong for free juga ke macam mana?

Kali ini tidak perlu menunggu lama, mesejnya terus dibalas oleh Luqman.

Upah kek pandan gula melaka je dah cukup. – Luqman

"Oh, nak upah juga." Bisik Maya sambil menggeleng.

Boleh, tak ada hal.

Cun! Jumpa nanti. – Luqman

Maya sambung senyum sambil menghabiskan minumannya. Luqman tak pernah berubah. Sejak dulu sentiasa buatkan dia tersenyum dengan keperibadiannya yang sebegitu. Kenangan bersama ibu dan ayahnya telah menghilangkan digantikan dengan kenangan lama bersama Luqman sewaktu di bangku sekolah. Dan malam itu, Maya terus hanyut dalam kenangan masa lalu.

***

"Belum tidur Luqman?"

Luqman yang sedang duduk bersandar di atas kerusi rotan sedikit tersentak bila ditegur dari belakang oleh emaknya.

"Belum mak."

Puan Amna melabuhkan duduk di sebelah Luqman. "Hujung minggu nanti Luq teman mak pergi kenduri ya?"

PUNGGUK RINDUKAN BULANWhere stories live. Discover now