BAB 15

765 48 15
                                    

"Elhan Al-Maleeq bin Al-Malik, aku nikahkan dikau dengan anakku Clarissa Humra binti Tuan Ardin dengan mas kahwinnya 200 ringgit berserta seperangkat alat solat tunai!"

"Aku terima nikahnya Clarissa Humra binti Tuan Ardin dengan mas kahwinnya 200 ringgit beserta seperangkat alat solat tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Syukur alhamdulillah..." Semua saksi dan tetamu yang hadir mengucap syukur ke hadrat ilahi di atas ijab qabul kedua pasangan tersebut berjalan dengan lancar.

Tuan Ardin menunduk sebaik saja perkataan sah meniti di bibir saksi. Air mata kelegaan dan kembiraan yang jatuh di tubir matanya segera di seka. Tidak mahu orang lain melihat air matanya. Tidak henti-henti dia mengucap syukur di atas ijab qabul anaknya berjalan dengan lancar. Lega hatinya apabila anaknya bertemu jodoh dengan lelaki sebaik Elhan. Dia yakin, anak akan bahagia dengan Elhan.

Dia kembali panggung wajahnya. Wajah berseri anak perempuannya di atas pelamin bersama dengan bekas isterinya di perhati. Senyuman sedaya upaya di tahan agar tidak melebar.

Wajah lega Elhan di pandang redup. Lekaki itu sudah bergelar menantunya. Tidak sangka yang niatnya mahu bermenantukan Elhan termakbul juga.

"Tahniah Elhan. Jaga anak papa baik-baik. Jangan sakiti dia macam mana papa pernah sakiti dia. Papa bukan papa yang baik untuk Humra. Jadi papa nak kamu jaga anak papa dengan baik." Sebak saja nada Tuan Ardin saat menuturkan pesanannya untuk Elhan.

Bahu Elhan dia tepuk perlahan.

Elhan mengangguk kepala seraya menyalam tangan bapa mentuanya. Segala pesanan yang di beri lelaki separuh abad itu dia semat di ingatannya.

"Baik pa, papa jangan risau semua tu. Selagi saya hidup selagi tu saya akan jaga anak papa baik-baik. Terima kasih pa sudi bagi wali dekat Humra."

Tubuh Tuan Ardin didakap Elhan erat.
Walaupun dia tahu Tuan Ardin belum berbaik dengan ibu mentuanya. Dia harus hormat lelaki itu.

Setelah menunaikan solat sunat nikah. Sekarang sesi upacara pembatalan air sembahyang. Dengan langkah tenang, Elhan melangkah ke arah pelamin di mana  tempat isterinya berada.

Humra gementar apabila Elhan semakin menghampirinya. Jantungnya usah di kata, sudah berdegup kencang seakan-akan dia baru saja selesai berlari. Kepala di tunduk sebaik saja ruang kosong yang di tinggal oleh mamanya sebentar tadi sudah berisi orang, iaitu Elhan. Lelaki yang sudah bergelar suaminya sebentar tadi.

"Assalamualaikum, Mrs Elhan Al-Maleeq," bisik Elhan di cuping teling isterinya. Bibirnya menguntum senyuman manis saat melihat wajah gugup isterinya.

"Waalaikumussalam..." Perlahan saja suara Humra saat membalas ucapan salam dari Elhan.

"Hulur tangan kamu Humra. Elhan nak sarung cincin dekat jari kamu tu," ujar Puan Aileena dengan senyuman. Bibirnya dari tadi tidak berhenti dari tersenyum.

Hari ini adalah hari paling bermakna dan bahagia untuk dia. Dia bersyukur kerana dia di beri kesempatan untuk melihat anaknya menjadi isteri orang. Hatinya cukup lega apabila meluhat anaknya sudah berjumpa dengan pelindungnya. Allah makbulkan doanya. Andai nanti nyawanya di tarik, tidaklah dia risau mahu meninggalkan anaknya seorang diri di dunia ini.

Perlahan-lahan Humra hulur tangannya dekat Elhan. Dia malu. Boleh tak kalau dia nak lari? Dia malu mahu bersentuhan dengan Elhan.

"Janganlah malu, buttercup. Kita dah halal dah pun," usik Elhan. Dia ketawa kecil apabila melihat wajah kemerahan isterinya.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now