Disclaimer

875 28 0
                                    

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.

Maafkan saya kalau ada kesalahan tatabahasa. Ini kali pertama saya cuba menulis cerita melayu.

Ini bukanlah kisah cinta yang romantik dan sweet sepanjang masa.

Start: 1 Januari 2024
End: -

*****

Jangan terlalu cepat menghukum orang lain. Nanti makan diri.

*****

Jatuh cinta dengan tunang orang? Seumur hidupnya, Alisa Zafirah tidak sangka cinta pertama dia begitu menyakitkan hati. Paling teruk, dia jatuh cinta dengan Muhammad Arsyad, tunang kawan baiknya sendiri!

"Aku nak kau jadi pengapit aku lah! Kau wajib hadir masa majlis perkahwinan aku tahu!" ~Zarina Aleesya

"Hari bahagia kawan baik aku, mestilah aku hadir!" ~Alisa Zafirah

Sangkanya, dia mampu hilangkan rasa cinta itu. Tetapi pertemuan dengan Helena menyedarkan Zafirah tentang kisah silam Zarina yang teruk. Kawan berubah menjadi musuh. Zafirah memilih untuk jadi perampas akibat kecewa dengan Zarina.

"A... Apa jadi dengan kau, Zafirah?" ~Muhammad Arsyad

"Kenapa? Kau tergoda ke? Aku cantik kan?" ~Alisa Zafirah

Impiannya cuma satu, dia ingin bahagia. Segala rasa bersalah diketepikan. Zafirah yakin bahawa cintanya untuk Arsyad pasti akan membahagiakan dia. Malangnya, hati Arsyad bukan ditakdirkan untuk dia. Akhirnya, dia hilang segala-galanya.

"Kau hina aku macam-macam tapi perangai kau lagi teruk! Kau sendiri pun hipokrit!" ~Zarina Aleesya

"Dulu aku pernah anggap kau kawan yang sangat aku sayang Zafirah. Sekarang aku nak kau berambus dari hidup aku!" ~Muhammad Arsyad

Munculnya seorang lelaki yang merupakan punca Zafirah berubah. Peliknya, lelaki itu tidak pernah berhenti memberi Zafirah nasihat walaupun Zafirah banyak kali menghina lelaki itu.

"Aku jahat Azril. Aku tak layak bahagia." ~Alisa Zafirah

"Awak layak, Zafirah. Kita boleh sama-sama jadi baik." ~Azril Fahmi

Izinkan Aku BahagiaWhere stories live. Discover now