Prolog

474 23 2
                                    

"Assalamualaikum!"

Suara ceria Zafirah menembusi rumah yang senyap itu. Zarina dan Puan Rosmah tersenyum menyambut kedatangan Zafirah ke rumah mereka. Gadis Melayu yang tinggi itu menceriakan suasana di rumah hanya dengan kehadirannya sahaja.

"Waalaikumsalam. Eh, mak ayah kau mana?" Tanya Zarina sambil mencari kelibat ibu dan bapa Zafirah, Puan Farah dan Encik Jamil.

"Mummy dengan daddy busy kerja."

Puan Rosmah berkerut dahi. Entah berapa kali mak ayah Zafirah tidak jadi datang ke rumahnya kerana sibuk bekerja. Dia kesiankan Zafirah. Dari kecil lagi gadis ini selalu bersendirian kerana ibu bapanya terlalu taksub dengan kerja mereka.

Ya, dia setuju bahawa kerja itu penting. Tapi bagi dia, meluangkan masa dengan anak-anak itu jauh lebih penting dari kerjayanya.

"Uncle takde ke?" Zafirah melabuhkan punggung di atas kerusi. Kek batik yang terhidang diatas meja itu diambil lalu dijamah. Sedap!

"Belum lagi. Papa cakap nanti dia datang sekali dengan kawan-kawan dia," balas Zarina.

"Kek batik tu tak lari kemana pun. Yang kamu makan sampai comot macam tu kenapa?" Perli Puan Rosmah geram. Gelojoh betul Zafirah makan sampai ada cebisan kek batik di pipi.

"Haha sorry aunty. Ira tak sangka pula kek batik ni begitu sedap. Ni mesti aunty yang buat kan?"

Puan Rosmah tersenyum. Pandai betul Zafirah mengambil hatinya. Beberapa minit kemudian, kereta Encik Zakaria diikuti sebuah kereta Honda berwarna putih tiba di rumah. Puan Rosmah bingkas bangun menyambut suaminya yang datang bersama dengan dua orang lelaki asing. Sudah tentu mereka ialah tetamu suaminya hari ini.

"Ni Dato' Zainuddin, kawan lama abang masa zaman sekolah dulu. Yang muda itu pula anak sulung dia," Encik Zakaria memperkenalkan tetamunya kepada si isteri.

Zarina yang dari tadi berdiam diri terpegun menghadap jejaka tampan yang berdiri di sebelah Dato' Zainuddin. Inikah anak sulung Dato' Zainuddin? Jantungnya berdegup kencang. Entah kenapa dia tertarik dengan lelaki itu. Sudah lama dia tidak merasa perasaan seperti ini.

"Nama saya Muhammad Arsyad. Boleh panggil saya Arsyad saja." Arsyad perkenalkan dirinya. Dia mengulum senyuman manis terhadap Zarina yang tidak berhenti merenungnya dari tadi.

'Uish, flawless juga kulit dia. Kalah aku. Skincare apa dia pakai? Eh kejap, lelaki pun pakai skincare juga ke?' Omel Zarina dalam hati. Matanya tidak habis merenung Arsyad.

"Rina," bisik Zafirah seraya menyedarkan Zarina dari lamunannya.

"Ish budak ni, mengelamun pula dia," Puan Rosmah ketawa melihat muka merah si anak. Encik Zakaria hanya menggelengkan kepala.

"Er... nama saya Zarina," Zarina perkenalkan diri, anak matanya dialihkan ke tempat lain. Sungguh, dia tidak boleh terus bertentang mata dengan Arsyad lagi. Rasa macam nak meletup jantung dia sekarang.

Tanpa sedar, hujung bibir Arsyad ternaik. Dia berasa tertarik dengan Zarina. Gadis itu kelihatan sangat comel dengan pipinya yang merah dan suaranya yang lembut. Kemudian, pandangannya beralih ke arah gadis di sebelah Zarina.

Kening Arsyad terjungkit, bila masa pula dia di situ?

"Nama saya Zafirah."

Arsyad mengangguk. Zarina dan Zafirah, kedua-dua nama mereka bermula dari 'Za', "kamu berdua adik-beradik?"

"Eh tak," Zarina menggelengkan kepala. Dia dengan Zafirah memang rapat bagai isi dengan kuku, akan tetapi mereka bukanlah adik-beradik.

Puan Rosmah dengan Puan Farah memang kawan rapat. Dia orang yang berpakat untuk samakan nama Zarina dan Zafirah.

Arsyad mengangguk sekali lagi. Lantas, perbualan mereka semua berlangsung dengan lancar. Sikap Zafirah yang extrovert itu dengan mudah menghilangkan suasana yang janggal. Siapa sangka Arsyad yang kelihatan seperti seorang yang pendiam itu rupa-rupanya sangat ceria sama seperti Zafirah.

Tanpa mereka sedar, masa berlalu dengan pantas. Tiba masanya untuk semua tetamu pulang ke rumah masing-masing.

"Nah, ini nombor saya," Arsyad bertukar nombor telefon dengan Zarina. Pertemuan yang singkat dengan gadis ini sungguh membuat dia lebih tertarik untuk mengenali Zarina dengan lebih mendalam.

"Nombor saya awak tak nak ke?" Sampuk Zafirah.

"Nombor awak tak penting,"

"Eh budak ni!"

Zarina terhibur dengan pergaulan mereka berdua. Mereka baru saja berkenalan hari ini tapi bergaul macam sudah lama berkawan. Haih, siapa sangka Arsyad dan Zafirah dua-dua sama extrovert? Zarina sudah penat ketawa sepanjang hari ini melayan kerenah mereka berdua.

"Ish, malas lah saya layan awak ni. Dari tadi asyik cari gaduh aje," Zafirah mendengus seraya mengambil balik telefonnya dari tangan Arsyad.

"Awak tu yang cari gaduh dengan saya."

"Gaduh-gaduh tapi share contact juga," Zarina melepaskan keluhan yang panjang. Entah apalah dua orang kawannya ini. Gaduh-gaduh tapi berkawan juga.

"Dia yang minta."

"Dia yang bagi."

Arsyad dan Zafirah berkata dalam masa yang sama. Mereka saling menjeling tanda tidak puas hati.

Hampir setengah jam juga mereka berbual di hadapan pintu. Encik Zakaria, Puan Rosmah dan Dato' Zainuddin hanya mampu tersenyum melihat pergaulan mereka. Pertemuan yang singkat ini telah membawa kepada persahabatan yang baru.

"Yelah, nanti malam saya call awak ya Rina," Arsyad kenyit mata dengan Zarina. Nada suaranya berbaur gurauan.

"Budak-budak tak boleh sleep call. Bahaya," Zafirah menjeling geram ke arah Arsyad.

Baru berkenalan sudah ajak calling malam-malam. Sah, lelaki ini mesti playboy.

"Kisah apa aku?" Arsyad membalas. Dari tadi lagi Zafirah tak habis-habis kacau dia mengurat Zarina.

"Oh dah pandai beraku kau. Kau lahir bulan berapa? Pandai-pandai aje beraku kau dengan aku," Zafirah mendengus.

"Aku 27 tahun, lahir bulan Mac."

Zafirah terkedu. Dia tidak sangka yang Arsyad tua tiga tahun darinya.

"Kau yang paling kecil, Ira," Zarina senyum mengejek. Dia dan Zafirah sama umur, tapi Zarina lahir bulan Mac manakala Zafirah lahir bulan September.

"Biar lah."

"Sudah lah tu. Nak berkawan tu takde masalah. Tapi kenalah jaga batas ya?"

Mereka terdiam mendengar teguran dari Encik Zakaria. Arsyad menelan liur apabila ternampak renungan tajam dari ibu bapa Zarina. Pandai betul kau Arsyad. Siapa suruh ajak calling malam-malam depan ibu bapa dia?

"Haha... saya bergurau je pak cik."

"Ahem," Dato' Zainuddin berdehem. Dia merenung tajam ke arah Arsyad sebagai tanda warning.

"Dah lewat dah ni. Kami balik dulu lah ya?"

Dato' Zainuddin menarik lengan si anak ke arah kereta. Arsyad hanya mengikut dengan muka yang tenang. Dia hanya berdiam diri sepanjang perjalanan ke rumah.

Entah kenapa otaknya tak habis-habis berfikir tentang dua gadis tadi.

Zarina dan Zafirah dua-dua cantik. Sangat cantik sampai Arsyad tidak mampu menahan diri dari mengusik mereka.

Hmm... mesti seronok berkawan dengan dia orang.

"So, how was it?" Tiba-tiba Dato' Zainuddin bersoal.

Arsyad menghela nafas. Dari awal lagi dia sudah tahu tentang perancangan ayah dengan Encik Zakaria. Mereka ingin menjodohkan dia dengan Zarina.

"You mean about your plan?"

"Yeah, cukup bagus untuk jadi bakal isteri kamu kan?"

"Maybe... Let me get to know her better first."

Dato' Zainuddin hanya mengangguk. Arsyad senyap. Fikirannya kembali kepada Zarina. Mahukah dia kahwin dengan gadis itu?

Izinkan Aku BahagiaWhere stories live. Discover now