Bab 3

196 14 0
                                    

"Awak gaduh dengan Zafirah ke? Dah sebulan korang tak berjumpa."

Arsyad mengeluh. Tak sangka Zarina akan mengeluarkan soalan itu. Dia tak cakap apa-apa tentang hal Zafirah kepada Zarina. Arsyad tahu Zarina rapat dengan Zafirah dari kecil lagi, jadi dia tidak mampu berterus terang dengan Zarina.

Arsyad melarikan pandangan. Badan disandarkan ke kerusi sebelum dia menjawab.

"Eh tak lah. Kami tak gaduh pun," Arsyad membalas dengan tenang.

"Awak pun tipu saya juga," Zarina memuncungkan bibir dan menjeling Arsyad tajam.

Dia boleh rasa yang Arsyad dan Zafirah menyembunyikan sesuatu dari dia. Agaknya, dia orang betul-betul sedang bergaduh.

"Saya tak tipu awaklah," Arsyad cuba untuk memujuk Zarina.

"Yelah tu."

Arsyad tersenyum kelat. Dia rasa bersalah kerana terpaksa menipu Zarina. Tapi Arsyad tak boleh biarkan Zarina dapat tahu tentang perasaan Zafirah terhadap Arsyad. Dia tahu, mesti Zarina akan rasa bersalah.

Lagipun, Zafirah belum tahu status hubungan Arsyad dengan Zarina.

"Cepat-cepatlah berbaik dengan dia. Saya dah tak sabar nak surprise dia tau."

"Surprise? Eh, jangan dulu!" Balas Arsyad dengan cemas.

Sekarang belum masanya untuk Zafirah tahu tentang pertunangan Arsyad dengan Zarina. Bahaya!

"Kenapa pula? Kita dah nak nikah dah pun," kening Zarina terjungkit. Dia memandang Arsyad dengan wajah penuh persoalan apabila melihat muka cemas jejaka itu.

Tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum majlis perkahwinan mereka. Jadi eloklah Zafirah tahu tentang pertunangan mereka sekarang. Takkanlah nak tunggu sampai hari nikah kot?

"Sebab… sebab saya masih belum berbaik dengan dia," ragu-ragu Arsyad menjawab.

Zarina menghela nafas. Jadi memang betul lah Arsyad bergaduh dengan Zafirah. Patutlah Zafirah asyik-asyik elak dari keluar bersama mereka.

"Awak ni kan. Mesti awak yang buat dia marah kan?" Zarina menggelengkan kepala. Sudah banyak kali dia nampak Arsyad mengusik Zafirah.

Tahulah Zafirah tu cepat melatah. Tapi kesian juga dekat kawan baiknya.

"Sorry…" Arsyad menundukkan kepala. Memang betul dia yang salah dalam hal ini.

Salah dia sebab melukakan hati Zafirah. Tapi takkanlah dia nak terima perasaan Zafirah pula? Arsyad dah bertunang dengan Zarina dari awal tahun lagi. Cuma mereka memilih untuk merahsiakan pertunangan itu kerana ingin memberi Zafirah kejutan yang besar.

Arsyad buntu. Sejak hari dia menolak perasaan Zafirah, dia tidak dapat menghilangkan rasa bersalah yang mengganggu hatinya. Dia tahu dia yang salah kerana telah memberi gadis itu harapan yang palsu.

“Kenapa awak gaduh dengan dia?” Soal Zarina hairan.

“Adalah tu. Takpe awak jangan risau. Nanti saya jumpa dengan dia.” Arsyad cuba untuk berlagak tenang. Seolah-olah konflik dia dengan Zafirah hanyalah perkara kecil.

Yang penting sekarang, Zarina tidak boleh tahu hal sebenar.

Zarina mengangguk dengan senyuman yang lebar. Dia berharap Arsyad dapat berbaik dengan Zafirah. Sebelum ni pun pernah mereka bergaduh kerana sikap Arsyad yang suka mengusik Zafirah. Namun pergaduhan mereka tidak pernah berlanjutan sampai berbulan tidak bersua muka.

Zarina risau. Entah kenapa hatinya tidak tenang.

Zarina mengangkat kepala memandang Arsyad. Jelas dia nampak lelaki itu dalam dilema. Zarina gigit bibir. Perasaan curiga mula menyerang hati.

Apa sebenarnya berlaku di antara Arsyad dengan Zafirah? Mungkinkah…

Stop. Arsyad bukan macam tu. Dia setia,’ Zarina menghela nafas dalam. Dia cuba untuk mengetepikan perasaan curiga itu.

Arsyad baik. Arsyad lelaki yang dia pilih untuk dijadikan suami. Tidak mungkin Arsyad akan curang.

“Err awak,” Arsyad membaca mesej yang baru diterima oleh ayahnya. Ada hal yang penting perlu dia uruskan.

“Saya balik dulu boleh? Abah minta saya tolong dia uruskan hal dekat syarikat.”

Zarina mengangguk. Dia cuba untuk mengulum senyuman yang manis ke arah Arsyad. Namun senyumannya terasa janggal.

Hatinya tidak tenang memikirkan Zafirah.

“Haih, malaslah aku macam ni,” dia mendengus. Spontan, telefonnya dikeluarkan untuk mencari benda yang boleh menenangkan fikiran.

*****

Arsyad meregangkan badan. Matanya mengerling ke arah jam tangannya.

6:30 p.m.

Hampir separuh hari juga dia menyiapkan kerjanya di syarikat. Walaupun hari ini dia cuti, Dato’ Zainuddin tetap memintanya datang bekerja. Mentang-mentang lah dia bakal mewarisi syarikat mereka, terus semua kerja ditolak kepadanya.

Automatik, dia mengeluarkan telefon untuk menghantar mesej kepada Zarina. Perasaan rindu membuak-buak di hatinya. Sayang betul masa mereka bersama kena kacau tadi.

Ding!

Badannya mengeras. Matanya tertumpu pada notifikasi teks mesej dari Zafirah. Dia menelan liur sambil membuka teks mesej tersebut.

“Aku minta maaf. Aku tak patut buat kau rasa bersalah sedangkan kau tak salah pun.”

Awalnya Arsyad hairan. Kenapa tiba-tiba Zafirah minta maaf? Dia membaca balik teks lama mereka. Baru dia teringat dia ada mesej Zafirah untuk minta maaf sebulan yang lalu. Namun mesej dia tidak dibalas Zafirah sampailah hari ini.

Arsyad mengulum senyum. Terubat sedikit rasa bersalah di hati.

“Tak lah. Aku pun ada salah aku juga.”

“Sorry tau terpaksa buat korang berdua cancel hangout haritu.”

“Aku betul-betul busy tadi.”

Arsyad menjungkit kening hairan. Cancel hangout? Tapi dia dengan Zarina tetap keluar bersama hari itu. Walaupun Arsyad tahu selalunya Zafirah pun ikut keluar bersama, dia juga tidak memaksa gadis itu untuk datang. Cuma Zarina sahaja yang asyik meminta Zafirah untuk menemannya.

‘Layan je lah,’ fikir Arsyad. Dia membalas mesej Zafirah selepas beberapa minit.

“It’s okay. Lain kali je lah kita hangout.”

Tengoklah dulu.”

Senyumannya pudar. Nampaknya Zafirah masih sakit hati. Ataupun dia masih sibuk dengan kerja? Kalau Zafirah sudah tidak sudi meluangkan masa dengan dia kerana hal ini, apa patut Arsyad buat?

‘Ah sudah. Asal aku overthink pula?’ Omel Arsyad dalam hati. Masalah ini betul-betul buat dia tidak tenang.

Dia memandang telefon lagi. Sudah tiada mesej dari Zafirah. Hatinya makin tidak tenang. Mungkin dia tidak akan dapat menghilangkan rasa bersalah ini selagi dia tidak betul-betul meminta maaf dengan Zafirah.

Dia mengeluh. Otaknya berpusing memikirkan cara untuk membetulkan keadaan ini. Apa yang dia boleh buat untuk memulihkan persahabatan dia dengan Zafirah? Tidak dapat nafi yang dia rindu berjumpa dengan Zafirah. Gadis itu selalu menghiburkan hatinya. Apatah lagi gaya Zafirah yang sekepala dengan Arsyad. Memang seronok berkawan dengan Zafirah.

Arsyad menganggap Zafirah seperti seorang adik yang dia tidak pernah ada. Sungguh, dia tidak mahu konflik mereka berterusan.

“Patutkah aku minta tips dari Rina?” Dia menyoal diri sendiri sambil membuka teks mesej dengan Zarina.

Zarina lagi rapat dengan Zafirah. Sudah tentu Zarina lagi pandai memujuk Zafirah kan? Rasanya tak salah kalau dia meminta pendapat Zarina asalnya gadis itu tidak tahu hal sebenar.

Arsyad tersenyum setelah mendapat balasan dari Zarina. Senang betul Zarina membantunya. Sepatutnya dari awal lagi dia minta pertolongan Zarina.

Okay, you can do this.’ Dia memberi diri sendiri semangat. Telefon disimpan sebelum dia bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

Izinkan Aku BahagiaWhere stories live. Discover now