Bab 5

232 16 0
                                    

"Morning! Mood you nampak makin baik sekarang."

Zafirah yang khusyuk menyiapkan kerja mendongak kepala apabila mendengar sapaan dari Helena. Dia senyum lebar. Fokusnya terus hilang. Selepas dia meluah dengan Helena hari itu, mereka berdua jadi semakin rapat. Sekarang memang Zafirah meluangkan lebih banyak masa dengan Helena sebab mereka rakan sekerja.

"Morning! Ketara sangat ke yang mood saya bagus sekarang?" Zafirah memusing kerusi menghadap Helena.

Matanya memandang sekilas ke arah rakan sekerjanya yang lain. Semua sibuk membuat kerja mereka. Akan tetapi, terdapat juga beberapa orang yang sedang berbual, bergosip dan bermain telefon.

"Of course lah! Sikit-sikit tersenyum. Orang buta je yang tak nampak," Helena memandang Zafirah dengan senyuman mengejek. Dia tahu kenapa Zafirah semakin ceria beberapa hari ini.

Puncanya cuma satu. Apa lagi kalau bukan Arsyad?

Zafirah tersengih. Dia menundukkan kepala untuk menahan malu. Sudah sebulan dia berbaik dengan Arsyad. Dia dengan Arsyad dah berbaik lepas lelaki itu menghantar dia ke klinik. Malah, boleh dikatakan mereka menjadi semakin rapat. Baru sekarang dia sedar yang Arsyad sangat kenal dia. Arsyad tahu Zafirah gemar makan burger ayam. Dia tahu yang Zafirah senang demam. Sekarang pun dia asyik tegur Zafirah untuk menjaga kesihatan dengan baik.

Arsyad terlalu baik dengannya. Setiap hari, semakin mendalam perasaan Zafirah terhadap lelaki itu.

Zafirah juga sudah tidak menolak setiap kali Zarina mengajak dia keluar hangout sekali dengan Arsyad. Dia gembira dapat meluangkan masa dengan lelaki itu walaupun hanya atas dasar persahabatan.

"Kan I dah cakap mesti dia suka you punya!"

"No lah! Dia memang friendly. Saya rasa dia cuma nak jadi kawan yang baik je lah," cepat-cepat Zafirah pintas. Namun dalam hati dia juga berharap yang Helena betul. Dia berharap sangat Arsyad memang simpan perasaan dengannya.

Kalau tidak, mana mungkin Arsyad masih layan dia dengan baik kan? Selalunya orang reject terus block habis, bukannya masih melayan.

"Alaaa you ni. Kalau dia sampai hantar you pergi klinik mestilah dia suka you! Kalau dia tak suka, you rasa dia sanggup kah chat you tiap-tiap hari untuk tanya tentang kesihatan you? He cares about you, Zafirah."

"Or maybe you're special to him," tiba-tiba ada suara lain yang menyampuk.

Zafirah dan Helena menoleh ke arah Helmi. Kening mereka terjungkit. Sejak bila Helmi mencuri dengar perbualan mereka? Ataupun suara mereka yang terlalu kuat?

"Apa? Aku duduk sebelah kau je Zafirah. Ingat aku ni pekak ke ape?" Helmi mengeluarkan satu gula-gula dan memasukkan dalam mulut.

"Eh you ni. Orang sedang girls talk lah. Mana boleh you curi dengar." Helena membantah. Dia tidak puas hati.

"Kalau nak girls talk pergi buat tempat lain. Dekat sini memang lah aku dengar," balas Helmi selamba.

Zafirah tertawa kecil. Malu pula bila ada orang lain terdengar dia bercakap pasal crush. Orang yang dia tidak berapa rapat pula tu. Helmi kerling Zafirah sekilas sebelum dia bersuara.

"Kalau dia dah reject tapi masih layan kau dengan baik maksudnya kau special lah untuk dia. Kalau aku kan, lepas aku sudah reject orang tu memang aku tidak layan dia sudah."

"Betul-betul. I setuju. Maksudnya you masih ada harapan."

Laju Helena mengangguk setuju. Kalau sudah reject tapi masih melayan tu sudah dikira bagi orang harapan palsu. Bagi Helena, orang yang buat macam itu sangat kejam. Ingat senang ke nak move on lepas dapat fake hope? Dia harap Arsyad bukan lelaki yang suka bermain dengan perasaan perempuan. Sekarang pun dia boleh nampak betapa dalamnya perasaan Zafirah terhadap Arsyad

"Eh tak lah. Saya rasa dia memang friendly dengan semua orang lah. Even dengan Rina pun dia macam tu," Zafirah masih cuba untuk menafikan.

Apa yang dia cakap itu betul. Arsyad memang baik dengan semua orang, lagi-lagi dengan Zarina. Entah kenapa dia orang berdua sangat rapat.

"Rina?" Soal Helena.

"Ya, Zarina. Nama kawan baik saya. Yang saya cakap selalu bawa saya hangout sekali dengan Arsyad tu."

Helena terdiam seketika. Dahinya berkerut.

"Zarina Aleesya binti Zakaria?" Soal Helena lagi.

"Eh, awak kawan dia juga ke?" Terkejut Zafirah apabila Helena menyebut nama penuh Zarina.

"No lah. I pernah dengar nama dia je. Dia kerja guru kan? I ingat sebab anak buah I selalu mention dia. Favourite teacher katanya," Helena menjawab sambil menjongket bahu.

Kecil sungguh dunia ini. Zafirah tidak sangka yang Zarina guru kepada anak buah Helena. Patutlah tadi Helena nampak terkejut dengar nama Zarina. Zarina merupakan seorang guru sekolah rendah. Dengan sifatnya yang suka dengan budak-budak, memang tak hairan lah kalau Zarina menjadi guru yang popular di kalangan pelajarnya.

"Sudah-sudah lah tu. Ni, apa cerita dengan Arsyad?" Helmi menyampuk. Dia selalu terdengar perbualan antara Zafirah dengan Helena. Sampai dia ingat nama Arsyad.

Kalau bab-bab cinta ni memang Helmi suka. Mungkin perempuan pun kalah apabila dia mula bergosip tentang cinta.

"Tak ada kaitan dengan awak lah," balas Zafirah selamba. Mustahil dia akan buka cerita dengan Helmi. Lagipun Zafirah bukannya rapat sangat dengan Helmi. Dengan gaya dia yang kuat bergosip, sudah tentu bahaya kalau Zafirah buka cerita tentang Arsyad.

"Erm yalah," Helmi kembali fokus dengan kerjanya.

Helena tidak menghiraukan Helmi. Dia hanya diam menanti Zafirah teruskan ceritanya. Jujurnya dia sangat tertarik dengan kisah Zafirah. Belum pernah lagi dia jumpa perempuan yang berumur 26 tahun tapi baru mula jatuh cinta seperti Zafirah. Cinta pertama pula tu!

Zafirah mendekatkan kerusinya dengan kerusi Helena. Dia memastikan tiada orang yang mencuri dengar perbualan mereka sebelum membuka mulut.

"Actually semalam Zarina ada cakap yang Arsyad ada kejutan untuk saya. Awak rasa kejutan apa yang dia nak bagi?" Soal Zafirah dengan penuh harapan.

"Dia nak confess dengan you kot," balas Helena selepas beberapa minit. Senyuman mengejek terukir di bibirnya.

Zafirah tersengih. Jantungnya berdebar. Hatinya dipenuhi harapan yang Arsyad akhirnya akan membalas cintanya. Dia sebenarnya tidak berani sangat nak berharap. Tapi disebabkan Arsyad masih melayan dia dengan baik, Zafirah tidak dapat mengawal dirinya dari menaruh harapan terhadap lelaki itu.

"Happy betul you. You macam... apa tu orang panggil? Mabuk cinta?" ejek Helena lagi.

"Eh diam lah."

Mereka tertawa. Helena dan Zafirah fokus balik dengan kerja. Masih banyak hendak dicakap, tapi kerja datang dulu. Nanti kalau tangguh, kerja mereka bertambah pula. Mereka juga yang susah nanti.

Seharian jantung Zafirah tak henti berdebar. Rasanya pipinya sudah kebas sebab dia asyik tersenyum dari pagi lagi. Otaknya asyik memikirkan tentang kejutan oleh Arsyad. Kalau betul Arsyad ada kejutan untuk dia, apakah kejutan itu?

Izinkan Aku BahagiaWhere stories live. Discover now