Bab 9

226 16 0
                                    

"Baju yang you pilih semua sopan."

Baju lengan panjang. Seluar panjang yang labuh. Skirt yang panjang. Pilihan baju Zafirah semuanya sopan. Lain dengan baju Helena yang seksi.

"Sebab kami wajib tutup aurat," balas Zafirah spontan. Dia yakin Helena tahu yang perempuan muslim wajib menutup aurat mereka.

"Bagusnya you. I tengok ramai je perempuan kat ofis kita yang pakai seksi."

Zafirah tidak tahu hendak balas apa. Dia sendiri pun faham nak kekal istiqamah tu susah. Lagi-lagi bila kita sudah hidup bebas dari kongkongan ahli keluarga kita. Ramai kawan dia yang dulu bertudung kini berhenti selepas memasuki universiti.

Zafirah sendiri pun hampir terpesong. Mujurlah ada Zarina yang sentiasa menegur dia.

Ya, Zarina memang baik. Tak hairanlah kalau Arsyad sukakan dia.

"Eh tu..." Kaki Helena terhenti. Dia menuding jari ke arah pasangan kekasih yang sedang makan bersama-sama di dalam kafe.

"Hah, you cakap papa dia tak bagi dorang keluar berdua-duaan. I tengok okay je dorang keluar dating."

Zafirah sendiri pun rasa keliru. Apa yang dia nampak lain dengan apa yang Zarina cakap dengan dia. Zafirah cepat-cepat melarikan pandangan apabila dia bertentangan mata dengan Arsyad tanpa sengaja.

"Kita jalan je lah. Tak payah pedulikan dorang," Helena menarik lengan Zafirah dan membawa dia pergi.

"Ira!"

Tiba-tiba Zarina memanggilnya. Zafirah mengeluh. Sudah beberapa minggu dia mengelak dari berjumpa dengan mereka. Kalau dia lari sekarang nanti timbul konflik pula. Sudahnya dia terpaksa berkongsi meja dengan mereka. Helena pula pilih untuk masuk ke kedai lain.

Zafirah merenung pasangan yang duduk berhadapan dia dengan senyuman yang kelat. Kedua-dua belah tangannya mengepal kuat melihat renungan penuh cinta oleh Arsyad kepada Zarina. Ikutkan hati, mahu saja dia tolak Zarina jauh dari Arsyad.

'Aduh, apa yang kau fikir ni Zafirah?' Omelnya dalam hati. Macam menyesal pula duduk di sini.

Kenapa Arsyad memilih Zarina? Kenapa bukan Zafirah? Sesungguhnya Zafirah merasakan seperti hatinya ditusuk belati yang tajam. Sangat menyakitkan apabila nampak pasangan ini bahagia di atas penderitaannya.

"Ira, kau okay tak? Dari tadi asyik termenung aje," Zarina menyapa kawan baiknya itu. Dia sedar Zafirah hanya senyap dari tadi, sedangkan dia tahu Zafirah jenis yang kuat bercakap.

Zafirah hanya mengangguk kepalanya, lidahnya terasa keras setelah mendengar soalan dari Zarina. Kolam mata yang bertakung di bawah kelopak mata akhirnya mengalir ke pipi, dia tidak boleh menahan rasa sakit dan cemburu ini lagi.

Cukuplah beberapa minit sahaja dia terpaksa melayan adegan romantik pasangan kekasih ini. Dia sudah penat.

"Ira, kau..." Arsyad ingin bersuara, namun pertuturannya terhenti tatkala melihat air mata Zafirah.

"Sorry, aku rasa tak sihat. Aku balik dulu ya," pamit Zafirah sebelum dia bangun dari kerusinya.

Dia mengesat air matanya sambil menggerakkan kakinya ke tandas. Dia tidak mahu sesiapa pun melihat keadaannya sekarang, namun dia terserempak dengan Helena di pintu tandas.

"I dah cakap dah you tak payah lagi rapat dengan dia orang," Zafirah hanya terdiam mendengar kata-kata itu. Dia membiarkan Helena membawa dirinya ke tempat lain.

"See? You're hurting Zafirah. Until when are you gonna keep holding it in?" Helena membawa Zafirah masuk ke dalam keretanya. Dia tahu kawannya memerlukan masa untuk bertenang.

"Sekarang je sakit. Nanti dah move on okay lah tu. Until then, I'll just be happy for them."

"But you're not! Even now, you're crying because of them."

"Sekarang ya, nanti okay lah tu."

Helena mendengus mendengarkan kata-kata itu. Entah berapa kali dia dengar Zafirah menuturkan ayat yang sama. Sekarang ya, nanti okay. Bila lah nanti itu sampai? Helena sudah tidak tahan melihat Zafirah menangis kerana lelaki itu. Muhammad Arsyad bin Dato' Zainuddin, putera sulung Dato' Zainuddin yang merupakan pemilik sebuah syarikat makanan segera yang agak berjaya di peringkat antarabangsa.

Tiada siapa yang tidak mengenali jejaka tampan itu. Sejujurnya, Helena tidak suka Arsyad kerana dialah punca kawan baiknya sedih setiap hari.

"Kalau I jadi you, I takkan biarkan dia orang hidup bahagia," Helena mengalihkan pandangan setelah melihat Zafirah menjeling tajam ke arahnya. Helena sudah boleh agak yang Zafirah tidak setuju dengan pendapatnya.

"They are my best friends, Helena. I can't do that to them," Zafirah menghela nafas yang dalam. Ini bukan kali pertama Helena cuba menghasut dia untuk rampas Arsyad dari Zarina.

Zafirah mengaku yang dia juga banyak kali terfikir benda yang sama, tapi dia tidak sanggup merosakkan persahabatan dia dengan Zarina hanya kerana perasaan cemburunya ini.

Bagi dia, rasa cemburu itu normal. Tapi tak bermaksud kita perlu layan perasaan itu.

"Best friend lah sangat. Dia tak tahu pun yang you sakit hati sebab dia," Helena menggelengkan kepalanya. Dia tahu Zafirah sudah lama berkawan dengan Zarina. Persahabatan mereka bermula sejak zaman sekolah rendah lagi.

Kalau betul mereka sangat rapat, kenapa Zarina langsung tidak sedar akan perubahan Zafirah? Helena yang baru beberapa tahun rapat dengan Zafirah pun boleh nampak segala keceriaan yang ditonjolkan gadis itu semuanya palsu.

"The more you think you know someone, the easier it is to overlook their pain," kata Zafirah dengan nada yang perlahan. Quote yang dia terjumpa di internet mengingatkan dia tentang hubungan dia dengan Zarina. Apakah betul Zarina langsung tidak sedar akan perasaannya terhadap Arsyad?

Zafirah memandang ke luar cermin kereta. Matanya membesar bulat ketika ternampak Zarina dan Arsyad keluar dari kafe sambil tertawa. Sekali lagi hatinya dipenuhi perasaan cemburu yang sukar untuk dia telan.

Helena memandang sekilas ke arah kawannya. Dia hanya berdiam diri tatkala mendengar tangisan kecil dari Zafirah. Hatinya turut sakit mengenangkan nasib gadis itu. Helena menghela nafas dalam sebelum dia mengusap lembut bahu Zafirah

"Kadang-kadang kan, kita rasa orang itu baik. Tapi sebenarnya dia lah manusia yang paling kejam."

Zafirah berkerut dahi. Apa yang cuba disampaikan oleh Helena? Nak cakap yang Zarina sebenarnya jahat? Mustahil! Dia kenal Zarina. Dari kecil lagi Zarina memang baik.

"Zarina... Who knows? Maybe dia lah antara manusia yang paling kejam kita pernah nampak."

"Apa maksud awak?" Zafirah mengesat air mata. Ini percubaan Helena untuk menghasut dia lagi kah? Tapi bila dia tengok Helena, dia dapat rasa ada satu perasaan yang sukar untuk ditafsir di sebalik wajah tenang itu.

"You tak rasa yang mungkin dia cuma berpura-pura? Begitu lama dia kenal you, mustahil dia langsung tidak sedar perubahan you."

"Kan saya dah cakap semakin kita kenal orang tu, semakin banyak perkara yang kita terlepas pandang tentang dia."

"Yes, true. I'm not gonna deny that," Helena mengangguk. Dia pun setuju dengan Zafirah.

"But the same thing also applies to you, you know."

"Maksud awak? Awak nak cakap yang saya sebenarnya tak berapa kenal Zarina?"

Sekali lagi Helena mengangguk. Zafirah terkedu. Dia langsung tidak pernah terfikir tentang perkara itu. Tapi ada logiknya juga. Lagipun apa yang Zarina cakap jauh beza dengan apa yang Zafirah nampak tadi. Betulkah Zarina langsung tidak tahu apa-apa?

Izinkan Aku BahagiaWhere stories live. Discover now