Bab 10

220 15 0
                                    

Helena menghidupkan enjin kereta dan mula bertolak ke rumah Zafirah. Mereka sudah setuju untuk membiarkan Zafirah menumpang kereta Helena supaya lagi senang untuk mereka keluar bersama-sama.

Helena sedar dari tadi Zafirah berdiam diri. Dia cakap sepatah, Zafirah pun balas sepatah. Nampaknya, Zafirah masih memikirkan tentang perbuatan mereka tadi.

Dia rasa bersalah pula. Niat dia hanyalah untuk memujuk Zafirah, bukannya menambah lagi masalah dia.

"You nak makan apa? I belanja," Helena tahu yang Zafirah lebih suka makan makanan yang sedap setiap kali dia bad mood. Walaupun sudah dekat dengan rumah Zafirah tapi dia sanggup patah balik untuk membeli makanan bagi Zafirah.

"Betul ni?" Terus lebar senyuman Zafirah. Makanan free siapa tak suka? Dia memandang ke luar cermin kereta untuk mencari restoran yang sedap. Senyumannya semakin lebar bila dia ternampak satu gerai burger kegemarannya. Gerai milik Azril.

"Ya, I belanja. Bukan selalu I baik hati tau."

"Er... kalau macam tu awak boleh berhenti dekat sini tak? Saya nak beli burger di gerai sana."

Helena perlahankan kereta sambil mencari tempat parking. Dia pandang sekilas ke arah gerai yang disebut Zafirah tadi. Dahinya berkerut bila dia ternampak lelaki yang mengurus gerai itu. Dia mendengus dan mengalihkan pandangan.

"Awak kenal dia ke?" Soal Zafirah hairan.

"You can say that. I tak suka makan burger dia. So you beli untuk you je lah," Helena mengeluarkan sekeping not RM50 dan menghulurkan kepada Zafirah.

"Weh, banyak sangat ni! Dia jual murah-murah je lah," Zafirah segan hendak mengambil duit itu. Gerai Azril agak popular dengan burgernya yang sedap. Harganya yang murah juga menarik ramai pelanggan untuk membeli di sana.

"Baki tu bagi balik I lah. You ingat I kaya sangat ke nak bagi you simpan baki dia."

"Awak betul ni tak nak makan?"

Helena mengangguk. Dia menjeling tajam ke arah Azril dari dalam kereta. Nampak sahaja muka lelaki itu membuat dia marah hingga mengepal erat penumbuknya. Setiap senyuman yang terukir di muka Azril membuat dia teringin menampar lelaki itu sepuas hati. Dia benci. Meluat!

"Reaksi awak hampir sama je macam Zarina. Kenapa? Azril tu ex-boyfriend korang berdua ke apa?" Banyak persoalan timbul di kepala Zafirah. Azril tu boleh tahan juga kacak. Lagipun, reaksi Helena hampir sama dengan Zarina bila bertemu dengan Azril.

Bezanya, Zarina nampak lebih kesal dan sedih. Helena pula nampak marah. Mata Helena jelas memaparkan kebencian yang mendalam terhadap Azril. Dua-dua seperti mengelak untuk berhadapan dengan Azril. Bila ditanya tak dijawab pula. Sebab apa? Zafirah tak tahu dan dia ragu-ragu nak ambil tahu.

"Eww, I couple dengan dia? Jangan haraplah!" Helena buat muka menyampah.

"And jangan nak samakan I dengan Zarina tu ya. I tak suka," Helena mendengus. Sudah banyak kali dia cakap dia tak suka Zarina. Makin bertambah benci bila dia dibanding dengan gadis itu.

"Laa... Rina tu baik je pun," Zafirah tak nak Helena terus mengata buruk tentang Zarina. Dia tahu, Zarina tu memang baik.

Mungkin sebab Helena tak berapa kenal Zarina. Yang Helena tahu hanyalah tentang Zarina menyorokkan pertunangan dia dari Zafirah. Tak hairan kalau Helena mula berprasangka buruk tentang Zarina. Tapi tak baik kalau dia terus menghukum tanpa tahu hal sebenar. Sedalam mana pun kecewa yang Zafirah rasa, dia tetap akan berada di pihak kawan baiknya.

Kalau betul pun Zarina sengaja sorokkan hal itu dari dia, Zafirah yakin kawannya mesti ada sebab yang tertentu. Mustahil Zarina akan sengaja sisihkan dia dari orang lain. Dia tak akan percaya Zarina begitu kejam.

"Bagi you iya lah. You rapat dengan dia. Tapi I tetap tak suka. I rasa dia tu memang two-faced."

"Itu dah over lah. Manalah tahu kita yang salah faham ke?"

Zafirah mengeluh. Kalau diteruskan lagi mungkin dia pula yang bakal bergaduh dengan Helena. Mungkin selagi Helena tak betul-betul kenal dengan Zarina, dia tidak akan buang persepsi negatif dia itu. Zafirah pun tidak ingin terus gaduh tentang topik ini. Dia keluar dari kereta dan menggerakkan kaki ke gerai burger kegemarannya.

Azril yang ralit melayan pelanggan mendongak kepala apabila sedar akan kehadiran pelanggan baru. Dia mengalihkan perhatiannya kepada Zafirah. Tangannya terus menyediakan dua bungkus burger ayam tanpa bersoal panjang. Zafirah merupakan pelanggan setianya. Walaupun bukan selalu dia datang, Azril tetap kenal dengan citarasa gadis itu.

Kurangkan sos dan tiada tomato. Itu yang selalu dipesan oleh Zafirah.

"Bagi saya satu bungkus burger ayam boleh?" Zafirah menelan liur. Aroma burger yang wangi membuat dia semakin craving. Dia pandang Azril dengan penuh tak sabar. Nampak macam burger dekat gerai ni makin sedap.

Azril mengangguk. Dia mengulum senyuman lebar. Sudah agak dah mesti Zafirah akan order burger ayam. Tanpa membuang masa, Azril menyiapkan burger dan memberikannya kepada Zafirah.

"Eh, saya minta sebungkus je. Awak bagi saya dua bungkus," Zafirah cuba mengeluarkan burger yang terlebih itu dari plastik. Agaknya Azril tersalah bagi order.

Namun Azril menghalang.

"Satu tu saya belanja awak. Cheer up!" Sedari tadi Azril perasan yang Zafirah nampak sedih. Dia berharap yang dia mampu menceriakan sedikit hari gadis itu.

Zafirah tak tahu nak jawab apa. Untung betul dia hari ini. Tadi Helena yang belanja. Sekarang Azril pun belanja dia juga. Ketara sangat kah yang dia masih bersedih? Zafirah rasa berat hati nak terima layanan baik ini. Rasa macam dia ambil kesempatan pula.

Tapi Azril tetap berkeras nak belanja dia. Sesudahnya, Zafirah kembali masuk ke dalam kereta dengan hati yang gembira. Dapat makanan free. Sedap pula tu!

"Happy now?" Helena simpan telefon. Signal kereta dipasang.

"Kena belanja. Siapa tak happy?" Zafirah menyerahkan baki duit kepada Helena. Risau kalau dia terbawa pulang duit itu.

Helena mengulum senyum. Senang betul nak pujuk Zafirah. Bagi makanan yang sedap je sudah cukup untuk membuat dia gembira.

"Tapi awak okay tak?"

"What do you mean?"

"Sebab tadi awak..." Zafirah tertanya-tanya sama ada nak buka topik tentang hal tadi ataupun tak. Helena nampak macam benci betul dengan Azril.

"Let's just say I have a bad past with him," jawab Helena sekilas.

Zafirah tidak bertanya banyak lagi. Setiap orang ada kisah silam sendiri. Dia tidak perlu terus bertanya kalau Helena tidak sudi cerita dengannya. Namun perasaan ingin tahu itu tetap ada. Agaknya apa yang berlaku sehingga Helena menunjukkan kebencian yang begitu mendalam terhadap Azril?

Zafirah tidak berani menujukan soalan itu kepada Helena. Mereka hanya berbual tentang topik yang lain-lain sehinggalah mereka tiba di rumah Zafirah.

Izinkan Aku BahagiaWhere stories live. Discover now