Bab 7

160 14 1
                                    

"Tunang? Sejak bila?" Otak Zafirah berpusing memproses kenyataan yang baru didengar.

Arsyad dengan Zarina dah bertunang? Sejak bila? Mustahil dia tidak tahu. Keluarga dia dengan keluarga Zarina sangat rapat. Tidak mungkin Zafirah langsung tidak dijemput ke majlis pertunangan Arsyad dan Zarina.

"Awal tahun ni. Actually sudah lama keluarga kami bincang nak jodohkan kami berdua. Cuma baru tahun ni official," Jawab Zarina dengan ceria. Sudah lama dia pendam niat semata-mata ingin beri Zafirah kejutan yang besar.

Dari dulu lagi Zarina asyik cakap yang dia tidak akan kahwin. Sekali dia lagi awal jumpa jodoh. Lucu kan? Mula-mula Zarina ragu-ragu dengan pertunangan mereka. Sebab itulah dia minta agar majlis pertunangan mereka diadakan secara private. Hanya keluarga terdekat sahaja dijemput. Mujur keluarga Arsyad faham dan hormati permintaan dia.

"Awal tahun ni?" Zafirah rasa sukar untuk menerima kenyataan pahit itu. Maksudnya mereka sudah tujuh bulan bertunang.

Tujuh bulan bukanlah tempoh yang singkat. Mustahil dia tidak sedar sebarang perubahan dalam hubungan Arsyad dan Zarina. Padahal Zafirah paling banyak meluangkan masa dengan mereka berdua.

Kenapa dia langsung tidak sedar? Kenapa baru sekarang dia tahu?

"Haah, aku saja nak sorok. Yalah, dulu aku yang kononnya single forever. Sekali aku yang baru setahun lebih dapat kerja sudah bertunang. Lucu kan?" Zarina curi-curi pandang Arsyad sambil tersenyum. Siapa sangka lelaki inilah jodoh dia?

Namun senyumannya perlahan-lahan pudar apabila dia sedar yang Arsyad langsung tidak nampak gembira. Seolah-olah lelaki itu langsung tidak ingin cerita tentang hal pertunangan mereka.

Zafirah pun sama. Wajah dingin. Zarina dapat kesan sesuatu di sebalik pandangan mata kawan baiknya. Kecewa? Sedih?

"Ira, aku minta..." Arsyad cuba bersuara. Tapi Zafirah lebih pantas memotong bicaranya.

"Main sorok ya? Pandai korang kenakan aku kan? Aku langsung tak syak apa-apa weh," Zafirah tersenyum kelat. Dia berharap sangat tiada siapa boleh mengesan perasaan sebenar dia sekarang.

Sakit kena reject dengan Arsyad tak setanding sakit yang dia rasa sekarang. Zarina sudah lama bertunang dengan Arsyad. Selama ini dia mencintai tunang kawan baiknya sendiri.

Dia rasa berdosa. Rasa bersalah.

Rupa-rupanya selama ini hanya dia sahaja yang terlalu menaruh harapan. Ah, malunya! Dia ingat dia ada peluang. Hakikatnya secebis peluang pun dia tiada.

"Congratulations! Korang berdua memang padanlah. Dua-dua berjaya tipu aku." Ujarnya lagi.

Bukan niat dia untuk perli mereka berdua. Zafirah sedar dia patut tumpang gembira. Cuma sekarang perasaan cemburu dan marah lebih menguasai dirinya.

Marah kerana dia diberi harapan palsu. Kalaulah dari awal lagi Arsyad berterus terang dengan dia. Tidak mungkin dia akan terus menaruh harapan terhadap lelaki itu. Tapi tak. Arsyad pilih untuk serokkan pertunangan dia dengan Zarina walaupun dia sedar akan perasaan Zafirah. Itu lagi sakit.

"Kitorang tiada niat jahat lah. Cuma nak bagi kau surprise je. Sorry, aku tau aku tak patut sorok hal ni dari kau," Zarina mula rasa bersalah. Dia ingatkan Zafirah akan rasa terkejut dan rasa teruja. Bukannya marah macam ni.

"Tak, aku tak marah. Cuma aku sedikit kecewa aje lah. Kita dah lama kawan kot. Sanggup korang tipu aku selama tujuh bulan."

"Aku minta maaf Ira."

Zafirah menjeling geram ke arah Arsyad. Masa ini pandai pula lelaki itu minta maaf. Habis itu yang Arsyad tak habis bagi dia harapan palsu tu apa? Kalau dah ada tunang, sepatutnya Arsyad tidak payah mesra sangat dengan Zafirah kan?

"So, memang betul lah kan korang dah bertunang?"

Zafirah memaksa dirinya untuk senyum. Perasaan cemburu menusuk hatinya tatkala melihat senyuman lebar di bibir Zarina. Kawan baiknya nampak sangat bahagia.

Zafirah sepatutnya tumpang gembira melihat kebahagiaan Zarina. Tapi sekarang hanya perasaan kecewa yang memenuhi hatinya.

"Ya, memang betul. Sebenarnya aku pun tidak sangka aku akan berjodoh dengan Arsyad," Zarina membalas dengan ceria.

Dia sangat bahagia sekarang. Arsyad layan dia sangat baik, tidak ada satu masa pun Zarina menyesal memilih untuk bercinta dengan lelaki itu.

"Tujuh bulan... that long huh? Aku tak sedar pun," Zafirah mengeluh. Kalaulah dia tahu dari awal, tidak mungkin dia akan jatuh cinta dengan Arsyad.

"Erm... sebenarnya kami dah banyak kali nak keluar dating. Tapi papa tak benarkan kami keluar berdua-duaan. So aku..." Zarina tersengih malu.

Kening Zafirah terjungkit. Apa maksud Zarina?

"So aku minta kau ikut kami lah. Tapi kami struggle tau! Kan kami plan nak surprise kau jadi kami tak boleh lah kasih ketara sangat. So time dating pun kami cuba buat macam kawan biasa-biasa supaya kau tak syak apa-apa."

"Huh?"

Zafirah terkejut. Itu sebab Zarina selalu bawa dia keluar hangout sekali dengan Arsyad? Supaya mereka boleh gunakan dia?

Dia sakit hati. Dia benci! Tergamak Zarina buat dia macam ni?

Tipu dia tu satu hal. Gunakan dia sebagai alasan untuk keluar dengan Arsyad pun satu hal yang besar juga!

"Ahem. Rina," Arsyad berdehem. Dia risau kalau Zafirah salah faham.

Memang mereka banyak kali ajak Zafirah keluar berjalan-jalan supaya Arsyad dengan Zarina dapat keluar dating. Tapi sebelum mereka bertunang pun memang dah jadi kebiasaan untuk mereka bertiga keluar bersama.

"Haha, it's okay. Rasa macam forbidden romance pulak eh sampai dating macam tu," Zafirah kekal bercakap dengan nada yang berbaur gurauan walaupun perasaan marahnya meluap-luap.

'Calm down Zafirah. Dorang dah bertunang dah pun. Normal lah tu kalau dorang nak dating,' Zafirah cuba untuk pujuk diri. Rasa macam senang betul dia naik emosi.

"Oh, majlis perkahwinan kami lagi dua bulan tau! Aku nak kau jadi pengapit aku lah! Kau wajib hadir masa majlis perkahwinan aku tau!"

"Hari bahagia kawan baik aku, mestilah aku hadir!"

Arsyad hanya diam mendengar perbualan mereka. Mungkin kerana Zarina langsung tidak tahu tentang perasaan sebenar Zafirah jadi dia tidak syak apa-apa. Tapi Arsyad dapat lihat dengan jelas perasaan sedih dan kecewa yang terpapar di muka Zafirah. Senyuman kelatnya. Matanya yang sedikit merah dek menahan air mata. Semua Arsyad nampak dengan jelas.

"Weh, aku balik dulu lah. Esok macam aku kena kerja overtime so malam ni nak tidur awal," pamit Zafirah sebelum bangun dari tempat duduknya.

Zarina mengangguk. Dia tunggu Zafirah beredar sebelum memandang ke arah Arsyad.

"You okay? Dari tadi asyik diam je," soalnya.

"I'm okay. It's nothing," balas Arsyad dengan tenang.

Mereka berdua pun pulang beberapa minit kemudian. Arsyad memilih untuk menghantar Zarina pulang terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya. Dalam hati, Arsyad tidak henti mengucapkan kata maaf untuk Zafirah.

Tapi semuanya dah terjadi.

Izinkan Aku BahagiaWhere stories live. Discover now