BAB 1

64 6 4
                                    

"No words can explain the way I'm missing you."

10 tahun kemudian.

Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Besut Terengganu.

Papan tanda yang bertulis Tanah Perkuburan Islam itu ditenung sayu oleh seorang gadis yang bertudung putih, berbaju kurung biru cair itu. Ditariknya nafas dalam-dalam bagai mencari sedikit kekuatan sebelum melangkah keluar dari perut keretanya.

Sudah hampir 10 tahun rasanya sejak kali terakhir dia menjejakkan kaki di kampung ini. Dan hari ini dia kembali. Berdiri tegak di hadapan pintu gerbang tanah perkuburan yang menempatkan arwah datuk dan neneknya.

Dengan nafas yang terengah-engah, gadis itu melangkah masuk ke dalam kawasan perkuburan. Langkahnya ragu, tetapi tekadnya kuat. Kenangan hitam yang cuba untuk kembali merasuki pikirannya saat ini ditepis sebaik mungkin. Dia berjalan melewati barisan batu nisan, mencari pusara milik datuk dan neneknya. Akhirnya, dia menemukan mereka di bawah pohon besar yang teduh.

"Assalamualaikum, atuk, tokma... Kaseh datang ni," bisik gadis yang berbaju kurung biru cair itu dengan suara penuh emosi sebelum melabuhkan diri untuk duduk di sisi pusara milik datuk dan neneknya.. Surah Yasin yang berada ditangannya dibuka dan dibaca dengan penuh tertib.

======

"Sadaqallahul Azim..." Surah Yasin ditutup. Batu nisan milik datuk dan neneknya disuap silih berganti bagi mengubati rindu yang menggunung di hati.

Sesekali Kaseh merasa angin sepoi-sepoi menerpa lembut tubuhnya. Sejuk namun entah mengapa ada kehangatan di situ, seolah -olah datuk dan neneknya berada disisi. Air mata yang sedari tadi ditahan kini mula membasahi wajahnya.

"Maafkan Kaseh, atuk...tokma. Maafkan Kaseh sebab ambil masa yang terlalu lama untuk kembali ke sini," ucap Kaseh dengan suara yang gementar.

"Kaseh tak pernah lupakan atuk dan tokma. Hampir setiap detik, setiap hari Kaseh rindukan atuk dan tokma. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa peritnya hati Kaseh ini menanggung rindu..hik..hiks" tangisan kecil mula kedengaran.

"Namun setiap kali kaki Kaseh mahu melangkah ke sini, setiap itulah memori hitam itu muncul semula. Sakit sekali. Terasa mahu meletup sahaja dada Kaseh ni waktu itu."

Peristiwa hitam itu masih terasa segar lagi dalam ingatan Kaseh, umpama baru sahaja terjadi semalam. Peristiwa yang telah meragut nyawa insan-insan yang menjadi tulang belakang dalam hidupnya. Sejak dari hari tu, kehidupan Kaseh berubah seratus tiga puluh darjah.

======

FLASHBACK

(Kaseh Adeela, 18 tahun)

"Manalah Haji Kassim dengan Hajah Kalsom ni? Kata tadi nak dekat dah. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi ni," bebel Kaseh sambil mengibas-gibas tudung bawalnya. Dahi yang dihiasi peluh dilap dengan hujung lengan bajunya. Panas sungguh cuaca hari ini.

Pinn. Pinn

Bunyi hon kereta kedengaran.

"Eh, atuk dan tokma dah sampailah. Yeah!! Dah boleh balik," bersorak kecil Kaseh apabila melihat kereta saga putih milik Haji Kassim. Terloncat-loncat macam budak kecik. Untung sahaja tiada siapa yang berada di lobi bawah asrama perempuan ketika itu, kalau tidak mahu dia cop sebagai 'minah sewel'. Huhuhuh

Bagasi kecil yang berwarna hitam itu ditarik menuju ke kereta dan disimpan di dalam bonet. Pintu belakang bahagian penumpang dibuka. Lebar sekali senyumannya apabila memandang wajah Haji Kassim dan Hajah Kalsom.

"Assalamualaikum atuk, tokma." ujar Kaseh lalu mencapai tangan milik Haji Kasim. Dicium tangan yang banyak berjasa dalam hidupnya dengan penuh sopan. Selepas itu, tangan milik Hajah Kalsom juga dicapai dan dicium.

"Rindunya Kaseh dengan tokma," sambungnya lagi. Tubuh Hajah Kalsom yang sedikit berisi itu dipeluk erat. 'Bestnya kalau boleh peluk tokma hari-hari' desir hati kecil Kaseh.

"Aik! Rindu dekat isteri atuk je? Ni atuk ni, Kaseh tak rindu?"

"Haah. Tak rindu," balas Kaseh dengan nada berseloroh. Lama betul dia menyakat atuknya sejak dia menyambung pelajaran di UiTM Machang. Rindu betul.

"Tak rindu ye. Atuk tak nak kawan dengan Kaseh. Nak merajuk!," kata Haji Kassim dengan nada merajuk. Kedua belah tangannya di silangkan ke dada sambil wajah dipalingkan ke kanan. Merajuk katanya. Comel betul. Atuk siapalah ni.

"Alolo...merajuk pulak baby kiter ni. Janganlah merajuk atuk. Nanti tak hensem. Kaseh gurau je tadi. Of course lah, Kaseh rindu dekat atuk. Kita kan BFF," pujuk Kaseh sambil memandang wajah Haji Kassim.

"Nasib baik cepat pujuk. Kalau tak atuk tinggal je kamu dekat tepi jalan. Balik sendiri," balas Haji Kassim sebelum menukarkan gear ke D dan meluncur laju keluar dari pekarangan asrama.

"Atukk..nanti sampai boleh tak singgah dekat Pekan Jerteh sekejap?," soal Kaseh setelah hampir 20 minit berdiam sepanjang dalam perjalanan.

"Nak buat apa?"

"Kaseh nak singgap kedai buku kejap sebab ingat nak beli novel baru. Kan dah masuk cuti sem. Bolehlah Kaseh baca sampai puas nanti," balas Kaseh dengan nada teruja. Senarai novel-novel baru telah disiapkan semalam. Tak sabar rasanya mahu membaca novel-novel tersebut.

"Yelah...nanti atuk sinn.. ALLAH!" belum sempat Haji Kassim menghabiskan ayatnya. Pintu kereta bahagian pemandu dirempuh laju. Kereta saga milik Haji Kassim hilang kawalan dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas di bahu jalan.

"Atuk...Tokma..Bang..gun," tersekat-sekat suara Kaseh cuba memanggil datuk dan neneknya yang sudah terkulai di bahagian hadapan. Darah penuh membasahi tubuh mereka.

Dengan sedaya upaya Kaseh cuba menanggalkan tali pinggang keledarnya sebelum merangkak ke bahagian penumpang dan pemandu yang sudah remuk. Sakit pada bagaian kepalanya langsung tidak dihiraukannya. Yang penting dia perlu menyelamatkan atuk dan tokmanya.

"Atuk...Tokma..Allah," belum sempat tangannya mencapai badan milik Hajah Kalsom, pandangannya bertukar hitam. Gelap. Kaseh akhirnya terkulai tidak sedarkan diri.

Dua minggu kemudian, Kaseh akhirnya sedar dari koma. Doktor mengatakan dia bernasib baik kerana tidak memiliki kecederaan yang serius, cuma hentakan kuat pada bahagian kepala sahaja.

"Doktor...mana atuk dan nenek saya? Diorang okey kan? Diorang still selamatkan?," bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Kaseh.

"Kami minta maaf cik Kaseh. Kami tidak dapat selamatkan atuk dan nenek cik Kaseh. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana luka parah. Hanya cik Kaseh sahaja yang terselamat,"

Tergamam Kaseh apabila mendengar jawapan daripada doktor yang merawatnya itu. Tiba-tiba dunianya terasa gelap dan kosong. Wajahnya yang pucat itu kini basah dengan air mata.

END OF FLASHBACK

Bersambung

========================================================================

This is new edit version. Hope korang enjoy. Love <3

(Kalau suka, jangan lupa komen dengan vote tau. Thank u sebab sudi baca)

KAMU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now