BAB 6

37 4 8
                                    



"Things end, People change. And you know what? Life goes on."

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA I)

LAPANGAN Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipenuhi dengan kepulauan manusia yang berpusu-pusu mengejar jadual penerbangan mereka. Suasana riuh rendah yang disulami dengan bunyi bagasi yang ditarik, pengumuman penerbangan, serta gelombang percakapan yang bercampur aduk memenuhi ruang udara.

Di tengah kesibukan itu, seorang pemuda berdiri tegak di hadapan pintu ketibaan. Jam tangan yang berada di pergelangan kirinya dikerling setiap 5 minit.

"Mana pergi pulak mamat seorang ni! Aku dah lah ada meeting pukul 3 petang ni. Sekarang dah pukul 1.30 petang dah."

"Nak dekat sejam dah aku terpacak dekat depan pintu ni. Siaplah mamat tu nanti! Aku cepuk-cepuk kepala dia nanti!" bebel Aidil seorang diri. Panas sungguh hati dia ketika ini. Mana tidaknya, dari semalam lagi dia sudah memberitahu kepada sahabat baiknya untuk mengambil dirinya esok pada pukul 12.30 tengah hari.

Lenguh berdiri terlalu lama, Aidil akhirnya memutuskan untuk duduk sebentar di kerusi rehat yang telah disediakan. Ipad Air yang berada di dalam beg sandangnya dicapai dan dibuka. Mahu menyemak terlebih dahulu dokumen penting yang perlu dibawa ke mesyuarat nanti. Mata-mata yang sedari tadi memandang dirinya langsung tidak dihiraukan. Sebab sudah terbiasa dengan situasi ini. Al maklumlah, siapa sahaja yang tidak tertarik jikalau badan tinggi tegap, kulit wajah yang putih mulus, mata coklat keemasan, dan rambut hitam pekat. Sekali pandang, iras-iras Lee Dong Wook pelakon korea pun ada. (**Perasan sungguh kau Aidil**)

Ketika sedang ralit meneliti dokumen, tiba-tiba telinga Aidil menangkap suara sahabatnya. Diangkat wajahnya daripada terus menunduk. Matanya meliar mencari susuk tubuh pemilik suara sumbang itu dan akhirnya berhenti apabila melihat wajah yang dikenali itu berlari kecil ke arahnya.

"Aidil!!!" dari jauh lagi sudah kedengaran namanya dipanggil. 'Mamat ni tertelan speaker masa kecil gamaknya. Bergema satu airport ni dengan suara dia.' sempat lagi Aidil mengata kawannya di dalam hati.

'Kejap! Apa benda pula yang ada dekat tangan mamat tu? Ya Allah! Nak kena juga budak Yazdan ni dengan aku nanti!!!' Aidil rasa seperti mahu menjerit sahaja ketika ini. Tapi apabila mengenangkan reputasinya, cepat-cepat dia menyabarkan diri.

Orang gila sahaja yang tidak marah apabila melihat kawannya membawa sepanduk besar berwarna pink yang bertulis 'WELCOME BACK MY AIDIL!'. Siap dengan pakej patung beruang dan belon sekali. Malu oiii!!

'Sabar Aidil! Hari ni kau kena, esok hari giliran mamat ni pulak!' bisik hati Aidil. Kepalanya sudah ligat mencari idea untuk membalas 'hadiah' sahabatnya nanti.

"Welcome back my friend! How are you? Awek-awek mat saleh dekat sana cantik tak? Diorang ada bagi kau nombor?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Yazdan apabila terpacak sahaja dia di hadapan Aidil.

"Kau ni Yaz! Tak habis-habis dengan awek mat saleh. Macam diri tu tak pernah duduk dekat luar negara sahaja. Dahlah datang lambat!" ujar Aidil dengan nada suara yang menahan marah. Geram betul! Dahlah salam tak bagi. Duk sibuk dengan awek je. Kang aku report dekat Mak Leha baru tahu mamat ni!

"Hehehehe..sorry my friend! Semalam aku tidur lewat."

"Sorry naik lori. Ni kau bangun solat subuh tak tadi? Siapa suruh tidur lewat lagi!"

"Aku bangun solat subuh. Pastu tido balik sebab mengantuk sangat. Semalam banyak benda yang kena settle. Kena semak dokumen untuk kes baru, pergi beli barang dapur, mandikan anak kucing dan blahhh....."

KAMU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now