BAB 4

35 4 1
                                    

"My eyes met many eyes but only got lost in yours."

'Cantiknya mata dia' getus Kaseh di dalam hati.

__________

Matanya masih tidak lepas memandang sepasang mata bundar yang berwarna coklat itu. Walaupun mereka memiliki warna mata yang hampir sama, namun bagi Kaseh ia agak berbeza. Punya keunikan yang tersendiri.

Warna coklat yang agak sedikit gelap tapi kaya itu mempunyai kehangatan yang tidak terganti.

'Like a hot choco milk. Sweet and warm that will make you addicted to just the first taste.' Bisik hatinya sendiri.

___________

"Awak okay ke?"

Kaseh tersentak. 'Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa yang mamat ni ada dekat depan sekarang. Dahlah berkedip mata aku tenung dia tadi...Tokma tolonggggg...Kaseh maluuuuu' jeritnya di dalam hati.

"Awak okay ke?" sekali lagi budak lelaki itu bertanya. Kini dia sudah mengubah kedudukan dari baring kepada duduk.

"Erk..okay! Saaa..yaa okay." Tergagap-gagap Kaseh menjawab.

"Alhamdulillah..Saya ingat awak tak okay tadi sebab awak tak menjawab bila saya panggil. Asyik sangat duk tenung muka saya yang hensem ni." Ujar lelaki itu sambil tertawa kecil. Isi bakul angkat sendiri nampak!

Muka Kaseh sudah membahang merah. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaannya saat itu. Rasa macam nak terjun balik je dalam laut tu..huhuhu.

"Eh..mana ada! Bila masa pulak aku tengok kau..Perasaan betul mamat ni!" balas Kaseh dengan nada sedikit kuat. Panggilan juga telah tertukar. Tiada lagi saya awak. Nak cover malu lah katakan.

Lelaki itu tidak membalas sebaliknya dia ralit memandang gadis di hadapannya ini. Comel betul wajah gadis ketika ini. Merah padam! Dah serupa macam beruang merah dalam kartun 'Turning Red' sudah.

"Saya tahu. Saja je nak gurau tadi..hehehe"

"Btw, thank you sebab sudi selamatkan saya tadi. Kalau lah awak takde time tu, mungkin saya dah bertukar alam tadi. Tak sempat nak berkenalan dengan mermaid cantik." Ujar lelaki itu lagi sambil tersengih sampai timbul lekuk di pipi kiri dan kanannya.

"Mermaid? Mana? Kau jumpa dekat mana? Cantik tak?" bertalu-talu Kaseh menyoal.

'Berita sensasi ni. Ini kalau aku masuk dalam Facebook nanti, confirm famous serata dunia...hahahahhaha' Idea nakal ini bermain di fikiran, siap boleh terbayang-bayang lagi dirinya dikelilingi oleh wartawan dari serata dunia. Kuat berangan sungguh cucu Haji Kasim dan Hajah Kalsom ini.

"Cantik! Tapi mermaid ni lain daripada yang kita tengok dekat TV tau." Ujar lelaki itu sekali lagi namun kali ini agak sedikit berbisik.

"Lain macam mana tu?" soal Kaseh lagi. Tudung bawal hitam yang bersarung di kepalanya digaru perlahan.

"Pelik sebab mermaid ini pakai tudung tau. Warna hitam lagi."

"Mermaid pakai tudung?...mana ada merr...hish dia ni gula-gula kan kita pulak!" Geram betul Kaseh apabila tahu dirinya telah ditipu hidup-hidup.

Matanya dikecilkan. Direnung tajam wajah lelaki yang berada di hadapannya ini. Yang tak berhenti-henti lagi ketawa dari tadi. Kecik besar kecik besar je Kaseh tengok sekarang ni!

'Sah! otak mamat ni dah tak betul. Tertelan banyak sangat kot air laut tadi. Tu yang jadi macam ni.' Kutuk Kaseh di dalam hati.

"Dah lah.. Malas aku nak layan mamat sengal macam kau ni. Baik aku blah dulu." Ujar Kaseh dengan nada geram. Dengan pantas dia berdiri dan berpaling pergi meninggalkan budak lelaki itu sendirian duduk di atas pasir pantai.

"Sampai jumpa lagi my beautiful mermaid!" Jerit lelaki itu sambil melambai-lambaikan tangannya.

Kaseh tidak berpaling. Makin laju dia berjalan menuju ke tempat atuk dan tokma nya berada. Takut kita wak!!

END OF FLASHBACK

Bersambung.

========================================================================
This is new edit version. Sis harap korang bersabar dengan sis yang suka edit balik draft ni..huhuhuh
I just want to make the best walaupun sis masih baru lagi. Menulis pun main hentam sahaja. Hahahaha.

Hope korang enjoy. Btw, jangan lupa komen dan vote tau. <3

KAMU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now