"Am I that easy to forget?"
SEJAM SEBELUM KEJADIAN
"Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi" sudah yang ke-20 kali dirinya cuba mendail nombor telefon milik Kaseh namun yang menjawab hanya suara operator sahaja.
"Ke mana awak pergi ni, Kaseh? Sudah beberapa kali saya cuba call awak. Kenapa tiada yang menjawab?" guman Aidil sendirian. Sedari tadi perasaannya sudah tidak tenteram seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
Rambutnya yang panjang separa bahu itu diramas beberapa kali sehingga menjadi berantakan seperti hatinya kala ini.
'Ya Allah, kenapa aku rasa tak sedap hati ni' hati kecilnya berbisik. Tanpa mempedulikan dirinya yang masih belum pulih dari demam, Aidil bertekad untuk keluar mencari Kaseh.
Di gagahkan jua kakinya untuk melangkah ke almari pakaian walaupun kepala terasa bagai mahu pecah. Pakaian tidurnya diganti dengan pakaian yang lebih sesuai. Hanya T-shirt putih biasa dan berseluar jean. Baju sejuk berwarna kelabu yang tergantung diambil dan disarungkan ke badan.
Berpuas hati dengan penampilannya yang ala kadar, Aidil menapak keluar dari bilik tidur dan bergegas keluar. Sebelum keluar, Aidil sempat mengambil kunci motor yang tergantung di dinding berdekatan dengan pintu masuk utama. Enjin motor miliknya dihidupkan sebelum meluncur laju ke jalan raya. Untung sahaja saat itu, tiada siapa yang berada di rumah. Jadi tiada siapa yang boleh menghalangnya untuk pergi mencari Kaseh.
======
Hujan mulai turun saat perjalanan Aidil ke rumah Kaseh. Mulanya hanya sekadar renyai sahaja, selepas beberapa minit ia bertukar menjadi lebat sehingga menyukarkan Aidil untuk terus fokus dalam pemanduan.
Entah dimana silapnya, motor Aidil tiba-tiba hilang kawalan dan meluncur laju ke bahu jalan sebelum jatuh menyembah tar jalan ketika dia ingin memasuki lorong menuju ke rumah Kaseh. Mujur tiada sebarang kenderaan yang lalu lalang ketika itu, kalau tidak entah apa nasibnya nanti.
Tanpa memperdulikan tubuhnya yang sakit, Aidil bingkas bangkit dan berjalan ke rumah Kaseh dengan kaki berjengket-jengket. Motornya yang terbaring di bahu jalan ditinggalkan dahulu. Apa yang difikirkannya sekarang adalah Kaseh Adeela semata-mata.
Sesampai sahaja di perkarangan rumah milik Kaseh, Aidil sudah merasa pelik. Salam sudah diberikan beberapa kali namun tiada siapa yang menjawab. Rumah itu sunyi sepi bagaikan sudah tiada penghuni. Kosong.
'Tak kan lah...Nope! Tak mungkin. Maybe Kaseh dekat rumah Aliya kot? Tak pun dekat rumah saudara-mara dekat sini?' Aidil cuba menyedapkan hatinya.
'Tapi Aliya dah masuk U semalam. Saudara-mara Kaseh? Seingat aku mama Kaseh anak tunggal. Ke dia tinggal dengan mama dan papa dia sekarang? Ya Allah! Mana saya cari awak, Kaseh' diraup mukanya beberapa kali. Gusar sekali hatinya saat ini Tuhan sahaja yang tahu.
'Yazdan!' tiba-tiba muncul satu nama difikirannya saat ini. Yazdan dan dia merupakan sahabat baik sejak dari kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama memandangkan ayah dan ibu Yazdan merupakan kenalan baik ibubapanya jadi mereka sering bertemu dan bermain. Apabila sudah di usia 13 tahun, masing-masing sudah berubah haluan. Yazdan memilih untuk melanjutkan pelajarannya di MRSM manakala dirinya bersekolah di sekolah harian biasa sahaja. Namun begitu, mereka masih lagi bertanya khabar dan berteman baik.
'Mungkin Yaz tahu kemana Kaseh pergi! Lagi pun mereka kan berjiran' sekali lagi hati Aidil berdetik. Kini dia mengubah haluannya menuju ke rumah Yazdan yang selang beberapa rumah sahaja dari rumah Kaseh.
======
"Tolong aku, Yaz!"
"Tolong aku cari dia...Tolong ak"
BUKK....
Belum sempat habis ayat, pandang Aidil berubah menjadi kabur dan akhirnya gelap. Dia sudah tidak sedarkan diri. Untung sahaja saat itu ada Yazdan disisi. Sempat dia memaut tubuh lemah sahabatnya itu dari jatuh menyembah bumi.
Pipi Aidil ditepuk beberapa kali untuk menyedarkan sahabatnya itu namun hampa. Aidil sudah pengsan tidak sedarkan diri. Pantas tanpa membuat waktu, tangan kiri milik Aidil diletakkan di bahu kanannya bagi memudahkan untuk masuk ke dalam rumah untuk memberikan pertolongan yang diperlukan. Tangannya memaut kemas pinggang Aidil kerana takut jatuh nanti.
======
Pintu bilik tidurnya ditutup perlahan. Tidak mahu membangunkan insan yang sedang terbaring lemah di atas katil saat ini.
'Kenapa sampai macam ni sekali nasib kau, Aidil?' satu keluhan terbit dari bibir Yazdan. Pilu hatinya saat ini apabila melihat keadaan sahabatnya itu. Muka pucat lesi, tubuh semakin susut, rambut panjang tidak dipotong, serta pakaian selekeh. Tidak terurus umpama kucing kehilangan anak.
Dibawa kakinya ke ruangan dapur sambil membawa pakaian basah milik Aidil. Tadi dia sudah menukarkan baju basah itu dengan bajunya yang kering. Luka yang berada di dahi Aidil juga turut dicuci dan dirawat. Setelah meletakkan pakaian kotor di mesin basuh, Yazdan terus menyediakan bubur kosong bagi mengisi perut sahabatnya apabila sedar nanti.
"Alhamdulillah siap juga bubur aku ni. Ni kalau si Aidil tu makan, confirm bertambah banyak kali. Yelah, aku kan masak sedap" ujar Yazdan sendiri. Bangga dapat menyiapkan juga makanan buat sahabatnya itu setelah hampir setengah jam dia bertungkus-lumus di dapur. Habis bersepah dapur dibuatnya. Ni kalau Mak Leha tahu memang mengamuklah orang tua tu. Aduhai, si Yazdan ni! Perasan sungguh budak ni.
Bubur yang masih panas itu diceduk ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas dulang yang berisi dengan segelas air putih serta ubat-ubatan. Dibawa dulang itu dengan berhati-hati menuju ke bilik tidur di mana Aidil berada.
Pintu bilik dibuka dan ditutup dengan perlahan. Kakinya pantas melangkah ke meja belajar yang berada di sebelah katil sebelum meletakkan dulang makanan di atasnya.
Wajah milik Aidil ditatap. Belakang tangannya dibawa ke dahi sang sahabat yang ditutupi dengan kain basah itu. Risau kalau demam lelaki ini masih belum reda lagi. 'Ya Allah! Panas lagi badan kau ni, Aidil. Kena bawak pergi hospital ni.' Yazdan sudah gelisah. Di luar masih hujan lebat, ibu bapanya juga belum pulang. Tak kan dia mahu membawa Aidil ke hospital dengan menaiki motor. Mau makin teruk lagi budak tu nanti.
"Ahah! Pak cik Haikal! Macam mana otak aku ni boleh tak ingat nak call ayah si Aidil ni" telefon bimbit yang berada di kocek seluar diambil. Belum sempat dia mahu menekan nombor Pak cik Haikal, telefon bimbitnya berbunyi. Nama 'Ayah Aidil' tertera di skrin telefon. Tanpa membuang waktu, butang hijau ditekan dan dibawakan telefon ke telinganya.
"Assalamualaikum Yaz. Ni pak cik ni! Aidil ada telefon kamu tak? Cakap dia nak kemana-mana?"
======
Bersambung...
(Untuk bab ni sis type panjang sangat jadi sis akan bahagikan kepada dua bab. Maaf kalau bab ni agak hambar. Jangan lupa komen n vote tau baru sis bersemangat nk tulis lgi🫶🏻)
YOU ARE READING
KAMU YANG TERAKHIR
Romance✩SLOW UPDATE✩ ✨ 𝐊𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐃𝐄𝐄𝐋𝐀 𝐱 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐃 ✨ 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐃 "Look at me, Kaseh. Tell me this is all just a joke right?" "Was it something I did? Or maybe something I said? I'll change." "I can fix it. But, please don't...