"The wait will show you, that everything happened for a reason"
Tergamam Kaseh apabila mendengar jawapan daripada doktor yang merawatnya itu. Tiba-tiba dunianya terasa gelap dan kosong. Wajahnya yang pucat itu kini basah dengan air mata.
END OF FLASHBACK
======
"TokMa dan Atuk nak tahu tak...Kaseh dah capai cita-cita Kaseh." ujar Kaseh dengan nada ceria. Kenangan pahit yang terlintas tadi cuba dibuang jauh-jauh. Kaseh yang sekarang bukan lagi Kaseh yang dulu lagi. Gadis yang mudah sekali menangis dan mengalah dengan ujian yang menimpa. Dia sekarang sudah berubah. Lebih kental dan tenang dalam menghadapi ujian yang telah Allah S.W.T titipkan buat dirinya kerana dia tahu pasti ada hikmah yang lebih indah disebalik segala kedukaan yang dia alami selama ini.
"Kaseh sekarang ni...." panjang lebar Kaseh bercerita tentang kisah hidupnya. Seolah-olah arwah datuk dan neneknya mendengar ketika ini. Sesekali dia ketawa kecil. Andai sahaja ada orang kampung yang lalu di kawasan perkuburan ketika ini, mungkin dia sudah dipanggil gila oleh mereka.
======
Matahari sudah tegak di atas. Bahang panas mula terasa. Jam tangan yang berada di pergelangan tangan kirinya dipandang. Sudah jam 11 pagi.
'Patutlah rasa panas.' desir hati kecil Kaseh. Tak sangka sudah dua jam lebih rupanya dia berada di sini. Cepat sungguh masa berlalu. Tidak puas lagi rasanya dia mahu melepaskan rindu.
"Kaseh balik dulu yer. Atuk, tokma,"
"InshaAllah, kalau ada rezeki lagi nanti Kaseh datang melawat lagi. Assalamualaikum." ujar Kaseh. Bibirnya menguntumkan senyuman manis. Sebelum keluar dari perkarangan tanah perkuburan, sekali lagi dia menoleh ke belakang.
'Sayang atuk dengan tokma. Semoga Allah menempatkan atuk dengan tokma dalam kalangan orang yang beriman.' guman Kaseh di dalam hati sebelum melangkah pergi menuju ke arah keretanya.
======
Usai menziarahi pusara milik atuk dan tokmanya, Kaseh memandu keretanya menyusuri kampung yang dulu menjadi tempat dia membesar suatu ketika dulu. Sudah banyak perubahan yang berlaku disini. Terbit senyuman manis di bibir Kaseh. Rindu sungguh dia dengan suasana dulu. Di sinilah Kaseh dibesarkan dan bersekolah.
Sejak di usia bayi lagi, Haji Kassim dan Hajah Kalsom telah menjaga Kaseh kerana ibu bapanya tiada. Mereka telah berangkat ke luar negara bagi menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Berkahwin pada usia yang agak muda bukan menjadi penghalang buat ibu bapa Kaseh untuk menimba ilmu dan berjaya. Tambahan pula, Haji Kassim sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga cucunya.
Setelah lebih dua puluh minit memandu tanpa hala tuju, Kaseh akhirnya memilih untuk singgah sebentar di Pantai Bukit Keluang. Tidak lengkap rasanya kalau tidak ke pantai jika sampai di negeri Terengganu ini.
Kereta Myvi hitam miliknya di parking di bawah pohon rhu yang berdekatan. Malas rasanya mahu berjalan jauh. Kebetulan hari ini tidak ramai orang yang datang. Barangkali bukan hujung minggu.
Kereta dikunci.
Kasut dibuka dan dipegang. Yang tinggal kini hanya stokin kaki saja dan dengan berhati-hati Kaseh melangkah menuju ke arah laut biru yang terbentang luas di hadapannya.
Entah kenapa ketika ini dia merasakan gelombang emosi melanda dirinya sebaik sahaja kakinya menyentuh pasir pantai. Rindu. Sedih. Marah. Kecewa... Perasaan yang bercampur baur. Mungkin kerana tempat ini adalah tempat dimana dia dan cinta pertamanya berkongsi kenangan manis bersama.
Sambil merenung lautan yang luas, fikirannya melayang kembali ke hari dimana dia bertemu dengan 'si dia' buat pertama kali di pantai ini.
Bersambung
========================================================================
This is new edit version. Harap korang enjoy baca.
(Kalau best jgn lupa komen dan vote. <3)
YOU ARE READING
KAMU YANG TERAKHIR
Romance✩SLOW UPDATE✩ ✨ 𝐊𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐃𝐄𝐄𝐋𝐀 𝐱 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐃 ✨ 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐃 "Look at me, Kaseh. Tell me this is all just a joke right?" "Was it something I did? Or maybe something I said? I'll change." "I can fix it. But, please don't...