BAB 3

49 5 11
                                    

"He came into my life, and became it."

FLASHBACK

(Kaseh Adeela, 13 tahun. Aidil Arsad, 13 tahun)
Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu

"Atukk...Tokma...Kaseh nak main air pantai boleh tak?" tangannya dihalakan ke arah air laut. Tak sabar rasanya mahu membenamkan kaki ke dalam air yang dingin itu. Sudah seminggu dia membodek atuk dan tokma nya untuk berkelah di pantai. Hari ini baru atuknya berkesempatan untuk membawanya ke mari.

"Boleh...Tapi jangan main jauh-jauh. Bahaya." nasihat Haji Kassim. Tangannya masih lincah mengibas bara api buat membakar ayam madu yang telah diperap oleh isterinya, Hajah Kalsom.

"Beres bossku! Nanti bakar elok-elok deh. Jangan asyik nak tenung tokma kita je kang rentung ayam tu nanti. Cian perut Kaseh nanti." ujar Kaseh dengan nada berseloroh. Perutnya diusap sambil tersengih.

"Ehh... bertuah punya budak. Sibuk je. Tu isteri kita tahu. Ikut kita lah nak tenung ke apa."

"Mengarah orang je pandai. Bukannya nak tolong tok ni." dicubitnya pipi tembam cucunya itu. 'Geram sungguh! Nasib baik sayang'. Desir hati Haji Kassim. Sempat lagi dia mengenyit mata ke arah isterinya yang duduk di tikar mengkuang itu. Sampai malu orang itu dibuatnya.

"Aduh! Sakitlah tok! Dahlah tak nak kawan dengan atuk. Nak main air lagi best." balas Kaseh, kakinya dibawa ke arah pantai. Nak merajuk seminit dengan atuk. Guman Kaseh.

Tergeleng kepala Hajah Kalsom melihat gelagat suami dan cucunya itu. Ada-ada saja.

=======

Kaseh melabuhkan punggungnya diatas pasir pantai. Penat!

Dia malas hendak kembali ke tempat atuk dan tokmanya duduk. Orang tengah dating lah katakan. Malas nak kacau. Kang nanti dicop sebagai kacau daun pula. Dah tua-tua pun masih romantic lagi rupanya Haji Kassim dengan Hajah Kalsom ni.

Kaki seluar tracknya yang basah dilipat sedikit. Tapak kakinya yang berpasir disapu dengan tangan sambil matanya melihat sekeliling.

'Ramainya orang hari ni' desir hati Kaseh. Hari ini hari minggu, jadi tempat penuh dengan pengunjung yang hadir. Ada yang datang bersama kekasih, kawan dan keluarga.

Keluarga.

Kaseh mengeluh perlahan apabila teringat tentang kedua ibubapanya.

Sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan mereka. Kali terakhir adalah ketika dia berusia 10 tahun. Itu pun kerana Haji Kasim dan Hajah Kalsom yang membawa dia ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan mama dan papanya. Kalau nak mengharapkan mama dan papanya, alamatnya memang ke sudah mereka tidak berjumpa.

Yes. Dr Kalish dan Dr Marisa sudah lama pulang ke tanah air dan kini berkhidmat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur serta menetap di sana.

Ada juga mereka mencadangkan Kaseh untuk tinggal semula bersama namun ditolak oleh Kaseh. Dia sudah terbiasa dengan suasana di kampung dan dia juga tidak mahu meninggalkan atuk dan TokMa yang sudah penat lelah membesarkan dirinya sehingga kini.

Hubungan Kaseh bersama kedua mama dan papanya agak kekok. Mungkin sebab jarang bertemu dan bertanya khabar. Ditambah pula, kini dia juga punya seorang adik perempuan jadi dia tidak mahu membebankan Dr Kalish dan Dr Marisa. Biarlah dia mengalah.

Sedang dia sibuk melayan perasaan. Tiba-tiba dia terdengar suara meminta tolong.

"Tolongggg...Tolong sayaaa..." pantas Kaseh menoleh ke kiri dan kanan. Mencari dari mana punca suara itu datang.

"Tolong..saya.." suara itu kedengaran lagi.

Kaseh akhirnya dapat menangkap dari mana suara itu datang. Terlihat seorang budak lelaki yang sedang tergapai-gapai lemas. Jaraknya tidak jauh dari tempat Kaseh duduk.

Tanpa berfikir panjang, Kaseh terus berlari menuju ke arah laut untuk menyelamatkan budak lelaki itu. Untung sahaja dia pandai berenang berkat tunjuk ajar atuknya. Thank you Tok. Muah sikit..

Laju dia berenang menuju ke arah budak lelaki itu. Ditariknya badan lelaki itu rapat ke badannya dan kembali berenang ke arah pantai.

Sampai sahaja di darat, dihempas badan lelaki itu di atas pasir pantai. 'Berat giler dia ni. Nampak je kurus.' kutuk Kaseh dalam hati sambil membetulkan urat belakangnya.

"Dah mati ke budak ni? Dari tadi tak sedar-sedar lagi ni? Hoi..bangun lah." ditampar lembut pipi budak lelaki tadi berulang kali.

"Uhuk..uhuk." terbatuk-batuk budak lelaki itu.

'Alhamdulillah hidup juga mamat ni. Ingatkan dah arwah dah tadi.' suara hati kecil Kaseh berkata.

"Awak.." budak lelaki itu bersuara. Payah sekali dia mahu membuka mata ketika ini namun di gagahkan jua. Dia mahu melihat siapakah insan yang berhati mulia yang menyelamatkan dia tadi.

Kaseh tergamam apabila melihat mata budak lelaki itu buat kali pertama. Otaknya tiba-tiba beku. Lidahnya terus kelu.

'Cantiknya mata dia' getus Kaseh di dalam hati.

Bersambung

========================================================================
This is new edit version. <3
Jangan lupa komen tau dan vote tau.

KAMU YANG TERAKHIRWhere stories live. Discover now