"Hurt my little sister, and I'll end you"
"Sampai jumpa lagi my beautiful mermaid!" Jerit lelaki itu sambil melambai-lambaikan tangannya.
END OF FLASHBACK
======
KRING...KRING
Bunyi nada dering telefon mematikan lamunan panjang Kaseh. Beg tangan yang sedari tadi di galas di bahu itu dibuka. Tangannya ligat mencari telefon bimbit yang tersembunyi. Biasalah beg tangan Kaseh ni dah macam poket doremon. Semuanya ada!
'Ahah! Dapat pun jumpa!,' guman Kaseh di dalam hati sebelum mengeluarkan Iphone 12 nya. Senyuman lebar terbit di bibir Kaseh apabila melihat nama yang terpancar di layar screen telefonnya. Siapa lagi kalau bukan adik kesayangannya, Kiara Aqeela.
Segera dia menekan butang hijau sebelum telefon itu dirapatkan ke telinga.
"Hello, my beautiful sis! Tengah buat apa tu?" tanpa memberikan salam, kedengaran suara nyaring di balik panggilan itu menyoal.
"Assalamualaikum, wahai adik ku sayang. Suara tu tak boleh kuatkan lagi ke?" perli Kaseh. Mau pecah gegendang telinganya apabila mendengar suara adiknya tadi. 'Sakit tau. Budak tertelan microphone ke masa kecik hari tu? Ni kalau jerit ni, Confirm boleh pekak nanti,' kutuk Kaseh dalam hati. Hehehe, sorry adik ku sayang. Akak mu ini hanya bergurau sahaja.
"Waalaikumussalam akak. Hehehe..sorry. Excited sangat tadi. Jangan marah ek. Sapa marah nanti kena jual" balas Kiara apabila menyedari kesalahannya, tapi sempat juga di berseloroh di akhir ayat. Biasa dia ni! Sempat lagi pulak tu tiru sebijik macam filem 3 Abdul, arahan seniman P. Ramlee.
"Lain kali jangan buat lagi tau. Ni kenapa tetiba telefon akak ni? Siap excited bagai. Kenapa? Menang loteri ke?" usik Kaseh lagi.
"Apalah akak ni. Mana ada adik menang loteri. Haram tau!" dengan nada geram Kiara membalas usikan kakaknya itu.
"Yelah. Akak minta maaf."
"Actually..Adik sebenarnya...sebenarnya.."
"Sebenarnya apa dik? Cer cakap elok-elok. Kang akak letak call baru tahu," sergah Kaseh. Geram pulak dia dengan adiknya ini. Tergagap-gagap bagai!
"Ala..Janganlah! Adik nak cakaplah ni. Cer buat bersabar kejap." balas Kiara dengan nada merajuk. 'Eeee...Akak ni kan. Cubalah bawak bersabar sekejap. Orang tengah nervous ni!'
"Actually, I'm getting married!" ceria sekali suara Kiara bercerita.
"What? Seriously adik!"
Terkejut Kaseh apabila mendengar berita tersebut. 'Mana taknya, adik dulu naik pelamin dari dirinya. Tak boleh jadi ni. Nak kahwin jugak!'
"Yup! 100% serious. Minggu depan dia nak datang rumah. So, akak. Can you please balik rumah kita nanti?"
"Please akak. Adik nak sangat kenalkan akak dengan bakal tunang adik nanti," pujuk Kiara dengan nada yang sengaja disedihkan.
"Okay. Minggu depan nanti akak balik rumah."
Akhirnya, Kaseh mengalah. Tidak sanggup dia mahu menolak permintaan adiknya itu. Terpampar jelas kegembiraan dari nada suara satu-satunya adik kesayangannya itu. Lagi pun dia juga mahu melihat siapakah gerangan lelaki yang melamar adiknya itu. Baikkah dia? Kerjanya apa? Siapa keluarganya? Bisakah lelaki itu menjaga adiknya yang terlebih manja itu? Bertubi-tubi pertanyaan itu mengisi ruang pikirannya.
"Yeahh! Sayang akak ketat-ketat. Jangan lupa balik tau. Bye kak. Assalamualaikum."
"Yelah. Waalaikumussalam."
Setelah panggilan berakhir, Kaseh duduk termenung memandang laut yang membiru.
'Pulang ke rumah,' keluhan kecil terkeluar dari bibir Kaseh. Sudah berapa lama dia tidak pulang ke rumah orang tuanya. Seminggu? Sebulan? Atau setahun? Entahlah, dia sudah tidak ingat.
Setelah pemergian Haji Kassim dan Hajah Kalsom, kedua orang tuanya telah membuat keputusan untuk membawa Kaseh tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur. Lagi pula, Kaseh juga sudah berhenti dari UiTM Machang kerana tahap kesihatannya agak sedikit terjejas selepas kemalangan itu. Namun, itu pun hanya sebentar sahaja sebelum Kaseh bertekad keluar dari rumah bagi melanjutkan pelajarannya di London.
Sekali lagi keluhan dilepaskan. Bukannya dia tidak mahu pulang ke rumah. Dia mahu. Tapi, rasa cemas mula meracuni segenap fikirannya.
'Bagaimana reaksi mama dan papanya nanti kalau dia pulang?'
'Adakah mereka masih marah terhadap dirinya?'
'Bakal terjadi apa-apa kah nanti jika di balik?'
Berlegar-legar soalan itu dibenak fikirannya saat ini sehingga menimbulkan masalah yang tidak terduga. Namun, Kaseh tahu bahawa dia perlu berani juga berdepan dengan kedua ibu bapanya. Benda yang lepas tidak perlu lagi diingati. Lagipula, air yang dicincang tidak akan putus. Oleh itu, Kaseh bertekad untuk pulang juga minggu depan. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusannya nanti. Aamiin.
Bersambung
=====================================================================
Haii korang! Setelah sekian lama draft ni terperam dalam laptop akhirnya sis berjaya jugak publish..hahahahahahsori sebab lambat update. sis tengah edit balik chapter lama sebab rasa macam something wrong je. Harap korang tak marah and lari tinggal sis.
Hope korang enjoy and love story ni. <3
YOU ARE READING
KAMU YANG TERAKHIR
Romance✩SLOW UPDATE✩ ✨ 𝐊𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐃𝐄𝐄𝐋𝐀 𝐱 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐃 ✨ 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐀𝐃 "Look at me, Kaseh. Tell me this is all just a joke right?" "Was it something I did? Or maybe something I said? I'll change." "I can fix it. But, please don't...