MOT | 2

673 18 0
                                    

"AW!" terjatuh aku dibuatnya dan tidak sengaja tubuh belakangku terlanggar bucu papan kenyataan. Sakit tu ya amat! Dua kali aku jatuh pulak tu, Tak ke malu?

Tangan menggosok-gosok tubuh belakang yang sakit itu.

"Lyana! Kau okey tak?!" tanya Aysha bimbang melihatku jatuh.

"Lain kali jalan tu tengok depan, bukan tengok tempat lain." selamba jejaka itu berkata. Aku memandang ke jejaka itu dengan muka tidak puas hati.

Aku bangkit dari jatuh dan berdiri tegak dihadapan jejaka itu.

"Tak reti nak cakap sorry ke?" aku berpeluk tubuh lalu menyegetkan sedikit tubuhku ke kiri.

"Kenapa aku pulak yang kena minta maaf" kini jejaka itu memeluk tubuh dan mengangkat kening kiri.

"Awaklah yang kena minta maaf awak dah langgar saya, takkanlah saya pulak yang kena minta maaf" aku masih tidak puas hati dan terus bertikam lidah dengan jejaka itu sampai habis.

Mataku meliar memandang keliling melihat ramai pelajar-pelajar memandang ke arah kami. Mataku beralih ke kanan melihat Aysha bersama dengan muka gelabahnya. Mata memandang kembali jejaka itu.

"Sorry" ampun selamba jejaka itu lalu beredar meninggalkan aku dan Aysha.

"Eh eh mamat ni...! Kalau aku bagi dia flying kick baru tau. Geram... Je aku!" aku menggenggam kedua tanganku yang dirapatkan di sisi badan.

"Sabar... Sabar Na... Kau pun satu. Yang pergi langgar dia tu kenapa?" kata Aysha geram dengan sahabatnya yang tidak mengaku salah.

"So kau nak backup dialah. Macam tu! Dahlah kau, memang kawan selalu lebihkan orang luar dari kawan baik sendiri!" aku berpaling muka lalu menggerakkan kaki melangkah pergi meninggalkan Aysha berseorang diri.

"Alaa... Janganlah merajuk Na... Aku just cakap je. Janganlah terasa." Aysha mengikuti langkahku tetapi aku membuat tidak endah sahaja.

'Kringg!!'

"Dah... Jangan merajuk dah. Jom masuk kelas, kang tak pasal-pasal lambat disebabkan kau" ajak Ayshal masuk ke kelas. Aku membuat muka masam lalu membuka langkah sambil hentak-hentakkan kaki dengan kuat.

"Ha! Hentak-hentak kaki! Potong karang!" tegur Aysha dengan marah. Aysha hanya menggelengkan kepala melihat gelagat sahabatnya.

Sesampai sahaja di kelas aku terus melabuhkan punggung lalu bersandar di pundak kerusi. Aku menilik jam di tangan kananku menunjukkan pukul 10:00. Kepala diletakkan di atas meja dan lengan menjadi pengalas. Mata dipejamkan perlahan-lahan.

Pap!

"Hoi! Kau kan yang kacau boyfriend aku?!" mata yang tadi baru sahaja mahu tertutup kini terbuka kembali apabila mendengar seseorang menghentak meja.

"Sorry?" tanyaku semula dengan dahi berkerut.

"Aku tanya kau ni kau ke yang kacau boyfriend aku tadi?! Tu pun pekak ke?!" jerit perempuan itu. Aku mula menegakkan badan lalu pusingkan badan menghadap perempuan di  tepi ku itu.

"Boyfriend yang mana pulak ni?..." tanyaku dengan membuat muka tenang.

Perempuan itu mula kebelakangkan sedikit badannya dari mejaku lalu memeluk tubuh. Dia  tersenyum sinis terdahulu.

"Muhammad Harraz Syafi'e. Kau kacau dia kan?!" Pap! , eh perempuan ni tak habis-habis nak hentak meja. Fikir sekolah ni dia punya ke?

"Aku kacau boyfriend kau? Heh! Tengok muka dia pun aku tak inginlah!" jawabku sinis.

Perempuan itu mula mendekati aku lalu mencengkam dagu ku dengan kuat. Aku hanya membuat muka tenang. Tiada reaksi.

"Eh Julia! Kau tak habis-habis nak cari masalah kan?! Kalau kau nak tahu boyfriend kau yang kacau Lyana! Bukannya Lyana kacau dia pun!" sampuk Aysha mempertahankan kawannya itu.

Julia tersenyum sinis.

"Aku nak pesan dekat kau. Jangan. Kacau. Boyfriend. Aku. Lagi. Faham?!" cengkaman di dagu ku dilepaskan dengan kasar sebelum ia beredar.

"Lyana! Cikgu Reezuan nak jumpa kau dekat pejabat" aku menolehkan kepala ke arah seseorang yang menyeru namaku.

Aku bangun dari kerusi lalu melangkahkan kaki keluar dari kelas menuju ke pejabat.

SESAMPAI di hadapan pintu pejabat aku membuka kasut terdahulu lalu masuk ke dalam.

"Ya Cikgu, cikgu ada apa-apa ke nak jumpa saya?" Cikgu Reezuan yang dari tadi berbual dengan Cikgu Aini berhenti apabila mendengar suara aku. Cikgu Reezuan memandangku dengan serius.

"Ha ni Lyana, Cikgu nak kamu bawa Sir Arsyad ke kelas 5 Ibnu Haitam. Boleh?" pinta Cikgu Reezuan padaku.

"Mana Sir nya?" tanya ku. Yelah nak juga kenal Sir barunya.

"Tu" Cikgu Reezuan memuncungkan mulutnya sebagai tanda tunjuk kepada Sir Arsyad.

Aku menolehkan kepalaku ke kiri. Membulat mataku melihat Sir Arsyad itu. O-orang yang langgar aku tadi?!

•OG• MY OBSESSIVE TEACHER - ARSYAD X LYANAWhere stories live. Discover now