MOT | 8

339 16 0
                                    

SEPERTI yang dipesan oleh Sir Arsyad untuk berjumpa dengannya, dan akan aku turuti. Sekarang aku berada dihadapan pintu kayu bilik personal Sir Arsyad. Dekat sekolah ni, memang semua guru dapat bilik personal aje. Supaya guru-guru dapat ketenangan dengan aman... lebih kurang begitu.

Dengan lafaz bismillah, aku mengetuk pintu terdahulu sebelum masuk setelah diberi kebenaran. Pintu ditutup rapat kembali. Aku memandang sekeliling bilik kerja Sir Arsyad. Bersih! Wow! High class! Satu habuk pun tak ada.

Tapi yang peliknya. Mana Sir Arsyad?

"Sir?" panggilku dengan sopan dan agak gementar. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar. Kelihatan Sir Arsyad baru sahaja melangkah kakinya masuk ke dalam bilik kerjanya. Cepat-cepat aku memusingkan tubuhku menghadapnya.

Sir Arsyad memandangku atas bawah dengan tatapan yang tajam.

'Dah kenapa pulak mamat ni pandang aku atas bawah? Ada benda yang tak kena ke dengan aku?' getusku. Aku pun apa lagi? Lilit badan akulah nak tengok apa benda yang tak kena tu.

"Kau dah kenapa?" tanya Sir Arsyad dengan kening kirinya terangkat. Aku mendongakkan kepala menatapnya.

"Tak adalah Sir pandai saya macam tu, saya ingat ada kotoran ke sampah ke dekat badan saya. That's why saya tilik badan saya." ujar ku. Sir Arsyad hanya mendengar tanpa balasan terus menggerakkan kakinya menuju ke kerusi kerjanya lalu melabuhkan punggung disitu.

Aku melihat langkahnya pergi sehingga berhenti di kerusi, lalu aku terus menapak kehadapan meja kerjanya.

"Sir nak jumpa saya pasal datang lambat tu ke?" aku memberanikan diri untuk bertanya walaupun agak gagap.

"Kau rasa?" walaupun tiada nada, tetapi tetap kedengaran seram. Aku menggigit bibir bawahku. Dinginnya mamat depan aku ni...

"Kenapa datang lambat? Give me 100 reasons why you're late, now!" terhinjut bahuku apabila Sir Arsyad tiba-tiba meninggikan suaranya. Gilalah! Dia nak 100 reasons! Banyak tu, macam mana aku nak fikir... 5 reasons dahlah ni nak 100.

"Dah habis fikir dah? Ok tell me your reason." Sir Arsyad bingkas bangun dari kerusi kerjanya. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku memusingkan tubuhku mengikut langkahnya sehingga terhenti di hadapanku.

"Real or fake ni Sir nak 100 reasons?" aku bertanya. Takkan real pulak.

Wajah Sir Arsyad bertukar menjadi menggoda sambil kakinya menapak ke arahku. Semakin dia dekat semakin aku undur sehingga tubuh belakangku berlaga dengan meja kerjanya. Aku memandang belakang.

"Shit! Kenapalah ada meja dekat sini!" aku memandang kehadapan semula. Bagai nak pecah jantungku. Sir Arsyad betul-betul berada di hadapanku sekarang ni dengan jarak dan wajah kami yang sangat dekat tetapi masih ada jarak dalam 5 inci.

Kedua tangannya diletakkan di sisiku. Lagi aku berdebar duduk dalam keadaan macam ni.
Aku menundukkan wajahku.

"Look at my face." dingin dia mengujar. Aku perlahan-lahan mengangkat wajahku dan menatap matanya. Kini mata kami berlaga.

"S-sir nak buat apa ni?" aku rasa seperti mahu terjun bangunan aje dengan keadaan macam ni. Macam mana kalau orang tiba-tiba masuk dalam bilik ni and then nampak kitaorang dalam gaya begini. Mahu timbul fitnah. Astaghfirullah 'azim...

Sir Arsyad mula menjarakkan diri dengan mengundur dua langkah besar kebelakang serentak itu satu ketawa sinis terhambur keluar dari mulutnya. Dia meraup rambutnya yang jatuh  ke belakang sebelum memandangku kembali.

"Kau fikir aku ni bernafsu sangat ke dengan kau? Kau jangan nak perasanlah budak. Kau tu bukan taste aku?!" sinis dia membuatkan aku sakit hati tambah malu. Malu gila bila dia cakap macam tu.

•OG• MY OBSESSIVE TEACHER - ARSYAD X LYANAWhere stories live. Discover now