"AKU cakap tak nak, tak naklah! Janganlah paksa-paksa!" buat naik angin aje dengan si Aysha ni. Orang cakap tak nak, tak naklah! Dahlah 'Magic Funnel' tu tinggi, besar pula tu! Malunya aku... Budak dengan selamba aje tarik tangan aku depan semua orang.
"Alaa... Jomlah... Bukannya tinggi pun benda alah ni... Bang! Tak tinggikan bang kan?" Aysha dengan berani menanyakan soalan itu kepada abang 'pengawal' itu. Aku terus menoleh ke arah abang itu. Abang itu dengan tiada berkata apa-apa terus menganggukkan kepala. Hatiku mula berdegup laju. Ibu! Nak balik! Adik menyesal ikut setan ni!! Jeritku dalam hati.
"Eh adik. Boleh cepat sikit tak? Ramai orang tunggu dekat belakang tu." dengan lembut abang pengawal itu bertanya.
"Woi! Cepatlah sikit orang lain pun nak naik ni!"
"Kalau takut balik aje lah!"
"Problemlah perempuan!"
Satu persatu jeritan dari orang ramai dibelakang aku. Aku memandang seram ke arah pelampung empat seat itu. Nak naik ke tak nak? Naik aje lah. Kalau turun kang nanti malu.
"Fine aku naik! Asyik paksa aje!" Aysha tersenyum lebar. Sukalah tu paksa-paksa orang!
"Sekejap-sekejap. Takkan dua orang aje yang naik? Dia kena empat orang baru boleh gelongsor." ujar pengawal itu. Muka aku dan Aysha sudah mula cuak. Ha sudah!
"Tak boleh ke dua orang aje naik, bang?" soal Aysha pada pengawal itu. Abang pengawal itu menggelengkan kepalanya sebelum jawab.
"Tak boleh, sebab awak berdua ni sudahlah kecik. Nanti tak pasal-pasal awak berdua terpelanting. Nak ke?" aku dan Aysha menggelengkan kepala serentak.
"Ada sesiapa nak naik dengan mereka berdua?" tanya pengawal itu kepada orang umum yang sedang beratur.
Jeda.
Semua diam. Tiada satu pun yang bersuara.
"Kami!" aku dan Aysha serentak memalingkan kepala ke arah seseorang yang mengangkat tangannya.
Terbeliak terus mataku bagai mahu terkeluar biji mata. Ok perkataan 'seseorang' itu adalah Sir Arsyad... Mahu tak terbeliak aku. Macam mana dia boleh berada di sini?!
Mulut aku dan Aysha ternganga kecil. Sir Arsyad berjalan menghampiri pelampung empat itu dengan langkahnya diikuti oleh seorang jejaka tinggi seperti galah.
Tanpa membuang masa, aku dan Aysha terus duduk di atas pelampung itu lalu kaki diluruskan. Yang membuatkan aku berasa tidak selesa, kerana manusia yang duduk di hadapanku ialah Sir Arsyad. Jadi kaki aku diletakkan di atas kakinya.
"Sir buat apa dekat sini?" aku memberanikan diri untuk bertanya walaupun jantung sedang berdegup laju bagaikan mahu pecah.
"Soalan bodoh apa kau tanya ni? Of course lah bercuti." balas Sir Arsyad dengan confident. Ya aku tahu aku bodoh, tak payahlah dibahas.
"Ok semua ready ya?" serentak itu kami berempat membalas 'ready' tanda sudah bersedia.
Satu
Dua
Tiga
"AAAAAAA!!!!"
••••
"GEGEGEGEGE....." habis satu badanku menggigil-gigil disebabkan permainan tadi. Menakutkan. Tak nak main lagi!
Tuala yang berada di pada badanku dieratkan. Perasaan di dalam diri sekarang ialah takut, berdebar dan trau...ma? Entahlah. Lebih kurang macam tu.
Mataku menjeling tajam ke arah Aysha yang berada di sebelahku. Aysha hanya tersengih seperti kerang busuk. Mata memandang kehadapan semula. Kaki berjalan menuju ke tempat gazebo yang terletaknya barang-barang di situ.
"Sorry dho Yana. Aku tak tahu pulak sampai jadi macam ni," mohon Aysha. Tetapi aku memilih untuk mendiamkan diri. Merajuk punya pasal!
"Eh, Lyana kenapa ni?" tanya Puan Raysha yang merupakan mama kepada Aysha. "Ay-aysha punya pa-pasallah auntie... Ay-aysha pa-paksa Yana naik 'Magic Funnel' t-tu..." aduku sambil menggigil-gigil apabila berkata. Puan Raysha memandang ke arah anak perempuannya lalu menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tetapi Aysha hanya membuat muka tidak bersalah, masih dengan sengihnya itu. Geram betul!
"Tak sengaja ma, hehehehe..." ujar Aysha. Rasa nak lempang aje muka dia. Tersengih-sengih macam kerang busuk!
Tanpa membuang masa, aku terus membuka langkah menapak ke arah tempat gazebo lalu melabuhkan duduk disitu. Tangan diletakkan di sisi, dalam masa yang sama, sempat aku menghayunkan kaki aku. Ya tahu pendek...
Mata tidak sengaja menoleh ke kanan. Terbeliak mataku apabila melihat seseorang yangku kenal duduk di sebelah gazebo yangku duduk. Mata terus menjadi mata helang.
Sir Arsyad!
'Apa mamat ni buat dekat sini...! Tak ada tempat lain ke nak duduk?! Aku baru aje nak tarik nafas dah tersumbat! Yang lagi seorang tu paksa-paksa orang!' marahku dalam hati. Mulut terus muncung.
"Oi Lyana! Kau ok tak?" eh najis ni! Tanya ok ke tak. Dah terang lagi bersuluh.
"Kau still marahkan aku ke pasal tadi?" aku tidak menjawab soalannya malah masih diamkan diri. Perempuan, biasalah... Kena pujuk dulu baru ok.
"Sorry lah weh... Aku janji tak buat lagi." Aysha mengangkat tangan kanannya sebagai tanda sumpah. Aku memandangnya dahulu sebelum terukir senyuman manis.
"Yelah. Aku maafkan kau. Lain kali jangan buat lagi. Promise?" Aysha menganggukkan kepalanya dan jari kelingking kami bersatu sebagai tanda janji. Mata tiba-tiba tertumpu ke arah Sir Arsyad yang sedang dalam keadaan baring. Kedua lengannya diletakkan di belakang kepala, kaki kanan diangkat diletakkan di atas kaki kiri. Mata pula tertumpu pada baju renangnya yang sangat ketat menampakkan sixpack nya itu. Eh! Apa aku fikir ni? Astaghfirullahal'azim Lyana!...
"Kau kenapa Yana? Tergeleng-geleng." aku terus menggerakkan kepala memandang Aysha sebelum balas. "Tu. Kau nampak tak apa yang aku nampak sebelah gazebo kita?" Aysha terus memandang ke arah yang Lyana katakan itu. "Ha nampak. Kenapa?" soalnya.
"Macam mana Sir Arsyad boleh ada dekat sini?" terus dahi Aysha berlapis-lapis. "Kan dia cakap tadi, yang dia ada dekat sini bercutilah," jadi... Tidak hairanlah kalau dah jawapannya sama. Bercutilah kut mamat beku ni.
"Weyh Sha. Kau nak ikut aku tak pergi bilas kat tandas sana?" mulut dimuncungkan menunjuk ke arah tempat tersebut. "Kau pergilah dulu. Aku nak berendam lagi." ujar Aysha dan terus masuk ke dalam kolam renang semula. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
Aku bingkas bangun lalu kaki terhuyung-hayang mendekati tempat yang dituju dan menapak masuk ke dalam tandas awam.
"LEGANYA rase..." setelah beberapa minit membilaskan badan, aku menggerakkan kaki menuju ke gazebo tadi. Aku berjalan lancar menuju ke gazebo. Entah macam mana aku tak perasan ada air di lantai dan tiba-tiba aku tergelincir dan terhempap hamba Allah jatuh tersungkur ke lantai.
"Aduh!" mata aku terbeliak memandang Sir Arsyad. "Damn your eyes so beautiful, little girl." pujinya tapi Aku langsung tidak cair. Aku pandang dia, dia pandang aku. Malunya aku....
YOU ARE READING
•OG• MY OBSESSIVE TEACHER - ARSYAD X LYANA
Literatura FaktuBook 1 Arsyad X Lyana TENGKU ARSYAD HAYDER bekerja sebagai seorang guru di SMK Seri Mawar. Akibat terlalu tampan, ramai pelajar perempuan yang tergila-gilakan dia sampaikan juga guru-guru di sekolah itu juga tergila-gilakannya. Hanya seorang pelajar...