KAKI melangkah menuju ke pintu rumah. Kasut dibuka dahulu sebelum melangkah ke dalam.
"Assalammu'alaikum..." aku dan abang Lathif memberi salam serentak. Kaki kanan melangkah masuk terdahulu sebelum kaki kiri.
"Wa'alaikumussalam... Dara ibu..." sambut ibuku dengan senyuman manis. Aku menyalam tangan ibu dengan satu kucupan di belakang telapak tangannya. Ibu terus berlalu pergi ke dapur. Punggung dilabuhkan di atas kerusi meja makan.
"Erm... Ibu." panggilku dengan lembut.
"Ye sayang." balas ibu sambil membawa kuey teow goreng lalu diletakkan di atas meja makan.
"Erm... Cuti minggu ni kita free tak?" tanyaku dengan was-was. Ibu memandangku terdahulu sebelum membalasnya.
"Entahlah. Ibu pun tak tahu, Yana pergi tanya ayahlah. Kenapa dengan cuti ni? Ada apa-apa ke?" tanya ibu pula.
"Takdalah... Family Aysha ajak kita pergi bercuti minggu ni." jawabku. Aku melihat ibu sedang memikirkan sesuatu.
"Rasanya ibu ada janjilah dengan kawan ibu nak pergi keluar bersama minggu ni. Lyana pergi seorang je lah." aku memandang ibuku tidak percaya.
'Aik! Ibu bagi aku keluar sorang-sorang? Selama ni bukan tak bagi ke? Alaa tak apa Lyana, ibu kau bagi greenlight tu. Pergi je lah." senangku dalam hati. Aku tersenyum lebar.
"Betul ni ibu bagi? Selalunya ibu larang." ujarku dengan kepala disengetkan sekali.
"Betul ibu bagi. Tapi Yana kena tanya ayah dulu, ibu tak tahulah ayah kamu bagi ke tak?" aku menganggukkan kepala perlahan.
"Dah Yana pergi mandi, solat lepas tu baru turun makan." pesan ibuku. Aku terus bangkit dari kerusi dan terus berlalu menaiki tangga.
Daun pintu dipulas dan pintu dibuka luas. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik aku terus menghempaskan tubuh. Penat. Aku mengeluh berat. Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, tiba-tiba satu notifikasi berbunyi di telefon.
"Siapa pula yang mesej aku masa aku nak rehat ni?!" potong betullah nak rehat. Aku membuka aplikasi WhatsApp dan menekan notifikasi itu.
- Bestiq dari 'Syurga' -
Weyh ibu kau bagi ke?- Me -
Bagi. Kau ni, dahlah potong mood aku nak rehat! Kau mesej aku semata-mata nak tanya benda tu je?- Bestiq dari 'Syurga' -
Ok lah. Sorry. Ni kau pergi dengan family kan?- Me -
Tak aku sorang aje kut.- Bestiq dari 'Syurga' -
Kenapa?- Me -
Mak aku busy sikit... Dia ada janji dengan kawan dia nak keluar.- Bestiq dari 'Syurga' -
Ohh... Abang-abang kau pergi tak?- Me -
Entahlah sekejap lagi aku tanya diorang. Eh by the way, kita pergi cuti dekat mana?- Bestiq dari 'Syurga' -
'Bangi Wonderland'...- Me -
Oh... Eh petang ni keluar jom! Pukul 2:00 aku siap. Ok, bye!- Bestiq dari 'Syurga' -
Hm... Natang punye puang!Aku tergelak terkikih-kikih membaca mesej Aysha. Telefon di campak di sebelah kiriku. Aku mengeluh berat. Tubuh terus bangkit dari baring dan berlalu pergi ke tandas untuk membersihkan diri.
••••
"IBU. Lyana nak keluar dengan Aysha, boleh? Yana dah siap dah ni." aku meminta izin terdahulu sebelum keluar dari rumah.
"Hm pergilah. Tapi jangan balik lambat pula. Sebelum pukul 4:30. Faham? Dan jangan lupa pula, pergi tanya ayah dulu sebelum keluar tu. Faham?" pesan ibu sambil kesana-kemari menyapu di ruang tamu.
Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan terus hubungi ayah. "Assalamu'alaikum ayah!" ucapku gembira. "Wa'alaikumussalam my beautiful daughter... Bunyi macam gembira aje. Ada apa-apa nak kongsi dengan ayah ke?" soal ayah. Aku tersenyum terdahulu.
"Tak ada lah. Mana ada. Ni Nana nak minta izin ayah ni. Nana nak keluar dengan Aysha boleh tak, ayah? Please..." suaraku berubah menjadi manja. Memohon supaya ayah izinkan ku keluar.
"Ada lelaki tak?" soal ayah tegas. Kalau bab-bab ni memang ayah akan tegas sebab tak bagi anak perempuannya keluar dengan lelaki.
"Tak ada." jawabku dengan bibir tersenyum lebar.
"Balik pukul berapa? Pergi mana? Dengan Aysha aje ke?" soal ayah dengan nada tegasnya. Tapi ni lagi tegas. "Balik sebelum pukul 4:30, tempat dekat IOI City Mall, Puchong" jawabku.
"Hmm... Ok. Ayah izinkan. Nana boleh pergi." aku terus tersenyum lebar. Yay! Ayah dah bagi green light!
"Thank Q, ayah... Bye!" ucapku gembira. "Welcome my beloved daughter! Bye! Jaga diri elok-elok!" pesan ayah. Selepas aku mengiyakan pesan ayah terus talian diputuskan.
••••
"LEPAS kita shopping ni, jom pergi makan. Aku lapar ni...." ujar Aysha sambil tangan memegang perutnya seperti gaya kelaparan.
"Iyalah. Lepas ni kita pergi makan, ya. Aku pun dah lapar dah ni. Aku nak pergi kedai Watson's sekejap nak beli syampu rambut and conditioner. Sekejap je ya." ujarku lembut. Aysha hanya mengikut kehendakku. Aku dan Aysha melangkah masuk ke dalam kedai Watson's lalu pergi ke tempat haircare.
"Yana, aku pergi sana sekejap tahu. Nak cari barang makeup." ujar Aysha lalu meninggalkanku seorang diri selepas aku mengizinkannya.
Aku tersenyum lebar melihat barang yang aku inginkan, malangnya barangnya cuma tinggal sepasang. Baru sahaja aku ingin mencapai barang tersebut tiba-tiba datang satu tangan seorang jejaka dan terus mengambil barang itu dan pergi.
"Eh Encik!" aku menjerit memanggil jejaka itu. Jejaka itu memusingkan badannya lalu merenung anak mataku dengan tenang.
"Patutnya saya yang ambil barang tu dulu sebab saya yang nampaknya dulu." ujarku dengan jari telunjukku menunjuk barang yang berada di tangan jejaka itu. Tetapi jejaka itu hanya
Aku memandang jejaka itu atas bawah. Dia memakai plitup muka, topi dan semua pakaian serba hitam dengan memakai smooth jacket berwarna hitam. Boleh tahan hensem juga mamat ni. Eh apa ni Yana! Tarik balik! Tarik balik!
Aku menggelengkan kepalaku laju lalu memandang semula jejaka itu. Dia menyilangkan tangan ke dada lalu menundukkan sedikit badannya sehingga sama paras denganku.
"Dah puas dah scan aku? Hm? Tak nak minta nombor telefon sekali ke? Profile aku gentleman tau. Nanti malam-malam bolehlah kau cium-cium profile aku tu kan?" mata kanannya dikedip sekilas. Mukaku terus membahang pekat.
'Suara dia ni macam familiar aje. Macam... Sir Arsyad kat sekolah aku aje... Takkan dia ni Sir Arsyad! Oo Em Gee!!
YOU ARE READING
•OG• MY OBSESSIVE TEACHER - ARSYAD X LYANA
No FicciónBook 1 Arsyad X Lyana TENGKU ARSYAD HAYDER bekerja sebagai seorang guru di SMK Seri Mawar. Akibat terlalu tampan, ramai pelajar perempuan yang tergila-gilakan dia sampaikan juga guru-guru di sekolah itu juga tergila-gilakannya. Hanya seorang pelajar...