KAKI aku mula mengundur kebelakang menjauhi jejaka itu apabila kakinya melangkah menapak ke arah aku. Jarak kami semakin dekat dibuatnya. Tetapi masih ada jarak.
'Eh mamat ni dah kenapa?! Tempat awam ni... Jangan macam-macam!' jerit suara hatiku, tidak berani berkata menggunakan mulut.
"Kalau nak tenung aku tu... Janganlah sampai tak berkedip bagai... Segan aku." katanya.
"Ulang balik apa yang kau cakap tadi. Aku tak dengar." mata aku berkelip-kelip merenung jejaka itu. Tubuhnya diturunkan sedikit biar sama paras denganku. Ya aku tahu aku pendek. 155 cm aje kut tinggi aku.
"Ermm... Pa-patutnya saya yang ambil barang tu sebab saya yang nampaknya dulu. Bagi balik!" ujarku sedikit gagap dengan tangan kananku luruskan di hadapannya. Jejaka itu memandang tanganku terlebih dahulu sebelum pasrah lalu syampu itu mendarat di atas telapak tangan ku.
Dengan tiada berkata apa-apa, jejaka itu mengerdipkan mata kirinya sebelum berlalu pergi. Aku berdiri di situ seperti patung. Dalam diriku ada perasaan pelik, hairan dan... Malu... Jujur aku cakap. Lepas mamat tu kedipkan mata dia, aku rasa seperti ingin melorot jatuh ke lantai. Mana tak nya! Hensem kut mamat tadi! Siapa aje yang tak cair tengok gaya dan penampilan dia. Sungguh kacak! Eh! Eh! Apa yang kau fikir ni Lyana?
"Lyana! Kau kenapa berdiri kat sini macam patung?" soalan Aysha membuatkan aku tersentak lalu kepala menoleh ke arahnya. "Ish kau ni terkejut aku! Cubalah lain kali tu bagi salam dulu sebelum tanya. Terkejut tahu aku!" aku memuncungkan mulut. Mana taknya! Terkejut kota dibuatnya. Tapi salah kita juga sebab berdiri tengah jalan. Hehe...
"Ok sorry. Jom. Aku dah lapar dah ni..." ujar Aysha sambil tangannya membentuk bulatan di perutnya berkali-kali. "Sekejap. Aku nak pergi bayar dulu." mata tiba-tiba tertumpu pada baju Aysha seperti terkena bekas aiskrim. "Baju kau tu kenapa? Kena aiskrim ke?" soalku. Aysha terus memandang ke bajunya yang kotor. Mukanya terus berubah masam. Matanya terus ke arah lain. Tidak memandangku lagi.
"Tadilah! Ada mamat tu langgar aku time aku nak makan aiskrim Oreo favourite aku tu! Baru aje dua kali aku gigit tiba-tiba mamat tu langgar aku pastu main blah macam tu aje! Tak ada rasa bersalah langsung! Aku suruhlah dia ganti balik aiskrim Oreo aku tu, pastu kau tahu dia jawab apa? Ehem! 'Lain kali makan duduk bukan makan sambil berjalan.' eee.... Geram betul aku dibuatnya! Selamba dia je cakap macam tu! Dah lah tak reti nak minta maaf! Dasar tak di untung!" omel Aysha panjang.
Aku hanya menadah telinga sambil kepala diangguk beberapa kali mendengar ceritanya itu. Agak menyebalkan juga ya... Lagipun salah dia juga sebab makan tak duduk ni makan sambil berjalan tah ke mana!
"Kalau ikutkan hati aku yang tengah panas ni! Aku nak... Sangat tarik rambut mamat tu sampai tercabut! Biar botak terus!" sambung omel Aysha lagi. Aku hanya mengangguk.
"Dah aku nak pergi bayar dulu. Kau tunggu kat luar sekejap." ujarku menghiraukan ceritanya tadi dan terus berlalu ke kaunter bayaran. Aku sempat mendengar bebelan Aysha sambil kakinya menapak keluar dari kedai Watson's. Aku menggelengkan kepala. Malas nak layan perangai dia tu.
Seusai membayar aku terus menapak ke arah Aysha yang berada di tepi pintu Watson's.
"Dah jom pergi makan." tanpa menunggunya aku terus membuka langkah. Aysha hanya mengikut langkahku sehingga sampai di hadapan kedai Chicken Rice Shop.
Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh aku, iaitu pergi bercuti bersama Aysha dan keluarganya. Aku menapak ke arah almari lalu mencapai sehelai baju dan seluar untuk dijadikan baju spare selepas bermain air. Tidak lupa juga baju renang muslimah dimasukkan juga.
Pakaian dimasukkan ke dalam beg galas bersama dengan tudung shawl jersey lalu di zip kannya. Rambut diikat ekor kuda sambil kaki melangkah ke arah meja solek untuk mengambil lipbalm dan sunscreen sahaja lalu disumbat ke dalam poket di tepi beg galas. Tidak lupa juga powerbank bersama dengan charger juga dibawa.
Sesuai bersiap, kaki terus membawa ke lantai bawah. Mata melihat sosok tubuh badan abang Luzman seperti sedang menungguku untuk bersiap. "Lama tunggu?" tanya ku. Tersentak abang Luzman dibuatnya. Aku tergelak kecil. "Adik ni! Terkejut abang!" marah abang Luzman dengan nada perlahan sedikit supaya tidak didengari oleh ayah. Almaklumlah, kita ni anak perempuan kesayangan satu-satunya tahu!
"Hehe... Sorry. Cepatlah hantar adik nanti bebel pulak si Aysha tu." aku mula memuncungkan bibir. Bingit telinga mahu mendengar bebelan si Aysha tu nanti. Bernanah telinga! Kaki terus melangkah keluar dari rumah diikuti dengan abang luzman.
YOU ARE READING
•OG• MY OBSESSIVE TEACHER - ARSYAD X LYANA
Não FicçãoBook 1 Arsyad X Lyana TENGKU ARSYAD HAYDER bekerja sebagai seorang guru di SMK Seri Mawar. Akibat terlalu tampan, ramai pelajar perempuan yang tergila-gilakan dia sampaikan juga guru-guru di sekolah itu juga tergila-gilakannya. Hanya seorang pelajar...