MOT | 3

606 20 1
                                    

"LYANA? Lyana!" aku tersentak apabila Cikgu Reezuan memanggil namaku. Aku menggeleng kepala laju sambil menunduk ke bawah lalu mengangkat wajah semula.

"Y-ya Cikgu" aku memandang Cikgu Reezuan semula dengan gementar.

"Kamu kenapa pandang Sir Arsyad macam nampak hantu? Sampai getar-getar ni ha?" soal Cikgu Reezuan padaku dengan wajah berkerut.

"T-tak ada apa-apa Cikgu. Tapi kenapa saya yang kena panggil bukan ketua kelas ke, pengawas ke, cikgu-cikgu lain ke? Kenapa panggil saya juga?" tanyaku hairan. Ya lah kenapa aku pulak yang kena hantar mamat acah bagus ni, tak ingin aku!

"Sebab..." mata Cikgu Reezuan merilik perlahan ke arah Sir Arsyad kemudian berbalik semula ke arahku.

"Sebab apa Cikgu?" soalku lagi. Lama betul nak bagi jawapan.

"Haih! Tak ada apa-apa lah. Dah pergi hantar Sir Arsyad dekat kelas 5 Ibnu Haitam sebab lepas ni kelas subjek dia. Pergi hantar cepat." arah Cikgu Reezuan. Aku apa lagi ikut je lah arahan yang dia arahkan tu.

"Haih... Mari ikut saya Sir" aku mengeluh dahulu sebelum melangkahkan kaki keluar dari pintu pejabat.

AKU mempercepatkan jalan ku supaya tidak dekat-dekat dengan Sir Arsyad nanti lain pulak jadinya.

"Hoi perempuan kau boleh jalan slow tak? Kau fikir aku larat ke nak kejar langkah kau tu?" omel Sir Arsyad kasar padaku. Tak boleh ke cakap tu elok-elok sikit? Ni tak. Macam tu ke dia cakap dengan perempuan.

Aku menolehkan badanku ke belakang bertentang mata dengan 'mamat acah bagus' ni. Geram pulak dia cakap macam tu tadi dekat kita ni! Rasa nak bagi flying kick je dekat muka dia tu.

"Tunggu apa lagi cepatlah jalan! Dah lam at aku nak pergi mengajar ni! Yang kau tercegat dekat sini kenapa?!" tengkingnya kuat. Aku apa lagi benganglah dia cakap macam tu. Aku tak pekak lagilah kau nak jerit-jerit macam orang gila!

"Sir tak boleh ke cakap tu elok-elok sikit? Ni tak. Cakap terjerit-jerit. Saya tak pekak lagilah kalau Sir nak jerit-jerit. Cepatlah ikut saya dah nak sampai dah pun. Dekat je lagi." marahku balas lalu membuka langkah diikuti dengan Sir Arsyad.

Berhenti sahaja di hadapan kelas 5 Ibnu Haitam, aku melihat mata pelajar-pelajar perempuan tertumpu ke arah kami. Eh salah! Tukar kami tu jadi 'Sir. Arsyad.' maklumlah dah jadi tumpuan semua pelajar perempuan dekat sekolah ni. Silap hari bulan tak berkedip mata diorang.

"Ha Sir... Boleh masuk. Ni lah namanya kelas 5 Ibnu Haitam iaitu kelas pertama Sir mengajar di SMK ini. Masuk Sir. Jangan malu-malu." pelawaku. Saja... Nak bayangkan yang dia tu tetamu tak di undang masuk ke dalam SMK Seri Mawar ni.

Sebelum Sir Arsyad masuk ke dalam, aku dapat menangkap matanya memandangku tajam. Aku membalas pandangan itu dengan jelingan maut.

Setelah dia melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas, aku terus membuka langkah pergi dari situ.

Setelah dia melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas, aku terus membuka langkah pergi dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"OK kelas. Jangan lupa siapkan kerja yang saya bagi tadi dari muka surat 50 hingga 52 ok? Besok saya nak semak satu-satu. Faham?" ujar Cikgu Aini kepada pelajarnya sambil memasukkan laptop ke dalam beg galasnya.

Semua pelajar menjawab 'Baik cikgu' dengan serentak. Masing-masing sudahpun berpecah untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Malasnya nak buat kerja sekolah...." rengek Aysha sambil rambutnya diikat ekor kuda. Aku memandangnya sesaat dan pandang semula ke arah tangan yang sedang memasukkan buku-buku ke dalam beg kemudian di zipkan.

"Cuti minggu ni kau free tak?" tanya Aysha. Beg digalas lalu mata memandangnya.

"Kenapa? Cuti ni ada apa?" soalku.

"Tak adalah aku cuma nak ajak family kau pergi bercuti, sebab mak aku ajak" balas Aysha. Otak sedang berfikir sambil mata melihat ke atas siling kelas sama ada family dia free ataupun tidak. Mata menatap kembali wajah cantik Aysha.

"Entahlah. Nanti aku tanyalah family aku. Takut ada apa-apa je cuti ni" kaki membuka langkah keluar dari kelas bersama dengan Aysha

TANGAN Aysha menepuk bahuku membuatkan aku tersentak. Aku menolehkan kepala memandangnya.

"Weyh aku balik dulu ya? Bapak aku dah mai dah. Bye..." aku membalas lambaian Aysha sehingga kereta Velfire itu hilang dari pandangan.

Aku melangkahkan kaki mendekati bus stop berhadapan dengan sekolah untuk menunggu abang Lathif menjemputku. Sambil aku menunggunya datang aku duduk disitu sambil kaki dihayun.

Mata menjeling maut ke arah motosikal yang ditunggang oleh abang Lathif.

"Lama tunggu princess?" tanya dia tanpa rasa bersalah.

"Kalau boleh lama lagi abang jemput adik! Dah lah orang sorang-sorang dekat sini! Mahu kena culik baru tahu." omelku. Kaki mendekati motosikal itu lalu mencapai helmet.

"Tolong pakaikan..." manja suaraku meminta tolong. Saja nak manja dengan abang sendiri, takkan tak boleh?

Abang Lathif tersenyum terdahulu sebelum mengambil helmet dari tanganku lalu dipakaikan ke kepalaku. Entah kenapa aku rasa seperti ada orang yang memerhati dari jauh. Aku menggelengkan.

'Perasaan aku je kut' bisik hatiku.

Badan terus naik ke atas dan terus dibawa oleh abang Lathif.

•OG• MY OBSESSIVE TEACHER - ARSYAD X LYANAWhere stories live. Discover now