Kringgggggggggggggggggggggggggggggggggg
Aku menutup loceng dan terus bangkit dari katil. Aku membuka langsir lalu mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Mari aku memperkenalkan diri. Nama aku lee jihye masa ni aku berusia 18 tahun di mana aku akan menduduki peperiksaan akhir tahun sebagai pelajar sekolah menengah.
Aku ada seorang oppa yang tua dua tahun daripada aku, namanya lee juyeon. Dia sudah habis sekolah so dia jadi driver tak berbayar aku.
"Jihye, mari turun sarapan". Jerit oppa aku dari jauh. Dengan sepantas kilat aku terus turun dan sarapan bersamanya. Hari ini breakfast pancake.
"Oppa, hari ini kawan-kawan datang rumah boleh? Nak study sama-sama". Kata aku sambil makan pancake.
"Boleh, asalkan study jangan nak gossip pula". Balas oppa aku. Aku hanya tergelak sahaja.
Sebenarnya eomma dan appa aku masih hidup tetapi aku mengambil keputusan untuk tinggal bersama oppa aku hehe. Lagipun aku lebih selesa dengan dia.
Selepas sarapan, aku terus masuk ke dalam kereta dan oppa memandu ke sekolah.
Setibanya di sekolah, aku terus turun dari kereta dan nampak haerin dan mina baru sampai. Mereka berdua bestie aku di sekolah ini.
"Haa dah sampai belajar elok-elok and have fun". Kata oppa aku lalu aku pun masuk ke dalam pagar sekolah.
Aku terus ke locker dan menyusun buku-buku di dalamnya lalu haerin dan mina datang ke arah aku.
"Hi jihye, semangatnya kau harini". Kata mina yang membawa buku bersamanya.
"Tak ada lah, aku cuma nak ambil mood je esok kan nak exam subjek english so aku macam nak ada feeling gitu". Balas aku. Dia hanya mengangguk sahaja.
"By the way, oppa kau bagi ke kitaorang nak study dengan kau malam ni?". Soal haerin yang sedang mengikat rambutnya.
"Of course dia bagi dia suruh study tak bagi kita main hahahaha". Jawab aku sambil tergelak-gelak.
"Okay lah kalau macam tu, jom kita masuk kelas". Ajak mina lalu kami pun masuk kelas dan mulakan pembelajaran untuk peperiksaan esok.
A few moments later
Waktu rehat pun sudah tiba dan kami mengambil keputusan untuk ke library cafe di sekolah kami.
"Weyh korang, nak apa-apa tak?". Soal haerin yang ingin membeli makanan.
"Beli sandwich and air kotak je lah aku tak nak makan makanan berat". Balas aku. Dia pun membeli roti gardenia dan air kotak.
Beberapa minit kemudian, haerin membawa makanan ke meja kami. Di library cafe ni kita kena senyap sebab semua tengah focus study.
"Eh aku tak faham lah nak tulis article ni aku harap soalan ni tak keluar". Kata mina yang cuba memahamkan contoh article yang dia baca.
"Yee tho, aku harap review pun tak keluar sebab susah aku ni bukan youtuber nak disuruh review sana sini". Kata haerin pula. Aku hanya tergelak dan waktu rehat pun sudah habis.
Selepas rehat, kami pun meneruskan pembelajaran seperti biasa dan kami pun terus balik ke rumah.
"Guys, jangan lupa plan kita malam ni". Kata aku lalu terus menaiki kereta oppa dan balik ke rumah.
MALAM
Ding dong.
Aku membuka pintu kelihatan haerin dan mina sudah tiba di rumah aku bersama bahan ulangkaji mereka.
"Haa masuk lah jangan duduk luar ada hantu hahahaha". Usik aku. Maklumlah excited sikit member datang rumah.
Mereka berdua pun masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu. Oppa pun membawa air dan snacks untuk kami.
"Makan lah sambil study nanti perut kosong tak boleh fokus". Kata oppa aku lalu senyum ke arah kami. Aku ternampak haerin termenung memandang oppa aku.
"Uit, jangan tenung lama-lama even dia single lagi". Bisik aku lalu haerin tersedar dari lamunannya.
"Ehh mana ada termenung thankss oppa sediakan makanan ni". Kata haerin yang ingin cover dirinya.
"You're welcome". Ucapnya lalu mengenyitkan mata ke arah haerin.
"Aku rasa oppa aku setuju bagi korang datang sebab kau lah ni haerin dia suka kau haa". Aku cuba meneka situasi sekarang ni.
"Tak adanya kau ni, dah jom study esok exam". Kata haerin lalu kami pun study seperti biasa.
+++
To be continue...
YOU ARE READING
[✔️] All Too Well || Kevin Moon
Fanfiction[ THE BOYZ SERIES] "Just between us, i will remember it all too well"- Kevin Moon- START: 11/1/2024 END: 28/1/2024 STATUS: COMPLETED ✅