𝐁𝐀𝐁 7 ✩

33 6 0
                                    

"KITA kat mana ni?" Soalku.

"Eh, dah bangun?"

"Kita dekat Negeri Sembilan."

"Jauhnya awak culik saya. Awak nak bawa saya pergi mana?"

"Pergi rumah ibu ayah awak la."

Diam.

"Awak..." Aku memanggil.

"Ye"

"Saya sejuk la.. Slowkan sikit aircond boleh?"

"Tu la pakai baju tak cukup kain lagi." Perli Hadif.

Aku hanya menjeling.

"Nah, pakai ni"

Hadif memberikan blazer kot padaku. Aku terus menyarung blazer kot itu di tubuhku. Bau wangian Perfume Sauvage Dior memasuki deria hidungku. Wanginya mamat ni!

"Awak lapar tak?"

Aku hanya angguk.

Hadif memberikan satu bag plastik yang berisi roti dan air mineral.

"Makan ni dulu. Sikit lagi nak sampai, nanti kita makan sama - sama dekat rumah dengan family saya sekali."

"Family awak ada sekali ke?"

"Ye."

Selepas itu kami berdua hanya diam hingga sampai ke rumah ibu ayahku. 

Hadif memarkingkan keretanya di dalam garaj. Hadif keluar dari perut kereta dan berlalu ke arah pintu penumpang bahagian belakang, dia membuka pintu itu.

"Awak." Aku memanggil.

"Ye, kenapa?"

"Awak jangan bagitau ibu ayah saya tau pasal semalam." 

Aku sengaja membuat muka comel, supaya Hadif bersetuju. Tubuh Hadif mengeras.

Diam.

Kelihatan muka Hadif seperti sedang memikir sesuatu. Aku hanya setia menunggu jawapanya.

"Hmm.. Tapi saya tak janji." 

Akhirnya Hadif menjawab juga setelah sekian lama berdiam diri.

"Eee.. Apa ni! Tak nak kawan!" Aku mencebik.

Hadif ketawa. Nampak lesung pipinya di bahagian pipi kirinya. Aww manisnya! Entah kenapa makin hari makin aku boleh menerimanya.

"Kenapa awak gelak? Saya ada buat lawak ke?"

"Eh tak la, saya gelak sebab tengok perangai awak. Comel!"

Hshshshs dia kata aku comel la wey! Blasink kitew!

"Tak perlu nak sorokkan sangat la. Lambat laun diorang akan tau juga. Lagipun tak baik la berahsia macam ni." Sambung Hadif.

"Tapi saya belum bersedia lagi. Saya takut diorang marah saya."

"Marah tu biasa Fiqa, diorang marah awak sebab diorang sayang. Tak apa nanti kita sama - sama pujuk ye, biar lembut sikit hati diorang." Hadif memujukku

"Tapi kalau diorang tak nak maafkan saya?" Aku masih berfikar negatif.

"Diorang ibu bapa, Fiqa. Sekeras mana pun hati dia lama - lama akan lembut juga."

Aku terus keluar dari perut kereta. Aku meninggalkan Hadif berseorangan. Laju kakiku melangkah  ke pintu utama rumah orang tuaku. 

"Masuk je la, tak kunci pun."

"sejak bila awak ada kat sini?"

Aku memandang Hadif yang sudah berada di sebelah ku. Tanganku pula sedang membuka pintu rumah.

"Assalamualaikum." Hadif memberi salam.

Hadif pergi ke arah dapur aku hanya membuntuti dari belakang.

"Eh, Hadif, Fiqa." Auntie Risya menyapa kami.

Aku menyalami ibu ayahku dan Auntie Risya. Sambil bertanyakan khabar.

"Fiqa pergi mana? Kenapa tak angkat call ibu dengan ayah? Risau ibu tau." Tanya Puan Hanina kepada ku.

"Sorry bu, ayah. Fiqa punya telefon habis bateri." 

"Ouh.. Jom la Fiqa, Hadif makan dulu. Nanti mandi tukar baju lepastu kita pergi butik ye, cari baju nikah Fiqa dengan Hadif nanti." Ajak Puan Hanina.

"Okey." Jawab aku dan Hadif serentak.

Aku mengambil tempat di sebelah ibuku, manakala Hadif pula duduk di hadapanku. Kami hanya diam menikmati makanan.




Dia ImamkuWhere stories live. Discover now