SEKARANG sudah pun pukul tujuh malam. Kawasan universitiku sudah pun sunyi sepi. Uuu mengerikan! Waktu - waktu begini juga la keretaku rosak. Aku meraba poket seluarku untuk mencari telefon. Aku mencari kontak Azira lalu aku menekan tombol call. Tit tit.. Tit tit.. menunggu panggilan di jawab.
"Hello?" Kedengaran suara Azira di talian.
"Wey Zi, tolong ambil aku boleh? Kereta aku rosak la."
"Hmm, kau kat mana ni?"
"Aku kat universiti."
"Okey, tunggu kat sana nanti aku datang."
Bila aku tidak mendengar suara Azira lagi aku terus melihat telefon ku. Lah habis bateri dah. Aku memasuki keretaku semula. Tak nak aku tunggu di luar nanti ada Encik Candy Sweet.
SETENGAH jam aku menunggu akhirnya sampai juga Azira. Aku keluar dari keretaku terus aku kunci pintu kereta ku, kalau tak ada juga yang curi kereta aku ni. Laju kaki ku melangkah ke arah kereta Audi R8 milik Azira.
Aku mencabut cincin tunang di jari manisku lalu aku menyimpannya didalam poket seluarku. Aku tidak mahu Azira atau Sera tahu yang aku sudah bertunang. Sudah la dengan ustaz pula tu mesti aku dituduh gila oleh dorang.
Aku membuka pintu hadapan penumpang. Aku terus memasuki kereta Azira. Laju kereta Audi R8 milik Azira meluncur keluar dari kawasan universitiku.
"Zi, kereta aku macam mana?"
"Nanti aku hantar bengkel."
"Aku tak cukup duit la Zi nak bayar."
"Iya, aku tau. aku belanja. Tak payah la risau sangat, sekarang ni kau kena teman aku pergi club. Boleh?"
"Aku on je."
"Nice!"
"FIQA! bangun dah sampai." Azira mengejutku.
Terus aku bangun dari tidurku. Aku terlelap rupanya, mungkin penat sangat kut.
"Dah jom!"
Terus aku keluar dari perut kereta dan mengejar langkah Azira yang sudah maju ke hadapan.
Ughh! mentang kaki panjang boleh langkah besar. Habis aku yang kaki ketot ni penat nak mengejarnya.
"Fiqa!!"
Tiba - tiba namaku diseru oleh seseorang. Aku toleh kebelakang mahu melihat siapakah gerangan yang memanggilku.
Kelihatan Hadif sedang berlari ke arahku. Ha sudah! Nahas la aku kalau dia bagitau perkara ni dekat ibu ayahku.
"Buat apa kat sini?" Tanya Hadif.
Rahangnya diketap kuat kuat seperti sedang menahan marah yang meluap - luap. Uuu lain macam Hadif yang satu ni, muka serius semacam je. Mengerikan!
Hadif menoleh ke arah Azira yang berada di belakangku.
"Kawan Fiqa ke?" Tanya Hadif kepada Azira.
Azira hanya menagguk kepala.
"Awak pula siapa?" Tanya Azira kepada Hadif.
"Ouh! saya tunang dia."
Uhuks! Nak tersedak aku mendengarnya. Habis hancur rancanganku, nasib baik la dia tak pakai baju ustaz dia.
Hadif di depan ku ini tampak lain daripada sebelum ini. Hadif memakai baju kemeja berwarna dusty blue dan berseluar slack hitam. Lengan kemeja itu pula dilipat hingga ke paras siku. Fuhh! hensem - hensem hahaha.
"Err.. Awak boleh la pergi balik dulu, tak manis anak dara berkeliaran pada tempat - tempat macam ni pada waktu malam"
"Fiqa pula macam mana?"
"Biar saya hantar dia balik, saya ada benda nak bincang dengan dia."
Azira hanya akur. Haish! ni macam lain je, Azira ni spesies yang keras kepala, kenapa kali ni akur pula. Dia ada tertelan ubat apa pagi tadi?
"Jom, Fiqa."
"Tak nak."
"Jangan degil boleh tak?"
"Tak boleh."
Mata hazel Hadif mencerun tajam ke dalam anak mata ku.
Gulp! Aku telan liur. Mengerikan! Aku akhirnya akur. Laju kakiku berjalan ke arah kereta Honda City milik Hadif.
Tangan ku ingin membuka pintu penumpang hadapan, tapi laju Hadif menghalang.
"Jangan! Awak duduk kat belakang. Kita tak halal lagi, saya tak nak dekat - dekat."
"Asal, takut tergoda?"
Hadif tidak menjawab soalan ku. Tangannya membuka pintu kereta bahagian belakang penumpang dan menyuruh ku masuk. Terpaling gentleman la tu.
Sempat aku jeling tubuh itu sebelum aku masuk ke dalam perut kereta. Hadif juga turut memasuki kereta. Laju kereta Honda City milik Hadif meluncur meninggalkan kawasan itu.
"Awak tak jawab lagi soalan saya." Tiba - tiba Hadif bersuara.
"Apa dia?" Jawabku malas.
"Awak buat apa kat situ?"
"Baca buku. Asal? Tak nampak ke?"
"Main - main dengan saya? Nak saya bagitau ibu ayah awak ke?" Cabar Hadif.
Aduu! kaki jibam la mamat ni!
"Ish! yela - yela. Awak tau kan itu tempat apa?" Jawabku acuh tak acuh.
"Apa pula yang awak buat kat sini? Entah - entah awak pun sama je." Perliku.
"No!"
"Habistu?"
"Saya ada kat sini sebab ibu ayah awak ada call tadi tapi awk tak angkat, katanya awak off telefon. Ibu ayah awak risau jadi dorang call saya untuk bawa awak balik rumah dorang. Jadi saya pun setuju. Ibu ayah awak kata awak belajar dekat UniKL jadi saya pun pergi situ. Bila saya dah sampai universiti awak saya nampak awak, baru je saya nak panggil awak dah masuk kereta. Jadi saya ikut je la kereta tu, tak sangka pula sampai sini." Jelas Hadif panjang lebar.
"Jadi awak selalu pergi tempat macam ni la ye?"
"Hmm"
"Lepas kita kahwin saya tak nak awak pergi sini lagi dan satu lagi, tadi tu kawan awak kan? Saya tak nak ikat kehidupan awak tapi kalau nak berkawan dengan dia jangan la sampai buat benda - benda macam ni, berdosa."
Aku terus pandang wajah Hadif, kelihatan serius di wajah jejaka itu.
"Tak nak! Awak ni siapa ha!? Belum kahwin lagi dah mengarah! Benci la!" Suaraku sudah naik seoktaf. Tidak puas hati.
"I'm Adrian Hadif Shah, your fiance." Kata Hadif sambil senyum sinis.
Aku hanya jeling.
"Mana cincin saya?"
Sejak bila pula mamat ni usya jari aku?
"Dah buang! Saya tak nak kahwin dengan mamat biawak macam awak ni!"
"Ouh really? Awak fikir saya bodoh ke Syafiqah Amyraa Rosli? Cincin tu ada dalam poket seluar awak. Pakai sekarang."
Aaaa! mamat ni tukang tilik nasib ke? Aku hanya akur. Aku mengambil cincin itu di dalam poket seluarku lalu menyarungkan ke dalam jari manis ku.
"Goodgirl" Hadif senyum puas hati.
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomantizmKisah ini tentang seorang Syafiqah Amyraa yang dipaksa kahwin oleh ibu bapanya dengan pilihan mereka sendiri. Siapa sangka kehadiran Adrian Hadif Shah mampu mengubah Syafiqah Amyraa ke arah yang lebih baik. Sabarkah Adrian Hadif Shah memujuk dan ter...