"WEY! Jangan la gerak-gerak comot nanti. Orang pergi kahwin semua cantik-cantik, sampai kat kau macam hantu Kak Limah!" Marah Azira kepadaku.
"Aaa! Aku tak nak kahwin, aku nak lari!" Aku mencebik.
"No. Tak ada kau nak lari. Suami kau hensem kut. Gila ke?"
Aku sekarang sedang duduk di meja solek. Sebentar lagi aku akan bergelar isteri Hadif.
"Kalau kau suka sangat kat dia. Kau pergi la kahwin dengan dia." Jawabku selamba.
"Lain macam eh kau? Ikutkan hati aku nak aje aku jadi penyondol, tapi tak sampai hati pula."
Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu biliku. Aku terus bangun dan pergi ke arah pintu, ingin melihat siapakah orang yang mengetuk pintu biliku.
Aku membuka pintu, tepapar muka ibuku di hadapan ku.
"Ibu?"
"Ye, bila nak siap ni?"
"Dah siap sebenarnya, tapi si Zi ni tak habis-habis makeup Fiqa."
"Tak payah la nak makeup tebal-tebal, nanti suami lari pula. Dah cantik dah anak ibu ni."
"Elok la dia lari. Tak payah Fiqa kahwin dengan dia." Jawabku selamba.
"Ha? Apa Fiqa cakap?"
"Tak ada apa bu."
"Dah, cepat siap. Penat Tok Kadi tunggu."
"Hmm, ye bu."
Ibu hanya menangguk. Selepas itu ibu ku pergi meninggalkan.
Aku terus melangkah ke arah kawan baikku, Azira.
"Cepat la, Zi. Lambat lagi ke?
"jap."
SELEPAS Makeup ku siap aku terus turun ke ruang tamu dipimpin oleh Azira, pengapitku harini. Sera pula tidak dapat hadir kerana dia sedang berada di luar negara ingin menyambung belajar.
Aku duduk bersimpuh di atas kusyen besar dikhaskan untuk pengantin perempuan itu.
Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku lari dari rumah ni tapi apakah daya.
Aku berpaling ke arah Hadif yang sudah tiba lebih awal dahulu, hari ini Hadif tampak sangat kacak dengan busana baju melayu dan bersamping hitam serta bersongkong hitam.
Dup! Dap! Dup! Dap! Jantungku bagaikan mahu pecah. Haish! Hensemnyaa dia, tak jadi mahu lari.
Majlis akad nikah sudah dimulakan. Panjang bicara Tok Kadi sebelum meminta izinku diangkat sebagai isteri Hadif, dan aku terpaksa bersetuju. Dengan sekali nafas. Akhirnya aku sah menjadi isteri seorang Adrian Hadif Shah.
Aku termenung memikirkan kehidupanku yang kini tidak lagi bebas seperti dahulu. Aaa rasa mahu menangis sahaja. Tiba-iba bahuku ditampar oleh Azira.
"Aduh! Kau ni kenapa, Zi."
Kalau mahu panggil pun elok-elok la. Dia punya tangan ni pukul orang sikit je dah berbisa mat.
Aku pandang Hadif yang sudah duduk berlutut di hadapanku. Entah sejak bila dia datang pun aku tak tahu, mungkin masa aku termenung tadi kut.
"Assalamualaikum, isteri abang." Hadif menyapaku.
Aku menjeling Hadif. Haih, abang pula. Aku kena panggil dia abamg la lepas ni? Eee, memang tak la.
"Fiqa! apa pergi jeling-jeling si suami tu pula? Jawab la salam suami kau tu"
Marah Azira.Aku menjeling pula Azira di sebelahku.
"Waalaikumussalam." Jawabku acuh tidak acuh.
Senyuman manis Hadif tadi mula memudar, senyum tawar mula diberikan kepadaku.
"Tak apalah, mungkin Fiqa tak selesa lagi kut dengan abang." Kata Hadif terselit kekecewaan dalam nadanya.
Kami memulakan sesi membatalkan air sembahyang. Aku terpaksa salam dan kucup tangan lelaki yang baru bergelar suamiku itu. Hadif mendekati bibirnya ke arah telingaku.
"You look very beautiful when you wear hijab, Fiqa sayang." Sempat dia berbisik di telingaku sebelum mencium dahi licinku.
Wajahku mula membahang. Dia panggil aku sayang? Sayang? Hshshshs.
Hadif yang melihat wajahku yang sudah berona merah, ketawa kecil.
"Fiqa blushing? Comelnya dia!" Hadif menegur.
Wajahku yang kini sudah memerah bertambah lagi merah, akibat malu. Jika dilihat wajahku kini sudah seperti tomato.
"Jangan la tegur!" Marahku sambil tanganku mencubit manja perut si suami.
______________________________________
𝐒𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐡 𝐥𝐦𝐚 𝐱𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡. 𝐒𝐞𝐤𝐫𝐠 𝐛𝐫𝐮 𝐟𝐫𝐞𝐞.
𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐠𝐮𝐲𝐬! 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐢𝐢
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomanceKisah ini tentang seorang Syafiqah Amyraa yang dipaksa kahwin oleh ibu bapanya dengan pilihan mereka sendiri. Siapa sangka kehadiran Adrian Hadif Shah mampu mengubah Syafiqah Amyraa ke arah yang lebih baik. Sabarkah Adrian Hadif Shah memujuk dan ter...