AKIBAT penat yang melampau, menjadi raja seharian. Sampai sahaja di bilik tidurku, terus ku rebahkan badanku di atas katil empuk milikku, ingin berehat sebentar. Tak lama kemudian aku pun terlelap.
"Fiqa, bangun mandi dulu. Pastu nanti kita solat maghrib berjemaah."
Sayup-sayup aku mendengar suara garau itu.
"Erm.." Aku mengeliat kecil dan sambung tidur kembali.
"Fiqa sayang, bangun."
Terasa ada tangan yang mengusap lembut kepalaku. Perlahan-lahan aku buka mataku. Badanku terasa sangat penat walaupun aku sudah berehat sebentar tadi. Tanganku naik mengosok mataku yang masih berat.
Aku terasa diperhatikan. Aku menoleh ke sisi. Hadif berada di sebelahku dengan berbaju T hitam dan berseluar tracksuit berjenama Adidas. Rambutnya basah dan berserabut, tapi masih kelihatan kacak.
Terasa janggal.
Mungkin kerana tidak biasa berdua.
"Err... Awak dah mandi ke?" Tanyaku sekadar berbasa-basi.
"Hmm.. Baru je lepas Mandi."
Aku hanya mengangguk.
Hadif masih melihatku.
"Dah kenapa?"
"Apa?" Soal Hadif, masih blur dengan soalanku.
"Dah kenapa pandang saya macamtu?"
"Lah. Salah ke abang nak tenung isteri abang?"
Lelaki itu bertanya, tangannya sudah naik memeluk badan sendiri. Kening lelaki itu pula terangkat tinggi.
"Salah!"
Aku mengambil bantal peluk pisangku lalu membaling bantal itu kearah Hadif.
"Aduh! Sakitla Fiqa. Tak baik tau buli suami." Hadif Mencebik.
Aduu, suami siapa la ni? Merajuk pun comel!
"Sejak bila saya buli awak Adrian Hadif Shah?"
Aku sudah bercekak pinggang, seperti ibu-ibu yang memarahi anaknya.
"Tadi Fiqa tak habis-habis cubit abang. Pastu sekarang baling bantal busuk Fiqa tu kat abang pula. Garang la isteri abang ni."
Aku hanya menjeling. Manjanya dia!
Tiba-tiba Hadif ketawa. Lah, dah kenapa mamat ni? orang tak ada buat lawak, tiba-tiba ketawa. Dah macam orang gila aku tengok.
"Dah kenapa?"
"tak ada la. Abang teringat kat sorang perempuan ni. Dia kata dia tak nak kahwin dengan abang. Tapi tiba-tiba..."
Tak sempat Hadif menghabiskan ayatnya aku terlebih dahulu baling bantal peluk pisang ku tepat ke arah mukanya.
"Diam la! Adrian Hadif Shah!" MarahKu.
Wajahku mula membahang.
"Saya tak nak pun la kahwin dengan awak! Saya kahwin dengan awak sebab Ibu ayah saya je!"
"Oh? Are you sure?" Tanya Hadif sambil mengangkat keningnya tinggi. senyum sinis diberikan kepadaku.
Hadif mendekatkan bibirnya ke telingaku.
"I can make you fall in love with me, my dear." Sempat dia berbisik di telingaku sebelum dia menjauhkan semula jarak kami yang begitu dekat sekali tadi.
"If you can." Cabarku.
"Don't challenge me, dear. I always strive for what I want until I got it." Sinis Hadif, matanya tepat menikam anak mata ku.
Gulp! Seram!
Hadif ketawa lagi. Amboi seronoknya kau. Lepasni aku humban kau dalam konkrit.
"So.. Nak saya panggil awak apa? Adrian? Hadif? or Shah?"
"Abang." Jawab lelaki itu selamba.
Aku hanya mendiamkan diri.
"A-B-A-N-G, abang." Lelaki itu mula mengeja.
Aku menjeling Hadif.
"No! Tak nak! Malas la layan awak ni, baik saya mandi."
Wajahku sudah masam mencuka.
Aku terus bangun dan mencapai tualaku yang tergantung di tempat penyangkut baju. Laju aku melangkah ke arah bilik air. Aku ingin mandi badanku sudah terasa melekit.
_______________________________________
𝐇𝐚𝐫𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐢𝐤𝐢𝐭𝐭 𝐣𝐞.. 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐞 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐧𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭.
𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐯𝐨𝐭𝐞𝐞 𝐭𝐚𝐮.. 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐢𝐢 💗💋
YOU ARE READING
Dia Imamku
RomanceKisah ini tentang seorang Syafiqah Amyraa yang dipaksa kahwin oleh ibu bapanya dengan pilihan mereka sendiri. Siapa sangka kehadiran Adrian Hadif Shah mampu mengubah Syafiqah Amyraa ke arah yang lebih baik. Sabarkah Adrian Hadif Shah memujuk dan ter...