"FIQA! Fiqa! Bangun dah nak siang ni! Pergi solat subuh dulu!" Jerit Puan Hanina iaitu ibu kandungku
"Apa ibu ni, bising la! Nak kejutkan Fiqa ke nak kejutkan satu taman perumahan ni?" Marahku
Habis lenaku terjaga kerana suara bingit Puan Hanina itu. Ini yang aku tidak suka bila balik ke rumah ibu ayahku. Pagi - pagi lagi sudah terpekik
"Amboi.. nak marah ibu pula. Elokla ibu kejutkan kau pagi - pagi ni, selamat la kau dari kena selimut dengan kulit babi. Dah tak sabar jadi member baru syaitan ke?" Bebel Puan Hanina
"Dah pergi solat cepat! Lepastu tolong ibu masak" Arah Puan Hanina
"Orang period la, bu.." Tipuku
"Engkau ni asal balik sini je period nak mengelak ke betul - betul ni?"
Alamak kantoi la pula nak kena jawab apa ni? kataku dalam hati
"Oii! Dengar ke tidak ni?" Tegur puan Hanina
"Apa dia bu?"
"Kau betul - betul period ke ni? ke kau menipu?" Ulang Puan Hanina
"Betul - betul la bu, tak kan la nak tipu. Entah la bu kenapa dia keluar time - time balik sini la nak keluar, tapi kita tak boleh nak halang, sebab ini la yang membuktikan yang Fiqa ni perempuan" Hujahku panjang
"Ibu tau la kau perempuan. kalau kau pondan dah lama ibu buang kau." Gurau puan Hanina
Ouchh! Sakitnya hatiku mendengar kata - kata ibuku itu. Nasib baik aku bukan pondan!
"Dah la pergi basuh muka lepastu tolong ibu masak." Arah Puan Hanina
"HAISHH.. baru nak turun?"
Aku hanya tersengih seperti kerang busuk. Laju kakiku menuruni anak tanggga
"Dah jom makan." Ajak Puan Hanina
"Okey."
Aku berlari anak merapati meja makan. Tidak sabar mahu makan, Lapar ni! Semalam tidak sempat mahu makan malam. Penat punya pasal
"Ibu masak apa?" Tanyaku
"Nasi goreng je. Barang dapur banyak yang dah habis"
"Ouhh.."
"Nanti teman ibu beli barang dapur ye?" Pinta Puan Hanina sambil tangannya meletakkan pinggan yang sudah berisi nasi goreng itu di hadapanku
"Eh tak boleh la bu, Fiqa lepasni ade kelas. Semalam pun Fiqa balik sebab semalam Fiqa tak ada kelas"
"Alaa.. tak dapat ibu nak meluangkan masa dengan anak ibu yang sorang ni. "
Puan Hanina berasa sedikit sedih kerana dia cuma ada Syafiqah sahaja anak tunggalnya itu pun tidak selalu ada dengan dia. Habis dia sorang saja yang selalu ada dirumah, suaminya pula gila kerja.
"Sorry bu.. Nanti kalau Fiqa ada masa. Fiqa luangkan masa dengan ibu ye?"
"hmm.. ye la."
_______________________________________
𝐌𝐚𝐚𝐩 𝐤𝐨𝐫𝐠 𝐤𝐥𝐮 𝐚𝐝𝐞 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞 𝐚𝐩𝐚.. 𝐤𝐨𝐫𝐠 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐢𝐢 𝐩𝐡𝐦 𝐣𝐞𝐥𝐚 𝐲𝐞𝐞.. 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐬𝐮𝐩𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐠𝐮𝐲𝐬𝐬..
YOU ARE READING
Dia Imamku
Roman d'amourKisah ini tentang seorang Syafiqah Amyraa yang dipaksa kahwin oleh ibu bapanya dengan pilihan mereka sendiri. Siapa sangka kehadiran Adrian Hadif Shah mampu mengubah Syafiqah Amyraa ke arah yang lebih baik. Sabarkah Adrian Hadif Shah memujuk dan ter...