𝐁𝐀𝐁 2 ✩

62 6 0
                                    

"FIQA pergi dulu tau bu."

"Ye, hati - hati pandu kereta, belajar elok - elok." Pesanan Puan Hanina seperti biasa.

Aku salam tangan ibuku dan terus berlalu ke arah keretaku laju keretaku meluncur keluar dari kawasan perumahan ibu ayahku.

Aku mencapai telefonku, terus aku membuka aplikasi whatssapp. Aku mencari kontak sahabat baikku, Azira. Bila sudah terjumpa kontak Azira terus aku tekan tombol call. Phone aku berdering menunggu panggilan dijawab.

"Hello." Azira menjawab panggilanku.

"Hai Zi! Kau free tak?"

"Free. Kenapa?"

"Jom, mall!" Ajakku.

"Eh, kau tak ada kelas ke?" Tanya Azira pelik.

"Ada, tapi malas nak pergi la."

"Ouh okey, jom!"

"Ajak Sera sekali, aku tunggu korang dekat pavilion."

"Okey! Jumpa nanti."

SETELAH dua jam aku memandu akhirnya aku sampai juga ke pavilion. Aku parking keretaku di tempat parking, baru sahaja aku mahu keluar dari perut kereta, Azira dan Sera sudah menyapaku.

"Fiqa!" Jerit Sera.

"Eh.. Zi, Sera. Awalnya sampai."

"Kau yang sidai kitaorang." Perli Azira.

"sorry la aku dari rumah ibu ayah aku." Dah la rumah ibu ayahku di Negeri sembilan ambil masa 2 jam jugalah untuk aku balik ke Kuala Lumpur.

"Its okay, so kita nak pergi mana ni?" Tanya Azira.

"Ofcos shopping! Rutin wajib wanita kut." Jawab Sera dengan riak wajah teruja.

JAM menunjukkan pukul dua tengah hari. Kami baru sahaja selepas menonton wayang.

"Guys, aku laparla jom makan dulu." Ajakku sambil mengusap - usap perut ku yang sudah berbunyi.

"Nak makan mana?"

"Korang pergi la cari kedai makan dulu. Aku nak pergi tandas sekejap." Celah Sera.

"Eh, jom la pergi sekali aku pun mahu ke tandas."

"Fiqa, kau nak ikut sekali atau nak tunggu kat luar?" Tanya Azira.

"tak apalah korang pergi la aku nak masuk kedai buku tu. Nak tengok - tengok novel baru" Kataku sambil menunjuk kedai Popular di sebelah kedai Watsons.

"Hmm... Kitorang pergi sekejap je tau. Kau tu jaga diri, kalau ada orang bagi gula - gula jangan ikut" Pesan Azira sambil mengusap kepalaku.

Ish! Nak pesan pun macam ayat darjah satu, sekarang umur aku sudah 21 tahun tahu. Mentang - mentang diaorang tinggi, tinggi aku 155, tinggi Azira pula 167. Bukanya pendek mana pun, beza 12cm je pun.

Selepas susuk tubuh sahabat baikku hilang, kaki terus melangkah ke kedai buku itu. Nasib baik dekat sini ada kedai buku sudah lama aku tidak beli novel.

SELEPAS aku sudah jumpa buku yang aku mahu, aku terus berjalan ke arah kaunter. Dalam perjalanan ingin pergi ke kaunter bayaran, bahuku dirempuh kasar pleh seseorang.

"Ouch! Sakitla!" Aduku separa menjerit.

Terus tangan kananku memegang bahuku yang telah menjadi mangsa rempuhan orang itu. Mataku ditutup untuk menenangkan diri dari terasa sakit. Sakit mat, ni orang ke batu?

"Maaf cik, saya tak sengaja. Cik okey ke?" Kedengaran suara yang tidak ku kenali.

Aku terus membuka mataku untuk melihat siapa gerangan itu.

Kelihatan seorang jejaka dihadapanku yang berpakaian jubah dan ada sehelai ridak di bahu kanannya. Rambutnya tidak terurus tapi masih kelihatan segak. Tanganya pula sedang memegang al - quran. Bila di tengok dari segi pemakaianya kelihatan seperti seorang ustaz.

"Ustaz ke?" Tanyaku

"Ye, cik okey?" Tanya ustaz itu lagi, kerisauan.

"Eh, buku cik jatuh" Ustaz itu mencapai bukuku yang sudah terjatuh dilantai.

Akibat refleks badanku turut tunduk untuk mengambil bukuku. Tidak sengaja aku terpegang tangan ustaz itu.

Apabila ustaz itu terasa tangannya ditindih olehku, laju dia menepis tanganku dan menjauhkan diri sedikit dariku.

"Cik.. Kita bukan mahram, tunggu kahwin dulu baru boleh ye?"

"EWW! Sapa yang nak pegang awak? Sapa yang nak kahwin dengan awak? Excuse me saya terpegang je okey" Perkataan 'terpegang' sengaja di pekatkan supaya dia tau.

Fulamakk! Sumpah geli weyy! ayat dia macam biawak matt.

"Harap je ustaz tapi perangai gatal, tula dah memang lelaki kan. Sental pakai clorox pun perangai gatal tu tak hilang." Perliku sambil menghadiahkan senyuman sinis.

"Ya allah. Cik ni dah kenapa? Saya rasa cik sihat wal'afiat je kut. kalau tiada apa - apa lagi urusan saya pergi dulu" Ustaz itu meminta diri dan terus meninggalkannya.

Sempat aku menjeling usatz itu sebelum dia pergi.

"Dah buat salah pastu bla macam tu je. Nasib baik aku ni behave kalau tak kat sini juga aku seret muka kau" Bebelku sambil sambung jalan ke kaunter untuk membuat pembayaran.

_______________________________________

𝐓𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐯𝐨𝐭𝐞𝐞 𝐠𝐮𝐲𝐬𝐬! 𝐭𝐲𝐬𝐦𝐦! 𝐬𝐩𝐞 𝐲𝐠 𝐝𝐡 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐭𝐮.. 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐫𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐢𝐢 💗

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now