𝐁𝐀𝐁 4 ✩

38 5 0
                                    

"FIQA! Turun makan!" Panggil Puan Hanina dari arah dapur.

Laju kakiku menuruni tangga. Baru sahaja mahu ke dapur, aku terdengar ketukkan pintu. Aku terus berjalan ke arah pintu utama untuk membuka pintu. Betul sangkaanku. Muka Encik Rosli tempapar di muka pintu.

"Fiqa? Dah lama sampai?" Tanya ayahku.

"Lama la juga, petang tadi Fiqa sampai."

Tangan Encik Rosli di sampai aku menyalami tangan tua itu.

"Lambatnya ayah balik. Ayah dari mana?"

Aku mengerling jam di dinding, sudah menunjukkan pukul sembilan malam.

"Ouh.. Tadi ada kerja sikit kat ofis. Pastu ayah pergi jumpa kawan ayah, Encik Shairul." Jelas Encik Rosli.

"Jom makan dulu yah. Ibu dah sediakan makanan tu" Ajakku.

SELEPAS sahaja makan malam, kami berkumpul di ruang tamu untuk meluangkan masa bersama. Banyak cerita yang kami kongsikan. Kadang aku bercerita, kadang aku hanya mendiamkan diri untuk memberi peluang kepada ibu ayahku untuk becerita. Ada kalanya kami bergelak ketawa, serupa keluarga kecil yang bahagia. Tiba - tiba aku teringat akan tujuanku kesini.

"Ayah Fiqa dah balik ni, apa yang ayah nak bincangkan."

"Ouhh.. Lupa pula"

"Ayah sebenarnya ada berkenan dengan anak kawan baik ayah. Ayah berhajat nak jadikan dia menantu." 

"Fiqa sahaja satu - satunya anak yang kami ada. Boleh ye Fiqa?" Puan Hanina berharap.

"WHAT!? Fiqa kahwin?" Tanyaku kembali, meminta kepastian.

"Ye." Jawab Puan Hanina dan Encik Rosli serentak.

"Apa ni ayah, ibu? Fiqa muda lagi kut."

Umurku baru 21 tahun, muda lagi. Enjoy - enjoy la dulu, nanti kalau dah kawin belum tentu boleh sebebas ini. Tambah lagi dengan tanggungjawab seorang isteri, aku belum sedia lagi. kalau nak kahwin pun tunggu la umurku 23 atau 24 lebih matang la sikit minda ku ini.

"Muda? Habistu nak tunggu sampai bila? Sampai umur 40 tahun dulu ke? Biar dia jadi anak dara tua sorang - sorang" Perli Encik Rosli.

"Lelaki tu pun Fiqa tak kenal yah. Entah baik entah tidak tu." 

"Fiqa jangan cepat sangat menilai orang. Ayah dah kenal lama dengan dia. Ustaz orangnya. Baik pula tu." Cantas Encik Rosli.

Ustaz? Aku dengan ustaz? Sumpah tak kena wey! Entah - entah setiap hari diceramah dan ditazkirahnya aku. Aaaa tak nak!

"Fiqa tak cinta dia ibu, ayah." Aku masih berkeras.

"Bercinta lepas kahwin lagi indah Fiqa. Dijauhi dari maksiat, malah dirahmati lagi dari allah." Pujuk ibuku lagi.

"Ugh! Whatever, no means no! Sampai bila - bila pon Fiqa tak nak dan tak akan kahwin dengan dia. Noktah!" Suaraku sudah naik seoktaf. Aku masih dengan pendirian ku. 

Aku terus berdiri dari duduk di sofa. Lantas kakiku menghayun laju untuk naik ke bilikku. Sehingga menyeru nama penuhku. Kakiku terus berhenti bergerak, bagai terpaku di lantai. Nahas la aku! baik aku dengar sahaja kata ayahku sebelum ada juga yang kena buang luar rumah.

"Syafiqah Amyraa!! Duduk! Ayah tak habis cakap lagi!" 

Aku pusing semula kebelakang, muka ayahku dipandang. Muka Encik Rosli sudah berona merah akibat marah. Terus aku duduk di sofa.

"Susah sangat ke Fiqa? Salah ke ayah nak tengok Fiqa bahagia dengan lelaki yang ayah boleh percaya? Fiqa nak tunggu ayah mati dulu ke baru nak kawin? Tolong la Fiqa, selagi ayah ada." Encik Rosli merayu.

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now