𝐁𝐀𝐁 10 ✩

84 5 0
                                    

"AWAK!" Sergahku.

Aku menyergah Hadif yang sedang duduk menghadap kiblat di atas sejadah. Lelaki itu sedang membaca al - quran. Rutin harian lelaki itu selepas selesai sahaja solat.

"Astagfirullah, Fiqa. Terkejut abang."

Terangkat bahu lelaki itu, terkejut apabila disergah sebegitu. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Ye, kenapa."

"Kita duduk sini sampai bila?"

Sudah satu minggu kami menetap di rumah ibu ayahku.

"Kenapa? Dah tak sabar nak tengok rumah kita ke?" Hadif senyum mengusik.

Tangan Hadif naik ingin memelukku tetapi aku segera menepis. Terus hilang senyuman mengusik Hadif tadi  sebelum lelaki itu mengukir senyum tawar.

"Lusa kita pindah rumah baru kita ye? Nanti abang kemaskan semua barang kita ye."

Aku hanya mengangguk dan terus berlalu meninggalkannya. Nak manja-manja dengan ibu sekejap nanti dah jarang jumpa.

Hadif memandang sepi Syafiqah yang sedang menuruni tangga selepas susuk badan itu hilang dari pandangannya. Hadif melihat Al-quran di hadapannya matanya tertumpu kepada satu perkataan yang tertulis 'Allah' Hadif mengusap tulisan itu perlahan.

"Ya allah, kau lembutkan lah hati dia." Kata Hadif perlahan.

Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri. Tetapi Syafiqah masih melayan Hadif, beku.

"IBU, ayah. Fiqa pergi dulu tau."

Aku menyalami tangan orang tuaku.

"Ye, dengar cakap suami. Kalau ada salah faham berbincang elok-elok tak perlu nak bertengkar. Hormat suami." Pesan Puan Hanina.

"Ye, bu."

Selepas aku menyalami orang tuaku. Aku terus menuju ke kereta Honda City milik Hadif. Sempat aku mengerling ke arah Hadif yang sedang memasukkan bagasi kami di dalam bonet sebelum aku memasuki kereta.

Selesai Hadif menyusun barang-barang di dalam bonet Hadif menyalami ibu ayahku.

"Kami pergi dulu ye ibu, ayah."

"Ye, jaga anak ayah elok-elok. Jika suatu hari nanti Hadif sudah tawar hati dengan anak ayah, toling pulangkan balik dia dengan baik. Sepertimana kami berikan dia kepada  kamu. Jangan pernah kamu sakiti dia." Pinta Encik Rosli.

"Tak, ayah. Walaupun kami dikahwinkan atas utusan keluarga. Tapi hati saya dah mula mencintai dia. Fiqa isteri saya. Selamanya bidadari syurga saya. Saya tak akan ssakiti dia dan saya tak akan tinggalkan dia."

"Kami sentiasa doakan kamu berdua bahagia." Puan Hanina Menyampuk.

"Terima kasih ibu, ayah. Halalkan makan minum kami ye semasa seminggu menetap di sini. Nanti kalau ada masa lagi inshaallah kami balik. Kami pergi dulu ye?"

"Baik, hati-hati memandu."

Hadif melangkah ke arah kereta Honda City miliknya dan terus memasuki kedalam perut kereta. Sebelum memulakan perjalanan Hadif membaca doa naik kenderaan. Selesai membaca doa, laju kereta Honda City milik Hadif keluar di kawasan perumahan ibu ayahku.

"FIQA, dah sampai."

Sayup-sayup aku mendengar sura garau itu. Bahuku pula digoncang perlahan.

"Fiqa sayang, bangun. Masuk dulu nanti sambung tidur dekat dalam rumah. Sakit badan Fiqa tu nanti, lama sangat duduk dekat dalam kereta."

Aku buka mataku yang masih berat. Terlihat Hadif yang sedang  elok bersandar di pintu kereta di bahagian penumpang hadapan sambil memeluk tubuh. Aku mengeliat kecil sebelum kembali menutup mata.

"Haish, degil! Abang angkat sat gi." Hadif mengugutku.

Terus segar mataku mendengar ugutan lelaki itu. Laju kakiku berlari ke arah pintu rumah. Aku cuba membuka pintu rumah itu tetapi tidak berhasil. Pintu rumah itu masih berkunci.

Habislah. Mana aku nak sorok ni?

Aku memerhati di sekeliling kawasan perumahan kami. Cantik! Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil sesuai untuk keluarga kecil. Pandai Hadif pilih.

Terkejut aku apabila melihat Hadif yang sudah berada di sebelahku, tangan lelaki itu pula sedang membuka pintu yang berkunci itu. Selepas memberi salam kami pun melangkah masuk kedalam rumah. Hadif terus menarik tanganku untuk naik ke tingkat atas. Aku hanya akur.
Kami memasuki bilik yang berada di tengah.

"Ni bilik kita. Fiqa pergi la tidur dulu abang nak kemaskan barang kita."

"Memang kena tidur sebilik ke? Kan ada banyak lagi bilik dekat dalam rumah ni."

"Fiqa taknak tidur dengan abang ke?"

Aku geleng.

Mati senyuman manis Hadif.

"Nanti malam ni sapa nak teman abang tidur?"

"Eee gedik! Tidur pun kene berteman."

Sempat aku menjeling Hadif sebelum aku memasuki bilik di sebelah bilik tidur utama.

Hadif hanya tersenyum tawar.

"Ini bilik saya."

Setelah berpuashati menilik bilik itu aku terus naik ke atas katil yang empuk itu. Ingin menyambung tidurku kembali.

_______________________________________

𝐓𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐠 𝐯𝐨𝐭𝐞𝐞 𝐠𝐮𝐲𝐬𝐬.. 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐡 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐢𝐢 😻💗

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia ImamkuWhere stories live. Discover now