Bab 2

421 68 19
                                    

RAMBUTNYA diikat kemas sebelum melangkah keluar dari biliknya menuju ke arah tangga. Anak tangga dipijak dengan teratur sebelum akhirnya lantai rumah disentuh oleh kakinya.

Haura tersengih-sengih apabila Luth Razzel menghadiahkannya satu jelingan tajam saat dia tiba di dapur. Kelihatan ahli keluarganya sudah berada di dapur, sedang menyusun apa yang patut sebelum makan malam keluarganya berlangsung.

Luth Razzel, si abang sulung tengah menyusun gelas di atas meja. Selalunya ni memang tugas Haura tapi disebabkan alasan dia demam, jadinya Puan Maria menyuruh Luth pula menggantikan tugasan itu. Kalau tak memang akan duduk ajelah dia kat ruang tamu sehingga dipanggil.

Kash Idham pula tengah curi-curi makan kek cawan yang masih panas di atas tray. Akibatnya, lelaki itu hampir menjerit kepanasan saat coklat cair di dalam kek cawan itu menyentuh lidahnya. Mujur ada Tuan Irsyad berdekatan. Mesti tak berani nak buat hal dah.

Abang keduanya pula, Darwish Firhan sedang membantu Puan Maria mengelap pinggan mangkuk untuk digunakan sebentar lagi. Cekap sahaja lelaki itu membantu sehinggakan Puan Maria sendiri tidak sempat untuk melakukan apa-apa.

Hm. Untung isterinya dapat suami material seperti Darwish Firhan.

Oh, dia sudah beritahukah mengenai status abang keduanya ini?

Darwish Firhan sudah pun menamatkan zaman bujangnya setahun yang lalu bersama dengan perempuan pilihannya, Intan Kamilla. Masih ingat lagi bagaimana Darwish memberitahu mereka semua bahawa dia mahu berkahwin.

Reaksi masing-masing tak boleh blah waktu tu. Iyalah, tak pernah lagi melihat Darwish bercinta mahupun keluar dengan mana-mana perempuan tiba-tiba membuat pengumuman sewaktu mereka semua sedang menyantap bahawa dia mahu berkahwin.

Puan Maria waktu tu ternganga. Tengah elok tuang air teh ke dalam cawan suaminya tiba-tiba tertuang ke dalam kuah kari.

Haura tercekik mi goreng.

Kash pula menjerit mengalahkan perempuan. Mungkin dia tak sangka bahawa selama ni Darwish straight. Nak buat macam mana dulu dia pernah sebarkan fitnah mengenai abangnya itu dekat anjing jiran sebelah dengan mengatakan bahawa si abang merupakan seorang gay.

Ada lah juga ciri-ciri adik paling tak guna terselit kat situ.

Hanya Tuan Irsyad dan Luth Razzel sahaja yang tidak memberi apa-apa reaksi. Elok sahaja sambung makan macam tak ada apa-apa berlaku. Seolah-olah perkara itu tidak penting untuk mereka.

Ceh tak penting konon, padahal mereka berdualah yang paling over dalam majlis Darwish. Kemain kau pelamin dihiaskan serupa pengantin diraja. Majlis pula diadakan di sebuah dewan besar dan mewah. Hadiah tetamu melebihi RM200 pula tu.

Perhiasan yang diberikan kepada pengantin perempuan seperti gelang dan rantai memang betul-betul asli batu permatanya. Bukan sekadar besi kosong semata-mata. Sudah seperti Wedding of the Year pula.

Memang kawkaw majlis itu disambut oleh semua orang. Meraikan kehadiran seorang ahli keluarga baharu mereka.

Dan sudah tentu, semua itu daripada duit mereka berdua. Memang dalam ahli keluarga ni, mereka berdualah yang sentiasa merancang sesuatu dalam senyap.

"Haura.. buat apa kat depan ni?" tegur satu suara yang agak lembut. Haura sedikit tersentak daripada lamunan sebelum menoleh ke tepi.

"Kak Intan.." Haura tersenyum melihat wanita yang berpurdah menyapa pandangannya.

Intan Kamilla, isteri kepada Darwish Firhan. Kakak iparnya dan juga menantu sulung keluarga Tuan Irsyad. Cantik berpurdah dengan pakaian yang agak longgar menutupi bentuk tubuhnya.

His RulesWhere stories live. Discover now