Bab 11

234 45 7
                                    

BANG!

Senyuman sinis itu mati.

Haura tersentak hebat. Dia dan Laila saling berpandangan. Masing-masing mempamerkan riak wajah pucat seakan tiada darah yang mengalir. Jelas menunjukkan ketakutan dan rasa terkejut yang tiba-tiba hinggap pada jiwa mereka saat itu.

Perlahan-lahan mereka berdua menoleh ke tepi. Dari kawasan yang mereka berdiri, dapat dilihat dengan jelas bagaimana dinding itu retak dan berlubang dek kerana tembakan yang tidak tahu datang dari arah mana sebentar tadi.

"Haura.." Laila semakin merapati Haura. Haura pula masih lagi kejung di tempatnya.

Apa tadi tu?

BANG!

"WATCH OUT!" jerit Laila lalu menolak kuat tubuh Haura ke tepi membuatkan mereka berdua tergolek ke arah bangunan tersebut. Haura terjerit kecil saat kepalanya terhantuk pada dinding bangunan.

Nafas mereka tidak teratur. Semua ini terjadi dalam sekelip mata sahaja. Laila berdecit perlahan sebelum cuba membangunkan dirinya kembali.

"Kau dengar?" soal Haura dengan suara yang terketar.

"I dengar," jawab Laila sebelum matanya melilau ke sekeliling. Cuba mencari punca bunyi tersebut. "I dengar bunyi.. tembakan.." bisiknya perlahan.

Haura telan liurnya. "Kawasan ni ada penjenayah ke?" soalnya  Dia turut bangun sebelum mendekati Laila.

"Kita kena gerak cepat!" lengan Laila ditarik laju. Tidak menghiraukan Laila yang sudah menjerit sakit menyuruhnya untuk melepaskan pegangan, dia mengheret gadis itu dengan langkah yang laju. Sambil itu matanya melilau ke sekeliling. Risau jikalau bukan mereka sahaja yang berada di situ.

"Hei, Haura! You heret tangan I ni sakitlah! I penat-penat pakai losyen setiap pagi!" marah Laila sambil menarik-narik lengannya kembali.

"Dalam keadaan macam ni pun kau boleh cakap macam tu? Nak mampus ke?" rasa nak hempuk sahaja kepala Laila saat itu. Minah ni tak reti fikir nyawa ke? Buatnya tak kena tembak, silap-silap ada sekumpulan samseng tengah menunggu mereka.

Laila merengus kecil apabila lengannya masih lagi tidak dibebaskan. "I tahulah! Tak ada masanya I nak mampus awal! Tak ke nanti meraung mummy I kalau I lepak underground nanti?" wajah Haura di hadapan dijeling sekilas.

"Dah tu? Kau fikir lengan kau ke nyawa kau? Kalau tak kena tembak, aku boleh tolong campak kau ke laut. Nak?" tak pasal-pasal mereka kembali bertengkar mulut.

"You ni kerja memang menyakitkan hati orang, kan?" Laila tidak mahu mengalah. Dibalas semula kata-kata Haura sambil diheret oleh gadis itu.

"Engkau tu yang mulut selalu cari–"

BUM!

Sepi. Suasana bertukar hening serta-merta. Kaki Haura yang daripada tadi melangkah untuk keluar dari kawasan lorong ini terhenti. Terasa langkahnya dibekukan apabila melihat satu susuk yang sedang berdiri di hadapan mereka berdua.

Laila juga tidak ketinggalan untuk tergamam. Apatah lagi saat susuk tubuh itu baru sahaja terjun menapakkan kakinya di hadapan mereka. Aksi tersebut berjaya menghasilkan satu dentuman yang kuat. Itu bermakna pemilik susuk tubuh di hadapan mereka itu hanya memerhati mereka dari tingkat atas. Ataupun mungkin.. bumbung?

Matanya secara tidak sengaja melorot ke arah tangan yang bersarung tangan hitam. Air liur ditelan kesat melihat sepucuk pistol elok dipegang orang itu.

"Haura.." seperti tadi, Laila merapati tubuhnya ke arah Haura yang masih terkaku. Bagus. Tadi bukan main lawan mulut tiba-tiba jadi pengecut.

His RulesWhere stories live. Discover now