Bab 9

219 42 4
                                    

PINNNNN!!!

Bingit telinga Haura apabila Kai daripada tadi asyik menekan hon keretanya. Sudahnya dia menepuk kuat belakang kepala Kai  sehingga lelaki itu berhenti menekan hon.

"Senyap, gila! Kau ni tak reti bersabar ke?!" tengking Haura. Bukan apa, malulah juga dia dengan beberapa orang yang berada berdekatan dengan rumah banglo keluarga Lydia ini. Bukannya dia tidak nampak mereka mencuri pandang ke arah kereta ini.

Kai mencebik bibir. Dia mengeluarkan music player dari dalam poket seluar sebelum dipasangkan earphone. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi pemandu sebelum memejamkan matanya menikmati lagu yang berdendang.

Haura memandangnya tak berkalih. "Music player? Zaman bila ni.." bisiknya perlahan.

"Suka hati akulah nak dengar pakai apa pun," tersentak Haura saat suara Kai membalas bisikannya. Cis. Lelaki ini dengar rupanya.

Tak endahkan rakannya itu, Haura menilik jam tangannya. Pukul 8.13 pagi. Eish. Mana Lydia ni? Kelas mereka dah lah mula pukul 8.30 pagi. Mujurlah jarak rumah Lydia dengan kampus tak terlalu jauh berbanding rumah dia dan Kai. Kalau tak memang Sir Mahmud membebel lagi.

Sudahnya dia mengeluarkan telefonnya sebelum aplikasi Instagram dibuka. Sakan dia like dan scroll habis di aplikasi itu. Sedang masing-masing sibuk dengan dunia sendiri, tiba-tiba pintu kereta bahagian belakang dibuka menyedarkan mereka kembali.

Haura dan serentak menoleh ke belakang.

"Astaghfirullah–" beristighfar terus Kai dibuatnya melihat wajah Lydia ketika itu. Haura juga turut tergamam melihat raut wajah rakan baiknya.

"Engkau dah kenapa muka serupa kak ponti?! Kau okay tak ni?!" soal Haura yang masih terkejut. Manakan tidak, wajah Lydia saat itu tidak bersolek langsung. Pucat serupa hilang darah. Mata gadis itu turut kuyu seperti tidak cukup tidur. Bawah mata gadis itu bengkak.

Lydia mengangguk perlahan. "Gerak je lah.." ujarnya dengan suara yang serak.

"Kepala hotak kau gerak dengan keadaan kau macam ni. Eh Haura, kau settle jap member kau ni," arah Kai dan dituruti oleh Haura. Selamba sahaja gadis itu melompat dari seat penumpang hadapan ke seat belakang. Pipi Lydia ditekup.

"Kau ni asal? Ada masalah ke? Cuba bagitahu sikit," Lydia dah tersebik mendengar kata-kata Haura. Perlahan, air matanya mengalir.

"What the.." tercengang Haura dan Kai dibuatnya.

"Z-zahin.." perlahan suara Lydia saat itu. Mendengar nama itu disebut, riak wajah Haura berubah tegang. Apa pula yang jantan ni buat dekat kawan baiknya?!

"Dia buat apa dekat kau?" soal Haura dengan nada prihatin. Risau tengok rakannya yang serupa orang depression saat itu.

"Dia..dia..call parents aku semalam. Katanya kami dah putus tunang," bergetar bibir Lydia menceritakan hal itu.

"Really? Tak seriuslah memang dah putus?"

Melihat anggukan Lydia, Haura menghela nafas perlahan. "Pagi semalam. Tiba-tiba Zahin ajak jumpa family dia bincang hal ini. And yeah, putus tunang.." Lydia sedut hingusnya.

Suasana menjadi sepi seketika.

"Lah gitu je putus?" suara Kai memecahkan suasana yang hening itu. Lantas sahaja Haura jelingnya tajam. Mamat ni tak reti jaga mulut ke?

"Macam tu ajelah! Zahin tu ambil mudah sangat! Tak reti jaga hati aku langsung! Argh jantan tak guna! Kau pun sama!" tak semena-mena rambut Kai ditarik sekuat hati oleh Lydia. Habis menjerit kesakitan lelaki itu dibuatnya saat merasakan kulit kepalanya seperti mahu tercabut.

His RulesWhere stories live. Discover now