Bab 5

299 56 0
                                    

"TERIMA kasih," ucap Haura setelah pinggan yang dipenuhi dengan sotong bakar itu dihidangkan di atas meja. Kash juga turut berbuat demikian.

Haura mencapai garpu yang berada di sisi pinggan sebelum menoleh ke arah Adam yang sedang bermain telefon di sebelah. Sedari tadi lelaki itu hanya diam sahaja. Bahkan, tidak melanggan apa-apa makanan pun. Hanya gelas yang berisi air kosong sejuk sahaja yang berada di atas meja.

"Abang Adam tak order makanan?" soal Haura sebekum menyisip sedikit air di dalam gelas.

"Tak. Masih kenyang," jawab Adam.

Kash jeling anak matanya mendengar jawapan tersebut. "Kenyang hotak dia. Dah alergik tu alergik lah," ujarnya sinis.

Terus Adam memberikan satu renungan maut kepadanya. Haura pula memandang Adam hairan.

"Abang Adam alergik? Habis kenapa ajak makan dah sini?" soal Haura bingung. Dah sah-sah restoran ini cuma menyajikan makanan laut sahaja.

"Saja," jawab Adam lagi sebelum tawa kecil terletus. Kash dan Haura memandang ke arah lelaki itu sebelum berpandangan satu sama lain.

"Haura jangan layan si Adam ni. Kadang dia pun macam abang, terencat sikit," selamba Kash berkata sebelum menyuap sotong bakar ke dalam mulut.

"Apa-apa ajelah," gumam Adam, malas mahu melayan kata-kata rakannya. Sebaliknya, dia hanya membuang pandangan ke arah luar. Untung sahaja meja yang dipilih oleh Kash terletak bersebelahan dengan dinding kaca. Jadi dia boleh melihat pemandangan luar dari dalam restoran ini.

Eh?

Dahinya sedikit berkerut apabila matanya tertumpu pada dua buah kereta hitam yang berada di luar bangunan. Macam dia kenal sahaja kereta-kereta tersebut.

Tiba-tiba keluar seorang lelaki yang memakai t-shirt putih dan jaket kulit berwarna hitam dari salah sebuah kereta tersebut. Wajahnya tidak terlalu kelihatan memandangkan dia memakai topi yang menutupi dahinya.

Tanpa diduga, lelaki tersebut mendongakkan wajahnya sehingga sepasang matanya itu bertembung dengan mata Adam yang berada di dalam restoran.

Kemudian, lelaki itu mengangkat sebelah tangannya sebelum dilambai ke arah Adam. Terdapat satu sengihan terukir pada bibir sang jejaka.

Terangkat kening sebelah Adam melihat gelagat lelaki itu. Tanpa menghiraukannya, dia kembali memandang ke arah dua orang yang sedang bersama dengannya di meja makan itu. Kenal sangat dia dengan lelaki itu.

Muaz.

Malas Adam nak melayan. Rasanya dia pun baru sahaja gerak daripada ibu pejabat polis tak sampai sejam lagi. Tiba-tiba dah standby dua kereta kat luar bangunan.

"Haura nak pergi tandas sekejap," kata Haura sebelum bangun dari kerusi. Dia kelihatan tergesa-gesa membuka beg tangannya apabila telefon miliknya berdering tidak berhenti.

"Okay," Kash hanya mengangguk. Lantas gadis itu berlalu pergi ke arah tandas yang terdapat dalam restoran itu.

Masuk sahaja tandas, Haura terus menutup pintu sebelum telefonnya diangkat. Ingin melihat nama si pemanggil.

Lydia is calling..

Lihat sahaja nama itu, Haura buat muka menyampah. Minah ni kalau sehari tak call dia lebih tiga kali memang tak sah.

Bukan apa, waktu awal pagi dalam pukul 5 tu si Lydia pergi call dia kata pagi ini dia ada date dengan buah hatinya. Sewaktu dalam kereta Luth tadi pun gadis itu membuat panggilan dengannya. Terketar-ketar tangan Haura nak angkat apabila Luth sudah memberikannya jelingan membunuh. Sudahnya dia decline dahulu panggilan tersebut. Tak berani ingin menjawab. Silap haribulan ada yang tercampak keluar tingkap nanti.

His RulesWhere stories live. Discover now