Bab 7

243 47 11
                                    

"AKU TAK TAHU! SUMPAH!"

"Kau ingat kami bodoh ke hah?!"

BAMMM!!

Menggigil badan Hadhif apabila inspektor menghentam penumbuknya pada dinding sebelahnya. Dia kini telah berjaya dibawa bertenang sebelum didudukkan di atas kerusi setelah dia hilang kawalan menyerang dua orang anggota polis yang bertugas menyiasatnya dek kerana ketakutan yang melampau. Gila! Dia tidak mahu masuk penjara!

"Inspektor," tegur Adam setelah melihat inspektor itu seperti mahu belasah Hadhif. Risau mati je orang tu sia-sia dibawa ke bilik siasatan.

Inspektor itu merengus kasar sebelum bertindak menjauhi Hadhif. Takut dia pula yang hilang kawalan sekejap lagi lebih baik dia tenangkan diri dahulu.

Adam menghembus nafas perlahan sebelum mendekati meja siasatan itu. Sebuah kerusi ditarik lalu dia duduk berhadapan dengan Hadhif yang sedang ketakutan dengan perbuatan inspektor tadi. Yalah, inspektor tu seorang yang ramah dan baik hati tiba-tiba bertukar jadi singa garang. Mahunya tak kecut perut.

"Berapa banyak?" itu soalan pertama Adam kepada Hadhif membuatkan lelaki itu sedikit tersentak. Wajah Adam dipandang dengan riak wajah yang jelas tergamam.

"Ma-maksud kau?" soalnya terputus-putus. Adam menyungging senyuman senget.

"Telinga aku tak pernah salah dengar setiap kata-kata mahupun perbualan. Apatah lagi perbualan kau dengan orang tu dekat restoran tadi. Dia bayar kau, bukan? How much?"

"Kenapa kau perlu tahu?!" tengking Hadhif.

"Oh, jadi betullah dia bayar kau. Hm, mesti banyakkan dia sampai kau sanggup jadi kambing hitam? Tapi tak mengapa, yang itu kita cakap sekejap lagi. Muaz, give me the papers," Muaz yang setia berdiri di belakang Adam terus menghulurkan semua helaian kertas kepada Adam. Adam menyambut hukuran kertas tersebut sebelum dibelek satu-persatu. Kemudian, dia menyusun kertas tersebut di hadapam Hadhif.

"This five pictures, it is you right?" Adam menunjuk ke arah lima helai kertas yang menunjukkan gambar daripada rakaman CCTV.

Hadhif terkaku melihat dirinya sendiri di setiap gambar tersebut. Adam memandang kosong ke arahnya sebelum menatap kembali ke arah lima keping gambar itu.

"Hari Jumaat, hari yang sama pembunuhan Julia Marissa berlaku. Pembunuhan berlaku pada pukul 2.45 pagi. Surat kau ditemui dalam pukul 2 petang dan terdapat cap jari milik kau di situ. Rakaman CCTV ni pula ditangkap pada pukul 1 petang. Semua ini berlaku dalam masa satu hari sahaja," ujar Adam panjang lebar tanpa memandang Hadhif.

"Pihak polis jaga kawasan pembunuhan tu dari pukul 8 pagi lagi. Bermaksud, kau ada curi-curi masuk kawasan tu dan letakkan surat tersebut di atas tangga mungkin dalam pukul 11 ataupun 12 tengah hari. Sementara shift kerja kau pada hari Jumaat adalah pada pukul 1.30 petang,"

Adam menarik nafas sejenak.

"Sebelum ini kau menganggur. Tak ada pekerjaan tetap. Bila kau buat benda ni semua, kau cuba fikir inisiatif supaya pihak polis tak nampak kau sebagai suspek utama jadi kau cuba mencari pekerjaan tetap di sebuah restoran di Pavilion. Kau fikir bila kau dah ada pekerjaan, kau boleh kaburkan mata pihak polis tapi sangkaan kau salah. Pihak polis tak sebodoh tu. Lima gambar ni dah buktikan segalanya,"

Lima keping gambar itu kembali disusun sebelum diserahkan semula kepada Muaz di belakangnya.

"Betul apa yang kau cakap dekat orang tu. Duit yang dia beri cukup tapi tak terlalu cukup untuk sembunyikan bahan bukti. Pasal cap jari kau dekat surat tu, aku rasa kau memang tak arif pasal benda macam ni. Kau sepatutnya pakai gloves sewaktu letak surat tu. Barulah tak kantoi," Adam berkata tenang.

His RulesWhere stories live. Discover now