Bab 13

232 40 6
                                    

ADAM menapak ke dalam satu ruangan di pejabat polis. Terdapat beberapa lokap yang sederhana pada setiap hujung ruangan. Namun, hanya ada sebuah lokap sahaja yang berpenghuni. Jelas menunjukkan diri si suspek masih berada di dalam penyiasatan.

"Hadhif," Adam bersuara tegas. Dia berdiri di hadapan sel yang dihuni oleh Hadhif. Suspek utama dalam kes pembunuhan Julia Marissa. Dia memasukkan tangan kirinya ke dalam poket seluar sementara tangan kanannya ditahan pada sel besi.

Dia hanya berpakaian t-shirt biru navy beserta seluar slack sahaja. Sungguh santai. Heh, santai-santai pun dia baru lepas selesaikan satu kes rompakan. Siap ada kejadian tembak-menembak lagi. Mujurlah dia tidak ada sebarang kecederaan.

Tapi sebaliknya, inspektor pula yang kena. Haih. Tak memasal nak kena jenguk mamat ni sorang-sorang.

"Kau.." Hadhif mengecilkan anak matanya. Cuba untuk mengingati gerangan yang berdiri di hadapan selnya saat ini.

Seketika, dia teringat terus. Matanya sedikit membukat. Rahangnya dikertap kuat.

Adam yang melihat reaksi Hadhif menyungging senyuman senget. Dah lama tak lawat mamat ni. Habis hilang memori dengan dia. Heh.

"Tak perlu nak terkejut. Meh sini datang dekat sini dengan aku," Adam bersuara sinis. Dia membuat isyarat supaya lelaki itu mendekatinya di antara sel besi yang memisahkan mereka.

"Apa yang kau–"

"Kau tak faham ke? Aku cakap sini, datang sini lah!"

BAM! Habis sel besi itu ditumbuk kuat. Mujur tak patah aje. Kakau tak esok memang kecoh kes suspek terdakwa lari melarikan diri.

Hadhif telan liurnya sendiri. Gerun melihat wajah Adam yang dingin dan tegang itu. Perlahan-lahan dia melangkah juga mendekati si detektif itu.

Adam menarik hujung bibirnya, lucu melihat wajah takut si suspek. Elok sahaja Hadhif sampai di hadapannya, dia terus mencekak kolar baju lelaki itu sehingga tubuh hadapannya terhentam pada sel besi.

BAK!

"ARGH! SHIT! APA MASALAH KAU NI!" menjerit Hadhif apabila tubuhnya terhempas pada sel besi. Sedang dia menahan sakit, Adam mencengkam kuat kolarnya sehingga membuatkannya hampir terjerut.

"K–kau..! Le.. lepas!" hampir hilang nafas Hadhif. Terasa salur pernafasannya tersangkut ketat. Melihat lelaki itu sudah mula kehilangan nafas, Adam melepaskan cengkaman pada kolar Hadhif. Kalau dibiarkan, silap-silap dia pula ke tali gantung disebabkan tuduhan membunuh suspek.

Hadhif menghembus nafas lega. Namun tidak lama kemudian, bahunya ditarik dan sekali lagi, tubuhnya terhentak pada jejari sel besi itu. Lelaki itu memejamkan matanya menahan kesakitan buat kali kedua.

"Apa maksud hint tu?" Adam menyoal tegas. Nada dinginnya menyebabkan Hadhif menggigil ketakutan. Dia menggenggam tangan Adam yang kini mencengkam kuat bahunya.

"Beritahu aku!" Adam menguatkan lagi cengkaman apabila Hadhif tak bersuara.

"H–hint apa kau merepek ni?" suara Hadhif tersekat-sekat. Adam merengus kasar. Buat-buat tanya pula!

BAM!

"Argh!" sekali lagi Hadhif meraung kesakitan. Terasa batang hidungnya kebas berpijar. Tak guna punya polis. Perangai serupa penyangak! Tak memasal wajahnya dihempas pada sel besi lagi.

Wajah Adam tenang memandang Hadhif yang sedang mengusap hidungnya sendiri. "Sekarang, kau nak beritahu ke tak?" soalnya lalu melepaskan cengkamannya pada bahu Hadhif dan dibawa bersilang pada tubuh.

His RulesWhere stories live. Discover now