Bab 19

195 28 0
                                    

"KAMI tak kata yang pelajar itu bersalah. Kami hanya menahan dia sebagai suspek sahaja kerana hanya cap jari dia sahaja yang terdapat pada botol air–"

"Ah tak ada! Dia yang bubuh racun dalam air isteri aku!"

"Encik Jauhar, kan kami sudah beritahu bahawa pelajar itu tidak–"

"Tak bersalah? Habis kenapa ada cap jari dia?"

"Encik bukan dah tengok ke rakaman tu? Takkan masih bertanya?"

"See? Jelas terbukti budak tu yang letak racun."

Kyle mengurut pelipisnya perlahan beserta keluhan berat meniti bibir. Dia sudahlah baru tiba semula ke hospital ini. Kusut kepalanya bercakap dengan orang keras kepala seperti Encik Jauhar ini. Dia sudah cuba untuk menerangkan situasi sebenar namun lelaki itu tetap berkeras. Nak buat lebih-lebih kang risau nanti elok laki bini terbaring kaku dalam bilik forensik aje.

"Budak tu dah sampai." suara salah seorang pegawai yang ada membuatkan masing-masing menoleh ke arah pintu utama.

Encik Jauhar yang melihat kelibat seorang lelaki muda yang digari, mengetap giginya kuat. Dia segera bangun sebelum meluru ke arah pemuda tersebut.

BUK!

"Encik!" Kyle segera meluru ke arah Encik Jauhar sebelum ditarik bahu lelaki itu kasar.

"Hoi lepaslah!" gertak Encik Jauhar sambil cuba melepaskan pegangan Kyle pada bahunya.

"Encik! Encik buat apa ni?" bisik Kyle kasar. Dia tarik kuat tubuh Encik Jauhar menjauhi lelaki muda tersebut.

Encik Jauhar merengus kasar. Matanya merenung tajam ke arah lelaki yang sedang menunduk merenung lantai. Baju lengannya disinsing dengan riak bengis.

"Asal budak ni tak mampus lagi kat tali gantung?" soalnya berang kepada salah seorang anggota polis yang berada di belakang lelaki tersebut.

Kyle picit dahi. Stress!

"Encik, kami tak boleh kenakan apa-apa tindakan kepada–"

"Kalau kau tak boleh, aku boleh!" potong Encik Jauhar laju.

Kyle jeling sekilas rakan sekerjanya itu. Boleh nampak anggota polis tersebut mengetap rahangnya menahan geram apabila bicaranya dipotong.

"Apa nama kau?" entah sejak bila Encik Jauhar hilang dari sisinya dan kembali menuju ke arah lelaki muda itu.

"Ss–sa... saya–Rifqi.." gugup lelaki muda itu menjawab. Riak wajahnya yang pucat lesu menunjukkan betapa takutnya dia berhadapan dengan Encik Jauhar tika itu. Sudahlah baru dapat penumbuk sebiji. Tahan ajelah sakit memandangkan tangannya sedang digari.

"Kenapa kau buat isteri aku macam tu?"

Laju Rifqi menggeleng. "Tak! B–bukan saya! Sumpah! Saya tak buat apa-apa pun!" nafinya dengan wajah pucat. Gerun apabila dituduh begitu.

"Habis tu? Kenapa kau yang ditangkap?" mendengar soalan itu, salah seorang pegawai polis yang berada di belakang Rifqi, bersuara.

"Encik, jikalau kami telah menangkap pesalah sebenar,  maka Rifqi akan dilepaskan." jawabnya membuatkan Encik Jauhar memandangnya tajam.

"Ada aku tanya kau?" lantas pegawai polis tersebut terdiam. Namun dari riak wajahnya, sudah jelas ingin membelasah lelaki tua tersebut.

Kyle lantas bersuara. "Encik, encik yakin ke nak bawa kes ini ke mahkamah? Kes ini belum selesai lagi." dia menyoal lelaki tua tersebut.

Encik Jauhar mengangguk penuh angkuh. "Aku nakkan keadilan atas kematian isteri aku," ucapnya sambil memeluk tubuh.

"Keadilan jadah kau. Kes pun tak settle lagi." itu bisikan yang Kyle dapat dengar daripada salah seorang anggota di situ.

His RulesWhere stories live. Discover now