Bab 18

152 31 5
                                    

sendunya story ni. XD. teringin nak ramai komen tapi masing ii pakat view and vote aje. yang komen ii pun bab awal aje but its okay as long as u guys support me <3

"MAMA, mana papa? Tak nampak pun pagi ni," tegur Haura kepada Puan Maria yang sedang menyelak majalah fesyen di ruang tamu. Hari ini dia akan bertolak kembali ke kampus namun kelibat Tuan Irsyad masih lagi tidak kelihatan.

"Oh, papa kamu.." riak Puan Maria sedikit berubah sayu. "Papa kamu.. dia.. erm, tengah sakit. Katanya sakit perut semalam. Tak tahulah kenapa. Terkena food poisoning kut," rasa bersalah Puan Maria berkata.

"Food poisoning? Macam mana boleh kena?" terperanjat Haura mendengar khabar tersebut. Rasanya petang semalam Tuan Irsyad pulang elok sahaja papanya sihat walafiat. Pagi-pagi ni dah kiok pula.

"Mama pun tak tahu. Tersalah makan agaknya,"

"Dear!" suara Tuan Irsyad memanggil dari dalam bilik di tingkat atas. Puan Maria terus bangkit dari sofa.

"Yes honey!" sahut wanita itu sebelum menapak ke arah bilik tidurnya. Namun Haura pantas menghalang.

"Mama! Habis tu Haura nak pergi kampus dengan siapa?" soalnya tak puas hati.

"Abang Luth kamu kan ada. Nanti dia turunlah tu. Dah tepi, papa nak perhatian mama ni," terus Puan Maria tolak tubuh Haura ke tepi. Tercengang habis anak gadisnya itu.

What? Eiii ni tak suka ni jadi single! Tunggulah bila dia dah kahwin nanti memang kawkaw dia tayang depan mamanya. Huh!

"Kau buat apa tercegat kat depan ni? Jom," entah sejak bila Luth Razzel berada di belakangnya pun dia tak sedar. Mereka berdua berjalan ke arah perkarangan rumah dan menuju ke kereta milik Luth.

"Abang Kash dah keluar ke? Dia pergi mana?" soal Haura tatkala menyedari ketiadaan kereta Kash.

Luth mengangkat bahu. "Entah. Katanya jumpa Darwish kat hospital, nak bagi bekal," dia membalas semula setelah mengingati apa yang dikatakan Kash kepadanya pagi tadi.

"Aku nak siapkan Darwish bekal sebagai tanda kasih sayang daripada seorang adik kepada abangnya,"

Entah demam ke tak budak tu tiba-tiba nak kasi orang makan bekal. Tak pernah lagi si Kash masuk tempat kerja orang buat macam tu. Kena rasuk kut pagi tadi.

Manakala Haura sudah terlongo. Bukan apa tetapi jarang waktu pagi dia mendengar Luth berkata lebih daripada lima patah perkataan dalam satu ayat. Dia turut menyedari bahawa pemakaian abang sulungnya pagi ini berlainan dengan waktu kerjanya. Pagi ini Luth hanya memakai kemeja maroon dan seluar slek. Tiada apa-apa kot yang tersarung pada tubuhnya mahupun tali leher. Tangannya juga kosong tanpa briefcase.

"Abang tak datang kerja ke pagi ni?" soal Haura sambil melangkah memasuki perut kereta milik Luth.

"Sekejap aje. Lunch balik," senada Luth menjawab.

"Kenapa?"

"Sakit kepala," balasan Luth membuatkan Haura memandangnya hairan.

"Sakit kepala sebab apa?"

Luth hanya mengangkat bahu, tidak menjawab soalan itu. Lebih tepatnya, malas mahu membuka mulut. Dia terus menghidupkan enjin kereta itu. Langsung tidak menghiraukan Haura yang sudah memandangnya dengan riak geram.

Haura mendengus kecil. Tubuhnya dipeluk lalu disandarkan pada kerusi penumpang yang empuk itu. Sudahnya perjalanan mereka hanya ditemani dengan kesunyian sahaja.












His RulesWhere stories live. Discover now