"Hah Hah" Afia mengatur nafasnya. Peluh yang menitis di dahinya diseka perlahan.
Afia masih terperanjat. Apa yang dilihat diluar tadi sungguh membuatkan dia takut.
"You ni kenapa? Muka pucat, macam baru nampak hantu." Kata Nufail yang sedang duduk di sofa itu. Dia yang sedang duduk santai hairan dengan adiknya yang masuk ke rumah seperti tergesa-gesa.
Beg bagasinya diletakkan di tepi pintu. Afia mengambil tempat duduk di sisi Nufail.
"Nuf, tadi aku nampak something kat pokok pisang" Kata Afia. Matanya tidak salah lihat, memang lembaga hitam itu ada sebalik pokok pisang.
"Serious lah? You nampak apa?" Tanya Nufail. Dia menegakkan badannya, fokus dengan perkataan Afia.
"Aku nampak lembaga hitam Nuf"
"Kat mana?" Tanya Nufail lagi. Tidak pernah lagi dia melihat hantu. Sesekali, dia mahu melihat makhluk hodoh itu secara langsung.
"Kat pokok pisang belakang rumah"
Nufail bangun dari duduknya lalu pergi ke arah jendela. Badannya di sengetkan sedikit untuk melihat kawasan belakang rumah. Deretan pokok pisang dilihatnya teliti.
"Takde pon, Pia. You tipu I eh?" Kata Nufail. Dia berasa dirinya sedang dipermainkan. Dia menyambung melihat-lihat di pokok pisang tetapi tiada satu pun makhluk yang menangkap di penglihatannya.
Afia sudah menepuk dahinya. Tidak sangka seberani itu Nufail.
"Korang buat ape tu?" Sergah Miza.
Serentak Afia dan Nufail memalingkan wajahnya melihat Miza yang baru sahaja datang dari dapur.
"Ni ha, Pia kata dia ada nampak lembaga hitam kat pokok pisang" Kata Nufail sambil menghalakan jarinya ke arah kawasan belakang rumah.
Miza tergelak besar.
"Hahaha, mana ada hantu petang-petang. Mau terbakar diorang kene panas-panas gini." Kata Miza.
Kata-kata dari mulut Nufail sebentar tadi membuatkan perut Miza gatal-gatal seperti di geletek. Miza dan Nufail sama-sama mentertawakan Afia. Dua orang lelaki itu, menekan perut masing-masing. Tidak tahan dengan jenaka itu.
"Lantak korang lah nak percaya ke tak, janji aku nampak tadi betul" Kata Afia sambil menayangkan muka menyampah. Sebab itu, Afia malas mahu mengkongsi masalahnya kepada dua orang abangnya itu kerana akhirnya dia akan ditertawakan.
Tiba-tiba, Nufail dan Miza memberhentikan ketawa mereka kerana melihat kedatangan ketiga-tiga orang dewasa itu di ruang tamu.
"Kami balik dulu ye, Mak. Maaf tak boleh lama lagi kat sini, Mail dan Ros nak kemas barang sebab lusa dah nak terbang dah pergi Australia." Kata Encik Ismail.
"Yelah, hati-hati" Kata Mak Melah.
Encik Ismail dan Puan Rosnah menyalam tangan wanita tua itu. Kemudian pasangan suami isteri itu bergerak mendapatkan anak-anaknya.
"Papa dan mama balik dulu ye. Ingat pesan mama tadi masa dalam kereta. Kamu dengar tak Miza, Nufail, Afia?" Kata Puan Rosnah sambil tangannya mengusap-usap wajah ketiga-tiga anak semata wayangnya.
"Ye mama, kami dengar" Jawab mereka bertiga serentak. Sudah seperti pergi berkawad pula.
Kemudian, Puan Rosnah beranjak ke belakang sedikit memberi ruang kepada suaminya pula untuk berpamitan.
"Miza dan Nufail jaga Afia baik-baik dan jangan lupa jaga diri masing-masing. Kalau apa-apa jadi, call papa terus." Pesan Encik Ismail lantas memeluk anaknya satu persatu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Misteri: Mawar
HorrorTiga orang kembar yang terpaksa duduk di kampung. Penempatan mereka di kampung itu membongkar rahsia seorang gadis misteri. "Peliknya perempuan tu" - NUFAIL AISAR "Cantiknya" - MIZA AHWAZ "Nama awak apa?" AFIA ADRIANA Tidak disangka perkenalan merek...