GMM | Prolog

256 6 0
                                    

───※ ·❆· ※───

Suasana di ruang tamu itu sunyi seketika. Keluarga itu berkumpul di ruang tamu kerana terdapat pengumuman yang hendak di katakan oleh lelaki berumur 40-an itu.

Ketiga adik beradik itu kelihatan resah.

"Minggu depan papa dan mama perlu pergi ke Australia untuk uruskan syarikat. Syarikat papa ada masalah sikit kat sana. Tak tahu ambil masa beberapa lama, tapi papa akan hantar korang duduk di kampung buat sementara waktu. Boleh nenek tengok kan korang bertiga" Ujar Encik Ismail.

Terbuntang mata mereka bertiga apabila mendengar tutur kata dari ayahnya.

"What?! Miza tak nak pa, kami boleh je duduk bertiga kat rumah ni." Kata Miza Ahwaz. Lelaki berbadan sasa itu menentang percakapan ayahnya.
Dia merupakan kembar pertama keluar dahulu dari perut ibunya.

"Betul tu pa, we can take care of ourselves." Kata Nufail Aisar pula menyokong Miza. Lelaki yang berwatakan lembut itu pula kembar yang kedua.

Afia Adriana pula hanya diam membisu tidak tahu merespon apa. Gadis itu pula ialah kembar yang terakhir keluar dari perut ibunya.

Kelahiran masing-masing, berjarak 1 minit. Mereka bertiga dilahirkan melalui pembedahan. Kata Ibu, mereka bertiga hampir tidak boleh diselamatkan disebabkan ada masalah pada uterus ibunya. Jadi, mereka harus dikeluarkan melalui pembedahan.

"Weh, Pia kau cakaplah sekali. Sokong kami ni." Kata Miza berbisik sambil menyiku lengan Afia.

Afia yang masih terkejut itu tidak menghiraukan Miza. Dia sedang di dalam fikirannya. Macam mana dengan sekolah? Kawan? Oyen?

Miza yang tidak mendapat respon dari adiknya itu mendengus kecil.

"Keputusan papa dah muktamad. Lagipun, papa dan mama risau takde orang tengok-tengok kan kamu bertiga" Ujar Encik Ismail lagi.

"What if papa upah babysitter untuk jaga kami. Asalkan Nufail tak nak duduk kampung." Nufail memberi cadangan. Dia sanggup di jaga seperti anak kecil oleh sesiapa, asalkan tidak duduk di kampung.

"Tak boleh, papa tak percaya orang luar." Bantah Encik Ismail. Lagi risau lelaki dewasa itu jika orang yang tidak di kenali menjaga anak-anak nya. Sejak akhir-akhir ini kes penderaan ke atas golongan remaja sudah meningkat.

"Tapi why kampung? Nufail tak suka lah duduk kampung." Kata Nufail sambil menayangkan muka tak suka.

"Kampung best apa. Ada kolam mandi." Kata Encik Ismail. Kolam mandi yang dikatakan ialah parit di tepi rumah neneknya. Ceh itu bukan kolam!

"Pa, situ takda line lah pa..macam mana Miza nak main game. Mesti bosan nanti" Kata Miza pula. Dia tidak boleh membayangkan hidupnya tanpa bermain Mobile Legends.

"Alah, kamu nanti duduk situ..lupa dah dengan game-game ni."

Miza mengeluh kecil. Tidak berguna membantah percakapan ayahnya.

"Afia, kamu okey tak? Dari tadi senyap je anak papa ni." Ujar Encik Ismail. Dari tadi dia melihat anak perempuannya itu senyap, timbul kerisauan di benak lelaki dewasa itu.

"Ha, ye okay pa." Jawab Afia perlahan. Dia tiada semangat. Macam mana dengan kucing kesayangannya?

"Afia risau pasal Oyen ye? Takpe nanti papa suruh Abang Zack jagakan." Pujuk Encik Ismail

Walaupun Afia tidak bersetuju, tetapi dia tahu kalau dibantah hasilnya tetap sama.

"Esok, kita bergerak balik kampung." Kata Encik Ismail lagi membuatkan mereka bertiga bertambah terkejut.

"What awalnya! Tak sempat nak say goodbye dulu kat kawan mekap Nufail." Lelaki lembut itu memang suka dengan perhiasan muka. Dia juga mempunyai kelab khas untuk bermekap.

"Alah..kan sekarang zaman canggih, kamu video call je lah."

Video call saja tidak cukup. Nufail perlu membuat parti perpisahan dahulu.

"Dah, sekarang pergi naik atas kemas baju. Lepastu tidur awal." Kata Encik Ismail sebelum bergerak menaiki anak tangga bersama-sama dengan isterinya, Puan Rosnah menuju ke bilik tidur.

Meninggalkan mereka yang masih tidak boleh menerima keputusan ayahnya.

"Ahhh, I tak sukalah duduk kampung..dahlah nenek garang." Keluh Nufail lagi. Ada sekali itu, dia pernah di ceramahi oleh neneknya kerana bermain masak-masak dengan budak perempuan. Katanya, masak-masak itu, mainan orang perempuan. Lelaki sepertinya haruslah bermain bola sepak, barulah seperti layaknya lelaki sejati. Masalahnya, sekarang Nufail tidak suka bermain bola kerana dia itu memang tidak suka dengan aktiviti lasak.

"Nak buat macam mana Nuf, kita tak boleh buat apa. Kita ikut jelah cakap papa." Kata Miza. Dia juga tidak bersetuju pada mulanya tetapi sebagai abang dia haruslah bersikap matang, mesti ada hikmah disebalik semua ini.

"Weh Pia, you ni dari tadi senyap je. You kenapa?" Tegur Nufail.

"Ha? Takde apalah" Jawab Afia.

"Takde apa, takde apa. Kita ni kembar tau, ingat I tak tau, you mesti fikir pasal Oyen kan?" Nufail tahu saja apa yang ada di dalam fikiran Afia.

Dengar sahaja Nufail bercakap tentang kucing kesayangannya itu, Afia terus berasa murung.

"Alah, Pia jangan risau..Abang Zack mesti akan jaga baik-baik punyelah" Kata Miza meyakinkan adiknya. Bahu Afia di tepuk perlahan, cuba untuk memujuknya.

Afia hanya mengangguk lemah.

Malam itu, mereka mengemas baju bersama-sama dengan perasaan marah dan sedih. Marah kerana harus tinggal di kampung. Sedih kerana harus meninggalkan bandar yang di sayangi mereka.

───※ ·❆· ※───

⎯⎯ ୨ Note ୧ ⎯⎯

Tema: Seram, Fiksyen Remaja

︶︶︶︶

Gadis Misteri: Mawar Where stories live. Discover now