GMM | Bab 1

149 7 0
                                    

───※ ·❆· ※───

Kelihatan pokok-pokok hutan bertebaran di sekeliling mereka, menandakan yang mereka sudah memasuki kawasan kampung.

Sejak dari rumah tadi, mereka bertiga tidak banyak bercakap kerana masing sedang tiada mood. Kalau di tanya oleh ibu bapanya, hanya di jawab acuh tak acuh sahaja.

"Nanti dah duduk rumah nenek, jaga perangai, jaga iman dan jaga solat. Lastly, jaga nenek ye." Pesan Puan Rosnah. Walaupun anaknya tidak merespon tetapi dia tahu ketiga orang kembar itu pasti akan mendengar pertuturan ibunya.

Di hadapan mereka terdapat simpang yang menghalakan mereka ke empat lorong kecil. Setiap lorong kecil mempunyai papan tandanya sendiri. Kereta Proton Exora Encik Ismail memasuki ke lorong yang papan tandanya bernama 'Jalan Bukit Putih' di mana rumah nenek berada.

Badan mereka sedikit bergoncang dek kerana jalannya yang tidak rata asbab menggunakan batu kerikil. Kiri dan kanan mereka pula, dipenuhi dengan bendang Sawah padi.

Kereta itu berhenti di hadapan sebuah rumah kayu. Encik Ismail, mematikan enjin kenderaan. Kemudian lelaki umur paruh baya dan isterinya keluar dari keretanya. Mereka bertiga juga turut keluar bersama-sama.

"Assalamualaikum"

Sudah 3 kali Encik Ismail memberi salam tetapi pemilik rumah itu masih tidak menunjukkan mukanya.

"Seramnya tempat ni" Bisik Nufail. Dia mengusap tengkuknya. Dari tadi, bulu tengkuknya naik. Seram sejuk pula dia.

"Betul tu, aku rasa tak sedap hati" kata Miza pula.

Afia hanya diam tidak bersuara. Dari tadi matanya melilau melihat kawasan rumah kayu itu. Rumah itu kelihatan bersih seakan-akan rumah itu dikemas setiap hari. Di bawah rumah pula, terdapat tempayan dan tompokan kayu-kayu hutan.

Kemudian, matanya terhenti di satu deretan pokok pisang yang di tanam di belakang rumah. Afia ternampak ada satu sosok manusia di tepi pokok itu. Dia mengecilkan matanya untuk melihat lebih jelas lagi tetapi kelibat itu sudah hilang.

Tiba-tiba, angin menderu melintasi diri Afia. Bulu roma tangannya terus naik mencanak. Hatinya berdebar-debar.

"Afia"

Afia terdengar namanya di panggil oleh satu suara lembut. Panggilan itu sangat dekat ditelinganya. Dia menoleh mencari pemilik suara itu tetapi tiada.

"Weh Afia! Kau kenapa dari tadi aku panggil kau tak jawab" Kata Miza. Hairan dari tadi Afia menundukkan wajahnya ke tanah.

Bagai tersedar dari mimpinya. Afia mengangkat wajahnya lantas melihat pemuda di sebelahnya.

"Ha? Apedia?" Tanya Afia. Dia masih sedang mencerna dengan apa yang baru sahaja terjadi kepada dirinya.

"Ishh minah ni..mengelamun lah tu" Kata Miza.

Baru sahaja Afia mahu membalas perkataan Miza, tiba-tiba ada suara datang dari arah belakangnya.

"Ada apa kamu semua datang ke sini" Kata wanita tua berpakaian kain kapas dengan corak bunga halus itu.

Encik Ismail yang mendengar suara yang amat dirinduinya itu terus menuju ke arah wanita tua tersebut.

"Assalamualaikum mak" Encik Ismail dan Puan Rosnah menyalam tangan wanita itu.

"Miza, Nufail, Afia salam tangan nenek" Perintah Encik Ismail.

Miza dan Nufail menyalam tangan wanita tua itu. Tiba sahaja giliran Afia untuk menyalam tangan itu, wanita itu merenung lama anak mata Afia. Afia yang berasa tidak selesa ditenung lama terus menarik tangannya.

"Dah 6 tahun kamu tak balik, baru sekarang kamu nak balik, Mail." Ujar Mak Melah

"Maaf mak, Mail sibuk sikit kat bandar." Kata Encik Ismail.

"Ada apa kamu datang ke sini." Tanya Mak Melah lagi.

"Mak, boleh tak Mail, nak minta tolong jagakan anak Mail sekejap?" Pinta Encik Ismail. Dia berharap mak nya boleh menerima.

"Kamu ingat mak ni apa? Penjaga budak-budak ke?" Kata Mak Melah marah

"Bukan macam tu mak, syarikat Mail kat Australia ada masalah sikit. Jadi, Mail bercadang nak mak tengok-tengok kan mereka sekejap sementara Mail selesaikan masalah Mail kat sana"

Encik Ismail melutut di hadapan kaki Mak melah.

"Boleh lah mak, Mail merayu sangat-sangat. Mail janji lepasni, mail akan melawat mak setiap bulan" Rayu Encik Ismail bersungguh-sungguh

"Jangan kamu suka-suka berjanji. Setiap janji ada harganya! Sudah! bangkit Mail, kamu nampak memalukan. Tak malu ke anak-anak kamu tengok"

Mak Melah meninggalkan mereka sekeluarga.

"Bawak barang anak kamu naik" Wanita tua itu sempat berkata sebelum memasuki rumah usang itu. Segarang-garang Mak Melah, dia tidak sanggup untuk menolak permintaan anak tunggalnya itu. Lagipula, anak Ismail merupakan cucunya juga.

Terukir senyuman manis di bibir Encik Ismail.

Mereka bertiga yang menyaksikan drama antara anak dan ibu itu hanya diam. Tidak berani mereka mencelah.

Encik Ismail mendekati mereka bertiga.

"Jom naik"

Kemudian, mereka bergerak menuju ke kereta untuk mengambil bagasi pakaian yang sudah di kemas semalam.

Sedang Afia mengangkat barang yang terakhir dia berasa ada orang yang sedang memerhatinya dari pokok pisang itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah pokok itu. Dia melihat ada sosok hitam legam bermata merah memandangnya tajam. Lantas, Afia melajukan kakinya untuk masuk ke rumah.

Lembaga hitam itu masih duduk di sebalik pokok pisang. Makhluk itu menyeringai ke arah rumah itu.

"Tuan, kita ada mangsa baru" Kata lembaga itu diselangi dengan gelak ketawa jahat sebelum hilang menjadi asap hitam.

───※ ·❆· ※───

Gadis Misteri: Mawar Where stories live. Discover now