GMM | Bab 3

135 9 0
                                    

───※ ·❆· ※───

Bunyi kokokan ayam jantan dari reban belakang rumah menyedarkan Afia daripada lenanya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia mengeluh kecil. Dia masih mengantuk. Semalam, anggaran jam 4 pagi baru boleh dia terlelap.

Walaupun begitu, Afia tetap membangunkan tubuhnya. Dia menuruni tangga menuju ke dapur. Dia menuju ke singki untuk membasuh mukanya.

Afia berasa hairan. Ke mana semua orang pergi. Dari tadi, suasana dalam rumah itu sunyi seperti dia seorang sahaja di dalam rumah itu.

Afia membuka daun pintu jendela. Lalu, dia melihat di luar rumah. Tiada. Kemudian, dia membuka pintu pula. Tiada juga. Ke mana semua orang?

"Mi!"

"Nuf!"

"Nenek!"

Afia memanggil tetapi tiada seorang pon menyahut. Afia yang pasrah kemudian duduk di tangga di hadapan pintu. Dia tunggu dengan sabar. Mungkin mereka pergi keluar sebentar.

"Vroomm" Terdengar suara lelaki dari  kejauhan.

"Weh Pia! kau dah bangun dah!" Jerit Miza. Kayuhan nya dilajukan apabila melihat gadis itu.

Miza sedang menunggang basikal. Manakala, Nufail berada di tempat duduk belakang. Lelaki itu memberhentikan basikal di hadapan tangga.

"Lambat kau bangun, Pia. Kita orang puas dah pergi jalan-jalan tadi naik basikal ni." Kata Miza lagi.

"Mana kau dapat basikal tu?" Tanya Afia.

"Ada kat store belakang"

"Ohh, nenek tak marah ke?" Tanya Afia lagi. Setahunya dulu, masa keluarganya datang ke sini waktu hari raya. Afia pernah datang ke store itu untuk mengambil basikal tetapi ditegah oleh neneknya.

"Tak pula, nenek angguk je kepala bila aku minta nak naik basikal ni"

"Jom lah, jalan-jalan. Ada satu lagi basikal kat belakang" Ajak Nufail yang sejak tadi diam di belakang Miza.

"Ah jap" Kata Afia. Tanpa mandi dan bersarapan dahulu dia terus menyarungkan selipar ke kaki. Kemudian, kakinya melangkah ke store belakang.

Pintu store di buka perlahan. Kaki kanan Afia memasuki ruangan gelap itu. Suis lampu metol kuning ditekan.

Plak..

Terpapar jelas di matanya, rak buku dan kotak-kotak lama. Terdapat juga, habuk dan sawang-sawang di dinding sekitar kawasan itu. Kemudian, matanya mencari satu lagi basikal seperti yang di beritahu oleh Nufail.

"Ha, jumpa pon!" Monolog kecil Afia. Dia berasa teruja apabila melihat benda yang dicarinya.

Afia mendekati basikal lama itu. Habuk yang berada di tempat duduk basikal itu ditepuk-tepuk. Dia menutup hidung. Menghalang habuk masuk ke dalam hidungnya. Kemudian, Afia menyorong basikal itu keluar dari bilik store. Dia menyandarkan basikal itu di tiang kayu rumah sebentar. Kemudian, dia balik semula ke store untuk menutup pintu.

Daun pintu dirapatkan. Kedua-dua tapak tangannya ditepuk untuk menghilangkan habuk yang tersisa. Kemudian, dia berbalik semula menuju ke basikal itu.

Baru sahaja hendak memegang handle basikal. Afia terdengar satu ketukan di pintu store.

Tuk..

Afia memusingkan badannya melihat pintu itu. Dia tak salah dengar kan? Rasanya tadi ada orang ketuk dari dalam. Afia mengamati pintu itu. Hmm, mungkin itu hanya hayalannya sahaja.

Afia menyambung semula menyorong basikal menuju ke hadapan. Terhenti sekali lagi langkahan kakinya apabila terdengar ketukan itu lagi. Tetapi kali ini, bunyi ketukan itu sangat kuat bagai mahu runtuh pintu itu.

Gadis Misteri: Mawar Where stories live. Discover now