───※ ·❆· ※───
Hilman membuka pintu rumahnya yang sejak tadi dia kunci untuk mengelakkan anak perempuannya lari dari rumah.
Selepas sahaja masuk ke dalam rumah, Mak Melah dan Hilman menghampiri gadis itu. Afia hanya berdiri di hadapan pintu. Sebenarnya, dia tidak pasti kenapa dia mengikuti neneknya.
"Ahhhh, lepaskan aku!" Jerit gadis itu. Tangan gadis itu sedang dipegang oleh isteri Hilman, Salma.
"Bang, dari tadi dia tidak berhenti memberontak. Ya Allah, apa sudah jadi nak" Hati Salma di runtun sayu melihat keadaan anak perempuannya.
"Afia! Tolong mak cik Salma. Pegang kaki Atika cepat!" Jerit Mak Melah. Afia yang ragu-ragu menghampiri gadis itu.
Gadis itu menatap Afia tajam. Mata gadis itu sangat merah.
"Jangan kau berani sentuh aku! Kalau tidak kau akan mendapat padah!" Jerit gadis yang tidak sedar itu. Afia memberhentikan langkahan kakinya.
"Jangan percaya dengan kata-kata iblis, Afia! Cepat pegang kaki Atika!" Jerit Mak Melah lagi.
Lantas, Afia memegang kedua-dua belah kaki gadis itu. Gadis itu meronta-ronta kuat hampir terlepas tangan Salma yang sedang memegang kedua-dua belah tangan gadis itu.
"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang di rejam. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
Terdengar suara teriakan mengerang kesakitan dari gadis itu. Mak Melah meneruskan bacaan surah suci itu.
"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" Surah An-naas di baca oleh Mak Melah
"Ahhhh, sakit! Panas!" Jerit gadis itu. Badan gadis itu menggelupur seperti badannya disaluti oleh api.
"Cepat keluar! Kalau tidak aku akan bakar kau!" Kata Mak Melah. Kemudian, Mak Melah menyambung membaca bacaan surah Al-Falaq dan Al-Ikhlas.
"Berhenti! Berhenti! Aku akan keluar dari badan budak ni!" Jerit Iblis itu. Suaranya sangat garau. Hampir gugur jantung Afia apabila mendengar suara itu.
Badan gadis itu tiba-tiba lemah dengan sendirinya. Afia melepaskan pegangan tangannya di lengan gadis itu tetapi di tegah cepat oleh Mak Melah.
"Afia, jangan lepas! Iblis itu sedang mempermainkan kita."
"He he he...tahu sahaja kau ye orang tua." Kata gadis itu dengan suara yang garau. Nampaknya, iblis di dalam badan gadis itu, masih tidak mahu keluar.
"Nampaknya, kau memaksa aku!" Kata Mak Melah. Garam yang diletakkan di tepi kakinya di ambil.
"Cepat keluar, sebelum kau sakit!" Kata Mak Melah. Garam kasar sudah berada di genggamannya. Sedia untuk di lemparkan ke badan gadis itu.
"Baiklah, aku akan keluar dari badan budak ni...tapi sebelum tu, kau perlu tahu yang bulan purnama sudah mendekat! Ha ha ha" Gelak tawa iblis itu berdengung di sudut ruang rumah itu. Lantas, badan gadis itu perlahan-lahan lemah dan pengsan di pelukan ibunya.
"Hilman, pergi ambilkan air kosong" Pinta Mak Melah. Kepala gadis itu diletakkan perlahan-lahan di atas bantal.
"Baik, Mak Melah" Patuh Hilman. Dengan cepat lelaki itu mengambil segelas air di dapur.
"Ini dia" Hilman menghulurkan segelas air kosong kepada Mak Melah.
Mak Melah mengambilnya dengan cermat. Lantas, mulutnya membaca ayatul kursi dan surah 3 qul, lalu ditiupkan ke dalam gelas. Air yang sudah di baca itu, di letakkan sedikit di atas tangannya, kemudian di percikkan ke muka gadis itu.
YOU ARE READING
Gadis Misteri: Mawar
HorrorTiga orang kembar yang terpaksa duduk di kampung. Penempatan mereka di kampung itu membongkar rahsia seorang gadis misteri. "Peliknya perempuan tu" - NUFAIL AISAR "Cantiknya" - MIZA AHWAZ "Nama awak apa?" AFIA ADRIANA Tidak disangka perkenalan merek...