GMM | Bab 4

127 9 0
                                    

───※ ·❆· ※───

Tuk..

Tuk..

"Pia, datang ruang tamu. Nenek panggil" Panggil Miza di sebalik pintu.

"Ye, jap" Jawab Afia yang sedang sibuk menyikat rambutnya. Dia baru sahaja selesai mandi kerana waktu maghrib semakin hampir. Sebelum solat dapat dilakukan, seseorang harus membersihkan diri terlebih dahulu.

Afia melangkahkan kakinya keluar dari bilik. Dia masih bingung. Kenapa neneknya mahu berjumpa? Apakah se mustahak itu?

"Ye nek, kenapa panggil Pia?" Kata Afia. Dia melihat kedua abangnya sudah duduk di atas sofa di ruang tamu menunggu kehadirannya.

"Kamu duduk dulu" Kata Mak Melah.

Afia mengambil tempat duduk di sisi Nufail. Mereka bertiga fokus melihat Mak Melah, masih menunggu perkataan yang akan di lontarkan oleh wanita tua itu.

"Mulai malam ini, kita akan solat maghrib dan ishak bersama-sama, lepastu belajar mengaji. Miza dan Nufail akan bergilir menjadi imam"

Miza dan Nufail sudah menundukkan wajah mereka memandang lantai.

"Kenapa? Kamu berdua tidak setuju"

"Bukan begitu nek, tapi Miza tak tahu nak jadi imam"

"Betul tu nek, Nufail pon sama"

"Kalau begitu belajar lah, nenek akan ajar. Kita sebagai hamba Allah, jangan sesekali kita sombong mahu belajar ilmu agama. Dan jauhilah sifat sombong kerana ia adalah sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah SWT."

"Baik, nek" Patuh Miza dan Nufail serentak. Afia yang berada di sebelah mereka hanya mendengar dan munasabah diri.

"Allahu Akbar Allahu Akbar"

Laungan azan bergema di pembesar suara kampung itu menandakan sudah masuk waktu maghrib.

"Dah masuk waktu, mari kita berjemaah"

Penghuni rumah bersiap-siap untuk solat bersama-sama. Hari ini, Miza menjadi imam. Walaupun, dia masih berasa kekok tetapi semua bacaannya sangat lancar.

Selepas solat maghrib, mereka duduk sebaris menghadap Mak Melah yang berada di hadapan mereka. Di hadapan mereka pula, terdapat rehal dan senaskah Al-Quran.

"Kamu bertiga dah khatam Al-Quran?" Tanya Mak Melah terlebih dahulu.

"Dah, nek" Jawab Miza dan Afia serentak. Mereka berdua sudah khatam Al-Quran ketika berada di sekolah agama dahulu. Mereka berdua juga, pernah memasuki pertandingan tilawah Al-Quran bersama-sama dan menang mendapat tempat pertama.

"Kamu kenapa diam, Nufail?" Tanya Mak Melah lagi. Pelik dengan cucunya yang lagi satu tidak menjawab pertanyaannya.

"Hmm, sebenarnya Nufail tak selalu baca Al-Quran" Kata Nufail. Menyesal sungguh dia, dahulu dia sering ponteng kelas agama. Kalau masuk kelas pon, dia akan tertidur di belakang kelas.

"Tak mengapa, Nufail belajar dari mula. Miza dan Afia boleh mulakan bacaan. Biar nenek ajar Nufail dahulu." Kata Mak Melah.

Miza dan Afia duduk berjauhan sedikit dari Nufail dan neneknya.

"Mari kita mula Nufail."

Nufail mengambil senaskah buku muqaddam. Muqaddam ialah sebuah buku panduan belajar Al-Quran bagi peringkat permulaan. Bolehlah dianggap bahawa buku itu, seumpama buku mengenal A, B , C bagi kanak-kanak.

Gadis Misteri: Mawar Where stories live. Discover now