Bab 4

3.2K 174 1
                                    

Ternganga besar mulut Qaleesha. Terkejut akibat mengetahui perkara sebenar.

"Serious aa? Clara tampar aku sekarang." Pinta Qaleesha.

"Ohh, ok no problem lagi i suka. Jap eh." Clara meniu-niup tapak tangannya berkali-kali. Bukan jampi ya anak-anak.

Plakk

"Aduhhh sakit adoyaii." Kesian Qaleesha. Salah kau beb. Yang suruh orang yang lama berdendam tu kenapa?

Lama pendam eh Clara?

"Sorry. I buat apa yang you suruh i buat je." Clara tersengih seperti kerang busuk.

"Kau memang nak kena penampar ke, Qal?" Mikaeyla menyoal.

"Manalah tahukan. Kot-kot mimpi ke apa ke kan? Just try, hehe. Tapi boleh tahan sakit gak laa."

"I ni belajar Judo tahu."

"Really?!"

"Yup. Tengok kaki la brader!"
Ceh berlagak nampak.

"Tapi i tak sangka Sir Luth tu ex husband you. Sanggup gile dia tinggal you!"

"No. He's still my husband. Dia tak ceraikan saya lagi." Kausar bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Bapak dia?! Kenapa kau tak bagitahu awal-awal nyahh! Aku tak nak kena cop mak tiri nyahh nokk." Qaleesha serasa bersalah kerana menggila dengan suami orang. Ayokk tak tayokk.

"Aku dah tak kisah dah. Cukup la aku hidup dengan kau orang, umi, baba dan Auni. Hidup aku lengkap tanpa dia."

"No Kausar. Mungkin bagi kau hidup kau dah lengkap. Tapi bukan untuk Auni. She's still young. Dia perlukan kasih sayang seorang bapa."

Kausar hanya diam tak berputik. Dia sedang memikirkan nasib anaknya yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.
'maafkan mommy sayang.'

******************************************

Angin malam yang menampar lembut badan tegap Luth Rayyan dihiraukan. Fikiran nya masih berfikir tentang Isteri dan anaknya. Anaknya bersama Kausar. Anak kandungnya. Terasa sebak di dada apabila mengingat betapa kejamnya dirinya dahulu. Langsung tidak memberi peluang kepada Kausar untuk menerangkan perkara sebenar.

Dia bersyukur dapat melihat anaknya tumbuh membesar dengan baik. Dia pasti Kausar telah mendidik Auni supaya menjadi manusia yang berguna.

"I miss you, sayang. Maafkan abang." Perlahan sahaja suara Luth Rayyan meluahkan apa yang selama ini dirasakan olehnya.
Dia juga tidak menyangka bahawa dirinya akan spontan menyentuh Kausar. Pasti dimata pelajar-pelajar tadi berasa seperti
Ehem-ehem.

Flashback

"Eh?! Haromm brader. Jangan touch-touch gituu."

"Ghisauuu kiteee"

"Dah haram ke seh?"

"Eh bodoh! Halal bongok bukan haram. Terbalik, terbalik."

"Oh yeke hehe.."

Pelbagai bisikan dapat didengar oleh Luth Rayyan. Ada bisikan yang menggeletis dan cair, ada yang mengumpat dan ada juga yang tertanya-tanya. Tidak lupa juga, pasti ada yang dengki.

End of flashback

"Saja menggedik la tu. Tah apa yang disantau nya sampai Sir Luth aku tu buat macam tu." Kata gadis itu dengan selamba sambil di tangan bermain pen yang ber-ink hitam dengan menarik pandangannya kearah lain. Tak kuasa dia melihat adegan tidak berbayar itu. Meluat.

Yana mula membuat muka meluat. "Omg seriously? Takkanlah lecturer yang baru masuk class tak sampai 30 minit pun kau dah 'cop' sesuka suki kau je?"

"Kau tahu apa. He so hot."

Datang dah perangai sengal minah sorang ni. Tegak bulu roma Yana berdiri selepas mendengar ujaran gadis itu.

Gatal.

******************************************

Kausar melepaskan keluhan nipis sambil memandang bintang yang jauh nun disana. Ceh, ayat padu bhai. Author tak tahu nak cakap apa sudah. Sekejap lagi botak fikirkan ayat. Ha sudohh.

Dirinya terus disajikan dengan memori indah dan pahit bersama lelaki itu. Dimana dia dan Luth Rayyan selalu berkepit 24 jama ada kalanya dia menggedik dan menggelitis mendengar ayat manis Luth Rayyan. Perlahan-lahan mata dibanjiri dengan air. Air amat yang mengalir dibiarkan turun di pipi.

"Kenapa awak seksa saya macam ni, Luth Rayyan?" Seksa? Iya. Tipu jika dia mengatakan bahawa dirinya sudah tidak menerima insan yang bernama Luth Rayyan bertakhta dihatinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya mudah memaafkan Luth Rayyan.

"You nangis ke?" Soal Clara apabila dia terdengar suara kecil seseorang yang sedang teresak-esak menangis.
Clara perlahan melabuhkan  punggungnya di sebelah tempat duduk Kausar. Tangannya lembut  membelai kepala Kausar yang sedang ditutup dengan tudung sarung berwarna hitam.

Kausar menghapuskan air matanya dengan menggunakan kekura tanganya. Dia tidak mahu sesiapa melihat sisi lemahnya.

Kausar pantas menggeleng sambil tersenyum nipis. "Nothing. Tak ada apa pun just, ambil angin luar malam-malam. Sejuk."
Clara menggengam tangan Kausar dengan erat seakan tidak mahu dilepas.

"No, Tipu. You ingat i tak tahu ke yang you menangis? I tak bodoh lagi la. Come on, tell me. Ada masalah ke?"

"Elehh. Bukan kau memang dah bodoh ke?" Tiba-tiba Qaleesha mencelah.

Terkejut mereka dibuatnya. Serentak mereka berdua mengalihkan pandangan kearah Qaleesha yang sibuk menguyah keropok super ring.

Kausar mengerutkan dahi. Pelik.
Sejak bila dia ada beli supring?

"Mana kau dapat super ring tu?"
Tanya Kausar yang masih kehairanan.

"Clara belikan. Kenapa? Nak sikit ke?" Tanya Qaleesha, mulutnya masih tidak berhenti mengunyah super ring itu.

"Hmph. Kira nasib baik juga la i ni baik hati tolong belikan. Dahlah tak cakap anything. Terima kasih pun tak ada. Makan diri pula tu."

Qaleesha menggaru kepalanya yang ditutup tudung sarung berwarna hijau pula. Tadi hitam sekarang hijau. Amacam?

Qaleesha tersengih kekok memandang wajah Clara yang sudah semasam cuka itu.

"Anything. Hehe."

"I suruh cakap apa-apa bukannya anything macam tu."

"Oh, ye eh? Apa-apa."

"I haramkan you makan super ring tu selagi you tak cakap 'terima kasih' kat i."

Naik berang Clara dibuatnya. Mana tidak, si Qaleesha tu selalu sahaja buat perangai. Memang patut pun princess Auni auntie ni tak suka Qaleesha. Muehehe.




Luth Rayyan: His Happiness S2Where stories live. Discover now