Bab 13

2.9K 222 21
                                    

"Terima kasih. Kalau awak tak ada, tak tahu lah apa yang jadi."
Ucap Kausar. Dia sungguh berterima kasih kepada Luth kerana membantunya.

"No problem. Keselamatan kau tanggungjawab aku juga."

Kausar tersenyum nipis seraya menganggukkan kepalanya. Mengiyakan ucapan Luth. Iya, dia masih lagi isteri Luth Rayyan yang sah.

"Adik."

Suara garau milik Aryad mula menerjah ke pendengaran mereka. Kepala ditoleh kearah Aryad.

Kausar merengus. Geram. Dia masih marahkan Aryad atas kesalahannya yang lebih mempercayai Farhan lebih daripadanya.

"Adik. Along minta maaf sangat sangat. Tolong maafkan Along. Along tak tahu yang Farhan tu sebenarnya-"

Belum sempat Aryad menghabiskan percakapannya, Kausar sudah memotong.

"Sebenarnya apa? Hm? Tak tahu? Hei, Along. Along buat pekak je ke, bila kawan kawan Kausar bagitahu perkara sebenar dekat Along. Dia orang dah bagitahu macam macam pasal Farhan. Sampai dia orang pun hampir terkena nasib yang sama macam Kausar tahu? Tapi, Along? Masih percayakan KAWAN RAPAT Along tu. Sekarang, adik sendiri hampir 'disentuh' baru nak percaya? Huh?!"

Ucap Kausar panjang lebar. Dia geram dengan sikap abangnya itu. Perkataan 'kawan rapat' sengaja ditekan.

"Ya, abang tahu, abang salah. Itu sebabnya abang nak minta maa-"

"Senang eh? Buat salah je, minta maaf. Ingat perkara ni kecil je ke?"

"Kausar. Dengar dulu apa yang Along nak cakap."

"Then? Cakap je lah."

Aryad mengeluh kecil. Sumpah, dia menyesal. Sekarang dia bersungguh sungguh mahu
Kausar maafkannya.

"Bro. Aku rasa baik kau bagi masa untuk Kausar. Dia perlukan rehat sekarang ni."

Luth yang mendiamkan diri dengan cukup lama mula bersuara. Cukup lama juga, dia memerhatikan wajah Kausar yang dari tadi makin pucat.

Aryad mengalihkan pandangannya kearah Kausar. Wajah Kausar ditilik. Pucat.

"Kausar, rehat tau. Nanti Along bagitahu dekat Mikaeyla yang, Kausar tak sihat. Mana lah tahu dia orang nak datang tengok keadaan Kausar."

"Hmm."

*****************************************

"Mommy a-are y-you o-ok?"
Soal Auni. Menangis teresak esak auni dibuatnya, apabila melihat wajah ibunya yang pucat sedang terbaring di katil.

"Mommy ok, princess. Mommy penat work je."

Tersenyum Kausar melihat karenah anaknya. Risau sangat dengan Mommynya.

Kepala dialihkan menghadap Luth Rayyan. Terus bersinar mata kecilnya apabila melihat daddynya. Rindu.

"Daddy! Daddy pergi mana? Daddy pun work macam mommy ke?"
Luth tersenyum nipis apabila Auni perasan akan kehadirannya. Mungkin baru perasan? Ye lah mommy kan keutamaan pertama. Siapalah daddy kan?

"Daddy pun work macam mommy, juga."

Jari diketuk ketuk ke dagu, seakan akan sedang berfikir.

"Hmm... No, Daddy tipu! Daddy tak work macam mommy."

Luth mengerutkan dahinya.
Hairan. Apa yang tak sama?

"Mommy kalau work, selalu je jaga Auni, juga. Tapi daddy kalau work tak jumpa langsung pun dengan Auni."

Ucap Auni seraya memuncungkan bibirnya. Tangan disilangkan ke dada.
Kepala juga dialihkan kearah berlainan. Merajuk.

"Princess... Daddy minta maaf, ye. Daddy janji lepas ni, daddy tak buat macam tu dah. Please, bagi daddy second chance."

Luth Rayyan: His Happiness S2Where stories live. Discover now