Bab 8

2.7K 188 9
                                    

Keadaan yang sunyi dan sepi dipecahkan apabila tangan Kausar memutarkan butang yang ada pada radio kereta tersebut. Lagu Rewrite The Stars diputarkan.

'Why Don't we rewrit-'

Tangan yang berurat dan kekar itu mula bergerak menutup radio.
Radio ditutup. Kereta kembali ke keadaan yang sunyi dan sepi seperti sediakala.

Kausar mendengus geram.

"Apa masalah Sir sampai tu-"

"Kau rasa Auni nak adik tak?"
Pertanyaan dari Luth Rayyan
membuatkan Kausar mengemam rapat bibirnya. Geri cok! Takott!

"S-saya t-tidur dulu... Nanti dah sampai bagitahu saya." Tergagap-gagap Kausar menuturkan katanya.

"Just sleep. Nanti aku bangunkan kau."

Kausar mengangguk perlahan kepalanya. Mata yang semakin berat ditutup rapat. Dengkuran kecil yang keluar dari bibir Kausar mulai didengar.

********************************************

Mata yang memberat dipaksa untuk dibuka. Berkerut wajah  Kausar, apabila ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Erat.

'Sejak bila pula lah kerusi kereta boleh berubah jadi katil ni? Canggih sungguh zaman sekarang ni ya.. Eh? Jap, kereta? EHH?! Bukan ke aku ada kat kereta Luth ke?!'

'jangan cakap yang...' Mata mula bergerak ke tepi, memandang wajah yang sedang melabuhkan tangannya ke pinggangnya.

Automatik tangan mula menekup mulut. Terkejut.

Luth Rayyan.

Iya, Luth Rayyan. Bukankah jejaka itu bilang jika sudah sampai ke lokasi rumahnya dia akan membangunkannya. Haish, ditipukah. Dasar

nipu bersiri.

"Hmm.." Luth mengumam seraya menggerakkan tangannya. Tangan yang elok berlingkar di pinggang mula bergerak dan berhenti di perut. Baju diselak perlahan. Tangan mula dimainkan di perut isterinya.

Membentang luas mata milik Kausar. Badan pantas berpaling arah dan membelakangi Luth Rayyan yang sedang bermain perutnya sambil mata dipejamkan. Belum sempat Kausar bergerak, tangan Luth dengan pantas mengeratkan lagi kedudukan mereka. Hampir berlaga hidung. Tangan ditarik keluar dari baju Kausar. Mata dibuka.

"Apa masalah awak eh-"

Cupp

Belum sempat Kausar menghabiskan ayatnya, bibirnya disambar oleh Luth.

"Morning kiss." Ucap Luth dengan suara serak basahnya.

Pantas Kausar berdiri dan turun dari katil yang bersaiz king itu.

"Awak ni kenapa hah?! Awak cakap awak akan kejutkan saya bila dah sampai rumah saya. Tapi ini?"

"Hm? The fuck. Sejak bila aku cakap macam tu? Aku cakap akan 'kejutkan kau'. Means bila bila pun aku boleh buat. Right?"

Yahh, Kausar Adreena ditipu!
Haa. Elok la, percaya lagi si Luth ni kan dah kena.

"Lagipun mungkin Auni lucky malam semalam."

Dahi berkerut. "What your mean?"

"Auni akan cakap thanks to her daddy. New sisters unlock."

*******************************************

"Oh my godd, seriously?!"
Ucap Clara sebelum tangan naik menekup mulutnya. Terkejut.

"Your voice!" Tangan diletakkan dibibir, tanda diam.

"Eh, s-sorry, hehe." Senyum Kambing disajikan. Malu, apabila ramai mata yang memandang kearahnya akibat suara tertelan micnya.

Sekarang Kausar dan Clara berada di cafe. Selepas sahaja berlaku sedikit pertengkahan kecil diantara Kausar dan Luth Rayyan, Luth terus diminta oleh Kausar untuk membawanya ke cafe ini dan berjumpa dengan Clara. Setibanya Clara, terus Kausar bercerita tentang kejadian tadi tanpa tertinggal sedikit pun, kecuali time perut tu, hehe. Malu lah kita. Mana nak letak water face kita ni, kan?

"But, aku rasa Sir Luth masih sayangkan kau lah."

"Nope, Mustahil. Dia yang tinggalkan aku." Ucap Kausar. Yakin.

"Kausar, you pun tahukan yang hati manusia ni boleh berubah ubah. Bila bila masa sekalipun. You tahu kan?" Soal Clara kepada Kausar.

Kausar mengeluarkan keluhan. Dia buntu. Tidak tahu mahu memberi Luth peluang kedua atau tidak. Tapi, adakah Luth menginginkan peluang kedua atau hanya nafsu semata mata?
Masihkah ada rasa cinta kepadanya?

"Oh, By the way, i ada nak bagitahu you something."
Ucap Clara seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan berjenama Gucci miliknya.

"Hmm, apa?" Soal Kausar.

"This. Ingat tak?" Ucap Clara selepas sahaja memperlihatkan gambar seorang jejaka yang mempunyai badan yang tegap dan mata helang yang tajam.

Dahi berkerut. Berfikir sejenak.
"K-karl?"

"Yes!" Ucap Clara sebelum memetikkan jarinya.

"Hah? Apa motif kau tunjuk gambar dia?" Soal Kausar.

"For you information, besok dia balik Malaysia. And i dengar dia nak bawak kekasih hati dia balik sini."

"Oh, serious la?"

"Iya. Motif i tunjuk gambar dia ni nak bagitahu, tadi dia ada message i and dia cakap besok dia nak kita pergi ambil diaorang kat airport."

Dahi berkerut.
"Kenapa aku kena sekali?"

Kenapa aku sekali? Kalau Clara tak apa lah, kerana mereka berdua memang sudah berkawan rapat sejak kecil lagi.
Aku ni? Pelik.

"Entah. Aku pun tak tahu."

*******************************************

Mata tepat merenung kearah gadis yang berpakaian baju kurung moden berwarna purple berserta dengan tudung shawl yang berwarna putih. Cantik. Wajah yang bulat dan kecil.

"Erm, s-saya malu lah kalau awak pandang saya macam tu." Ujar Gadis itu. Malu, apabila dirinya  diperhatikan.

Kausar tersentak. Kantoi.
"Sorry, tulah salah awak sebab cantik sangat, patutlah Karl suka."

Tersenyum malu Azzrein Aleysha apabila Kausar memujinya. Iya, sekarang mereka berada di cafe, tadi sewaktu Clara dan Kausar tiba di airport untuk menjemput Karl dan Azzrein, Tiba tiba sahaja Clara mempunyai 'urgent'. Jadi Karl memutuskan untuk ke cafe sementara menunggu Clara menghabiskan urusannya.

"See? Tengok la siapa yang pilih."
Ujar Karl dengan bangga. Ceh.

"Tengok juga siapa yang terima."
Bidas Azzrein.

Mulut dimuncungkan tanda protes. Kaki dihentak hendakkan di lantai. Serupa budak budak nak gula gula Aje si Karl sekarang ini. Haish.

"Eh, by the way, kenapa awak nak saya ikut sekali dengan Clara untuk jemput kau orang dekat airport? I mean, tak salah, tapi pelik sikit, sebab awak dengan saya tak rapat pun. Setakat jumpa sekali dua kali tu pernah lah, itu pun beberapa tahun yang lepas." Ujar Kausar panjang lebar.

"Eh, no. You tak kenal i? Oh, i rasa you memang tak kenal i, but i rasa you kenal kawan i. Kenal sangat."

"Kawan?" Soal Kausar.

"Yup! I dah invite dia join kita sekali makan makan dekat sini. Borak borak kan, lagi ramai lagi best. Lagipun dia cakap tak sabar nak jumpa you. Dia paling excited bila dapat tahu yang i nak balik Malaysia."

"Hah?"

"Miss me, Baby?"

Vote for fast Update!😉🌷






Luth Rayyan: His Happiness S2Where stories live. Discover now